RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 24 Mei 2010

TARIAN EZAM SESUMPAH SEMAKIN SUMBANG

Oleh: WFAUZDIN NS

PERLANTIKAN Ezam raja sesumpah sebagai Senator bukan diberi percuma. Bekas Pengerusi Gerak ini sejak keluar dari Gerak dan menyertai Umno jelas menampakkan sikapnya yang sebenar dan baru kita ketahui hikmah mengapa Ezam keluar dari kelompok perjuangan membela rakyat. Melihat kepada sikapnya sekarang, Ezam wujud di dalam Umno bukan untuk membasmi rasuah sepertimana janjinya sewaktu menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pak Lah dulu.

Sebaik sahaja Ezam raja sesumpah menyanjung `keris telanjang' Umno, beliau telah lupa segala atur langkah keramat perjuangan yang diajarkan oleh gurunya DS Anwar sekian lama. Kini, beliau mula belajar pencak silat mengikut tari Umno yang beliau sendiri tahu sentiasa sumbang tarinya. Namun, demi masa depan yang diharapkan dari Umno Ezam rela meletakkan maruahnya lebih rendah daripada Ibrahim Al-Kataki walaupun sedikit tinggi daripada Zahid Md Arip atau Ruslan Kassim rakan se`pengkhianatan'nya.

Di dalam blognya, Ezam bersusah payah untuk memikirkan alasan untuk memperlihatkan usaha MB Selangor Tan Sri Khalid menubuhkan SELCAT sebagai tidak telus. Berikut sedikit tulisan Ezam sesumpah berkaitan SELCAT;

"Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan SELCAT untuk menyiasat dakwaan dan penyelewengan didalam syarikat konsesi pasir tunggal di negeri Selangor, SEMESTA Sdn Bhd yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam adalah satu tindakan yang BERNIAT JAHAT dan SALAH kerana;

i] bercanggah dengan prinsip ketelusan
ii] bersifat menutup menutup penyelewengan [eyewash]
iii] bertujuan mempengaruhi siasatan tersebut dengan “gundah gujara” [with fear and favour]
iv] tidak menghormati perlembagaan persekutuan
v] tidak menghormati institusi kehakiman

SELCAT memperolehi bidang kuasa daripada arahan Dewan Undangan Negeri. Jesteru Menteri Besar tanpa mandat DUN tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan SELCAT untuk membuat siasatan apatah lagi siasatan tersebut bersifat JENAYAH yang mana SELCAT tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat." (ezam-mohdnor.blog)

Pertamanya ingin kita bertanya Ezam sesumpah, mengapa beliau tidak membuat sebarang laporan atau tindakan jika beliau sendiri yakin bahawa penubuhan SELCAT itu BERNIAT JAHAT atau SALAH? Bukankah Ezam ini terkenal dahulunya yang tidak henti-henti suka membuat laporan sehinggakan berkotak-kotak? Setelah berada di dalam `geng kerajaan', masakan Ezam takut untuk membuat laporan? Sebenarnya hati kecil Ezam merasakan bahawa tindakan MB Selangor itu adalah satu tindakan yang lebih telus dari mana-mana kerajaan negeri yang ada. Cuma, bila diri sudah terjual maka mulut kelu untuk berkata.

SELCAT bercanggah dengan prinsip ketelusan? Persidangan SELCAT yang diadakan secara terbuka sehinggakan boleh diikuti melalui internet itu dikatakan tidak telus? Terbukti SELCAT sebelum ini berupaya mendedahkan berbagai salah laku pemimpin Umno termasuk bekas MB Selangor Khir Toyo, isterinya dan beberapa Exco mereka sebelum ini. Cumanya, tiada susulan dari pihak yang berkuasa walaupun segala bukti berjaya didedahkan. Sekaligus SELCAT tidak boleh dikatakan untuk menutup segala penyelewengan kerana semua rakyat boleh mengetahui perjalanan SELCAT.

