RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 12 Mei 2010

LIWAT PAKSA ATAU SUKARELA SAMA SAJA - PEGUAMCARA

Saiful tetap berpendirian dia diliwat tanpa rela
Mei 11, 10


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau tetap dengan pendiriannya bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaannya.

Mohd Saiful, 25, yang memakai kot hitam dan berkemeja biru, berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan ketika kes itu disambung semula hari ini di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Beliau yang juga bekas pembantu peribadi Anwar berkata, beliau membuat kenyataan itu dalam pernyataan saksi yang diberikannya kepada pegawai polis dan beliau tidak pasti sama ada pernah membuat kenyataan yang sama di luar mahkamah.

Karpal: Semalam anda kata ada beberapa kenyataan direkodkan oleh polis?

Mohd Saiful : Ya

Karpal: Di mana kenyataan itu direkodkan?

Mohd Saiful: Di Ibu Pejabat polis daerah Brickfields dan di beberapa tempat lain
Karpal: Anda tetap dengan pendirian semalam iaitu "tanpa kerelaan"

Mohd Saiful: Ya, tetap sama.

Pada peringkat itu, Karpal Singh menyatakan mengenai kemungkinan untuk mencabar kesahihan kenyataan Mohd Saiful itu atas alasan wujud percanggahan antara kenyataannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah dalam pertuduhan terhadap Anwar.

Peguam itu berkata, Mohd Saiful, dalam kenyataannya kepada polis menyatakan kejadian liwat yang didakwa itu berlaku tanpa kerelaannya manakala pihak pendakwaan menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.

Katanya, jika kejadian itu berlaku tanpa kerelaan, pihak pendakwaan sepatutnya mendakwa anak guamnya mengikut Seksyen 337C kanun yang sama.

Karpal Singh berkata, di bawah Seksyen 377B, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan manakala mengikut Seksyen 377C, hukuman diperuntukkan ialah penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Katanya, berikutan percanggahan itu, pihak pembelaan perlu meneliti kenyataan saksi bagi membolehkan kemungkinan bagi pihak pembelaan mencabar kesahihan keterangan Mohd Saiful.

"Di bawah keadaan ini, ia masih satu kesalahan. Hubungan seksual secara sukarela antara lelaki bukan satu kesalahan di negara lain.

"Kami mempunyai gerak hati bahawa keterangan yang diberikan di mahkamah adalah bercanggah dengan kenyataannya. Dengan ini kami mempunyai hak untuk memeriksa dan meneruskan tindakan mencabar kesahihan kenyataan itu," katanya.

Karpal Singh berkata, saksi berulang kali menyatakan kejadian liwat itu adalah tanpa kerelaannya.

"Ini adalah kali pertama kes liwat yang tertuduh didakwa melakukannya secara sukarela walaupun kenyataan dan keterangan dibuat pengadu adalah tanpa kerelaannya," katanya.


Dalam jawapan balas terhadap hujah Karpal Singh (kanan, duduk), Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata tiada asas bagi permohonan Karpal Singh itu kerana adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara untuk mendakwa seseorang itu mengikut mana-mana seksyen.

Beliau berkata, Anwar didakwa mengikut pertuduhan yang memperuntukkan hukuman lebih ringan dan bidang kuasa pihak pendakwaan tidak boleh dipersoalkan.

"Tidak terdapat perbezaan antara Seksyen 377B dan Seksyen 377C, perbuatan melakukan hubungan seksual di dubur ialah satu kesalahan sama ada secara sukarela mahupun tanpa sukarela.

"Ia tidak memperuntukkan kesalahan yang berbeza, hanya membabitkan hukuman lebih berat. Jika tanpa kerelaan, ia memperuntukkan penalti lebih berat.

"Dalam hujah saya, tidak terdapat gerak hati untuk menjustifikasikan mahkamah ini untuk meneliti kenyataan itu atau malahan membekalkan kenyataan itu kepada pihak pembelaan," katanya.


Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan penghakimannya kepada esok kerana beliau perlu meneliti perkara itu.


Anwar, 63, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau pertama kali didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

- Bernama/Malaysiakini

Blogger:

Pening kepala dengan kes ini. Mengadu dipaksa liwat, pertuduhan pula menggambarkan liwat berlaku secara sukarela. Dari segi hukum, paksa atau sukarela tetap salah tetapi tentulah ada beza. Seperti beza perbuatan zina dengan rogol. Takkan itu pun susah hendak faham? Jika pertuduhannya dipaksa, tentu DS Anwar seorang sahaja yang bakal dituduh. Jika liwat berlaku secara sukarela, takkan DS Anwar seorang sahaja dituduh?

Ini bukan masalah tempoh hukuman 20 tahun atau 5 tahun. Ini berkaitan kejadian sebenar samada liwat berlaku secara paksa atau tidak. Saiful bertegas kata dia dipaksa. Mengapa pertuduhan terhadap DS Anwar menyebut tidak dipaksa? Bukankah ini menganiayai Si Saiful (pengadu) sendiri? Mengapa Saiful tidak bantah pertuduhan yang jelas bercanggah dengan laporannya itu? Semakin menarik skrip ini.




2 ulasan:

  1. bro, tak kira paksa ke rela ke, persoalan utama, adakah NUAR JUBURI MELIWAT? itu ko tak nak persoalkan..

    jgn nak mengharap technical ground utk menidakkan kewujudan air mani nuar tu la bro..

    bodoh la ko..

    BalasPadam
  2. Anonymous may 12 9.43
    Mula mula Anwar dicekup masuk lokap 1 malam tanpa bukti wujudnya air mani.
    Kedua kes Sodomy 1 yang kena tuduh diliwat dipenjara.
    Ketiga, Saiful yang diliwat tidak pula dituduh.
    Keempat, tiada kemasukkan pada dubur Saiful. Apakahkan mungkin Saiful ini mahluk dari planet lain, sebut saja kena liwat tiba-tiba ada air mani dan mandi sikit-sikit pula tu untuk solat jumaat.
    Fikirlah brother.. dosa kita tau tuduh tak tentu pasal.

    BalasPadam