RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 11 Mei 2010

PERBICARAAN KES LIWAT - ULASAN YANG MENARIK

Saiful Bukhari Azlan si "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah dimakan dek "sumpah laknat" yang dilakukannya sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Beliau seolah-olah menjadi panik ketika berada di mahkamah, tambahan pula apabila diasak bertalu-talu oleh peguambela handalan Anwar iaitu Karpal Singh.

Bermula dengan cerita sensasi kononnya dia tidak mandi junub selepas diliwat Anwar dan sanggup tidak solat kononnya berada dalam keadaan darurat. Kini rupanya banyak lagi kenyataan beliau yang telah memerangkap dirinya. Antaranya Saiful mengaku telah bertemu dengan PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu beberapa hari sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar. Persoalannya sekarang, apakah yang dibuat oleh Saiful hingga Najib sanggup menerima kehadiran beliau secara peribadi.

Sebelum ini Najib ada mengakui Saiful berjumpanya untuk memohon biasiswa. Apakah benar itu yang dipohon oleh Saiful?. Jika benar, biasiswa apa yang dipohon oleh Saiful sebenarnya, apakah JPA, MARA, FELDA, PETRONAS atau sebagainya?. Maknanya Saiful perlu kemukakan bukti yang dia memang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Soalnya sekarang, bila masa pula dan ke IPT mana pula Saiful melanjutkan pelajarannya itu?. Perkara inilah yang amat meragukan kita.

Apa yang lebih menarik dalam prosiding hari ini, Dr.Osman Pusrawi (foto) ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan kononnya beliau diliwat. Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman berbohong. Soalnya sekarang, jika Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci semasa memeriksa Saiful. Apakah kita boleh menerima kenyataan mulut Saiful daripada laporan yang lengkap seperti itu. Makanya, siapakah yang berbohong dalam hal ini.

Saiful juga mengesahkan telah bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Rodwan kini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru. Saiful mengatakan Dr.Osman Pusrawi berbohong, sebaliknya menjawab "No Komen" bila diajukan persoalan tentang tiada bukti kemasukan atau luka tanda diliwat seperti dalam laporan perubatan oleh tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sementara itu diakhir prosiding hari ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mahu kemukakan "kenyataan beramaran" Saiful kepada pihak polis kerana amat jelas Saiful Bukhari cuba berbohong dalam mahkamah. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan akhirnya mahkamah terpaksa ditangguh hingga ke pagi esok.

[Apapun, sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya kes liwat II ini esok. Apakah Saiful berani untuk berhadapan dengan Karpal Singh lagi, sedangkan beliau telah bersumpah untuk tidak berbohong di dalam mahkamah. Jika inilah keadaan perbicaraan yang sedang kita saksikan maka adalah lebih elok Saiful didakwa atas kesalahan menghina mahkamah. Kenyataan yang berbelit-belit dan gagal mengawal keadaan dengan baik jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya telah dipaksa untuk melakukan demikian. Amatlah malang sama sekali jika perbicaraan diteruskan kerana ia akan menambahkan lagi aib kepada anak muda itu. Bahkan sudah pasti lebih banyak nama pemimpin akan dikaitkan dengan kes itu nanti. Maka akhirnya sumpah laknat Saiful memakan dirinya sendiri setelah lebih setahun beliau menunggu hari kebenarannya yang dijanjikan untuknya. Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes kontroversi ini!]./Pahang Daily

1 ulasan:

  1. salam wfauzdin. sebuah komentar susulan yang tak kurang menarik dan bernas dari blog ini. teruskan pencerahan demi mencari keadilan siapa dan apa jua pun!

    BalasPadam