RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 14 Mei 2010

LIWAT 11 - MISTERI MENGAPA SAIFUL KELIHATAN GEMBIRA?

Perbicaraan kes liwat II diteruskan hari ini biarpun terdapat permohonan oleh Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk mendapatkan pernyataan laporan polis Saiful. Perbicaraan juga semakin panas dengan berbagai soalan yang ditanyakan oleh Karpal kepada Saiful. Sesekali, Saiful seolah-olah marahkan Karpal kerana cuba mengugutnya dengan soalan-soalan perangkap yang dikemukakan. Apapun yang berlaku, perbicaraan pada hari ini dihangatkan dengan isu Saiful tidak cuci anusnya selepas diliwat Anwar dan mengaku tersilap memberi keterangan kepada media berhubung dengan kejadian liwat yang terjadi ke atas dirinya. Terdapat bneberapan soalan sulit yang mahu ditanya Karpal kepada Saiful dan beliau kemudiannya memohon prosiding diadakan secara tertutup. Hakim Mohd Zabidin bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula pada 2.15 petang ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Perbicaraan Kes Liwat II Bersambung 31 Mei

Perbicaraan kes liwat II yang sepatutnya bersambung esok ditangguh sehingga 31 Mei selepas peguam Karpal Singh memaklumkan pihak pembelaan akan memasukkan afidavit berhubung keputusan hakim yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan keterangan bersumpah Mohd Saiful Bukhari di Mahkamah Rayuan esok

Saiful Jumpa Rodwan Kata Diliwat Luar Negara

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Karpal Pertikai Saiful Gembira Selepas Diliwat

Saiful dilihat “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Semasa pemeriksaan balas, peguam bela, Karpal Singh membekalkan sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwatnya. Saiful memberitahu mahkamah bahawa gambar itu menunjukkan dia di rumah Anwar semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger. Karpal juga mempertikaikan kenapa Saiful kelihatan gembira berada di rumah Anwar, sehari selepas diliwat sedangkan dia takut dan tertekan akibat kejadian itu. Seorang lagi Peguam Anwar, Sankara Nair berhujjah sikap Saiful itu menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, Dia dan Anwar masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa. Apa yang memusykilkan kita, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (foto) sebelum sempat Saiful menjawap. Seolah-olah dia diamanahkan untuk menyelamatkan Saiful dari tersalah cakap dan akhirnya akan memerangkap dirinya.

Saiful Mengaku Tidak Cuci Anus Selepas Diliwat


Saiful mengaku bahawa dia tidak mencuci "anusnya" pada 26 Jun kerana mahu menyimpan bukti kononnya diliwat Anwar. Bagaimana pun dia mengaku mandi pada hari tersebut. Malah dia mengatakan tidak membuat laporan polis pada hari itu kerana takut akan merosakkan masa depannya.

Saiful Akui Tersilap Katakan Kali Pertama Diliwat


Saiful berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah (foto) menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap. Selesai membaca Saiful akui dia melakukan kesilapan bila mengatakan ini kali pertama dia diliwat oleh Anwar.

Saiful Buat Laporan Polis Kerana Terima Ugutan

Saksi utama dan pengadu dalam kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali. Justeru, petang semalam beliau tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya". Salinan laporan tersebut dimuatkan kembali dalam blog peribadinya semalam.

[Rentetan perbicaraan kes liwat II hari ini, seolah-olah menyerlahkan lagi berlakunya konspirasi terhadap Anwar Ibrahim dalam kes ini. Soalnya sekarang kenapa Hakim menghalang Peguambela Anwar untuk mendapatkan keterangan bersumpah Saiful. Cuba fikirkan, dia siapa yang membolehkan berjumpa dan berhubung dengan orang-orang yang dipercayai terlibat dalam konspirasi liwat I seperti Musa Hassan, Rodwan Yusof dan sebagainya. Malah, dia siapa yang membolehkan berjumpa Najib Razak, Ezam Md Noor serta lain-lainnya?. Kenapa dia tidak terus lapor polis tanpa perlu berjumpa pihak terbabit?. Malahan, cuba difikirkan, mereka semua kini mendapat habuan masing-masing, Ezam (Senator), Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Rodwan Yusoff (Ketua Polis Melaka), Gani Patail (Peguam Negara) dan ramai lagi. Bukankah ini sudah jelas untuk membuktikan kepada kita terdapat usaha ke arah itu sebenarnya. Manusia hanya merancang tetapi Allah yang akan menentukan segalanya].

Sumber: Pahang Daily

1 ulasan:

  1. Yang penting akhirnya kita dapat tahu kejadian liwat itu berlaku atau tidak... Siapa yang suruh bicara tertutup ? Bang Anu atau Saiful... ? He he he..

    BalasPadam