RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 13 Mei 2010

LESEN JUDI BOLA LULUS? TAHNIAH 1 MALAYSIA!!

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S
ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa./Malaysiakini

Blogger:

Para-para Mufti ada komen tak? PERKASA pula bagaimana? Tidak mahu buat demontrasi ke? Bagaimana pula dengan Umno yang sebelum ini di Hulu Selangor bukan main jaja cerita kuda Dato' Zaid Ibrahim yang kununnya melibatkan judi? Bukan main lagi Umno ketika seperti anti sangat pada judi dan arak. Sekarang, apa macam, beb?

Alasan Menteri kununnya lesen judi ini dikeluarkan adalah bagi mengelakkan judi secara haram. Wah !! begeliga otak Menteri ini kan? Lepas ini keluarkan pula lesen pelacuran agar pelacuran tidak lagi menjadi haram. Kalau haram pun, pelacur tetap ada juga kan? Kenapa tidak halalkan saja aktiviti mat rempit kerana jika haram pun mat rempit tetap ada juga, kan?

Tahniah lah pada kabinet 1 Malaysia dan mereka yang memilih serta mengundi pemimpin seperti ini. Sama-samalah jawab nanti. Kesihan pada DAP yang bukan parti Islam tetapi menentang pemberian lesen judi tersebut, tapi nak buat macam mana kalau dah Umno hendak juga.

2 ulasan:

  1. itulah yg jadi kalo guna pikiran tanpa iman...

    tanya la mana2 agama dalam dunia ni takde yg kata judi tu amalan/ritual yg mulia dalam agama masing2. Islam dalam Quran sangat2 jelas pasal perkara ni.

    Pemimpin mengaku Islam sebegini lah yg akan merosakkan ummah.

    BalasPadam
  2. tahniah.....menteri2 umno bn, menteri perkosa, menteri2 dlm hal ehwl agama, mufti2 umno apco, ustaz2 umno...dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dgn yahudi...nilah kerajaan 1 msia pak najib tuh...

    semua yang haram dh bnyk menjadi halal...
    malu sahaja dgn pemimpin DAP yg bukan beragama islam tuh...

    di mana badan2 NGO, PERKOSA, PEMUDA2 UMNO, PEMUDI UMNO yg kononnya mempertahankan islam sngat tuhhh...mana semua...
    buat ler demonstrasi....pihak polis jngan masuk campur dlm bab nie..

    KAMI SEMUA MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA KELULUSAN LESEN JUDI INI....

    BalasPadam