Tidakkah SELCAT sebenarnya banyak boleh membantu pihak berkuasa seperti SPRM seandainya SPRM peka dan serius dengan sesuatu kes yang dibawa ke SELCAT. Bagaimana Ezam sesumpah boleh menuduh SELCAT boleh mempengaruhi siasatan? Mungkin maksud Ezam, SELCAT mungkin boleh menyusahkan pihak yang ingin `cover' sesuatu kes yang melibatkan sekutu di dalam parti Ezam. Contohnya seperti isu banglo mewah Khir Toyo, lawatan BALKIS, pembelian hadiah dan cenderahati yang meragukan dan berbagai lagi kes yang telah dibawa ke SELCAT sebelum ini. Di mana akhirnya kes tersebut?

Tuduhan bahawa SELCAT tidak menghormati Perlembagaan dan institusi kehakiman adalah tuduhan berat jika benar. Maka, Ezam semestinya mengambil tindakan segera membuat laporan terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mengapa Ezam sesumpah menyalak di luar sahaja? Adakah beliau bimbang dengan adanya SELCAT, semakin banyak pula nanti isu-isu dan kes penyelewengan masa lampau Umno mentadbir Selangor akan terdedah.

Kita seharusnya bersyukur di atas keberanian MB Selangor menangani segala tuduhan ke atas Kerajaan PR Selangor sehingga kini. Terbaru semalam, MB Selangor ulangi lagi kesediaannya untuk bekerjasama dengan SPRM untuk membuat siasatan ke atas kerajaan Selangor. Bahkan, MB Selangor mempelawa SPRM mengadakan pejabatnya di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Saya syorkan sekiranya SPRM menolak pelawaan tersebut, Tan Sri Khalid mungkin boleh mempelawa Ezam sesumpah untuk menetap di pejabat MB Selangor./wfauzdin.blogspot.com

ISU ARAK - SUSAH HENDAK MENGAJAR PENCACAI UMNO SUPAYA FAHAM


Ucapan Terbaik Tentang Arak di Parlimen
Ucapan DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS-Kota Raja), di Parlimen pada 29 Mac 2010

Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras. Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun.

Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.
Trend di Asia semakin meningkat pengambilan alkohol. Akan tetapi di negara-negara Eropah trend pengambilan sudah mulai menurun oleh sebab kempen agresif mereka untuk membendung masalah atau gejala alkohol.
Kuantiti pengambilan perkapita setanding dengan Eropah iaitu 11 liter setahun dan sungutan rakyat terutama yang beragama Islam, arak, dan terutamanya bir terlalu mudah didapati di kedai-kedai.

Jumlah rakyat yang terlibat dengan pengambilan arak semakin meningkat dan pendedahan kepada arak semakin awal iaitu umur anak-anak remaja yang terdedah pada arak juga semakin rendah. Pada tahun 1976, Spencer dan Navaratnam telah membuat satu kajian yang menunjukkan 19% pelajar sekolah menengah bandar mengaku minum arak, 1% mengaku kerap meminum arak, 3% mengaku minum arak sulingan iaitu spirit yang tinggi kandungan alkohol sekali sebulan, dan 5.6% minum bir dengan lebih kerap lagi.

Namun statistik penglibatan orang Melayu Islam dalam pengambilan arak boleh dikatakan tiada. Ini adalah kerana soalan mengenai tabiat ini tidak ditanya kepada orang-orang Melayu Islam kerana dikatakan sensitif. Namun dalam satu kajian di kalangan pesakit yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) in-patient pada tahun 1993, 48% daripada yang ditanya mengaku minum arak. Satu per tiga daripada mereka ketagih arak sebanyak 61% daripadanya pesakit Cina, 60% daripada pesakit India, dan 30% daripada pesakit Melayu yang minum arak.

Di kalangan yang ketagihan arak, penyalahgunaan arak, 67% daripada mereka minum bir, 17% minum spirit iaitu arak sulingan, dan 16% minum samsu. Kalah kadar penyalahgunaan atau ketagihan tertinggi di kalangan kaum India yang daripada golongan pekerja dan miskin. Setakat ini kerajaan tidak memberi perhatian kepada isu ketagihan arak ini dan sering dikatakan ia sebagai isu kaum India atau pun 'Indian’s problem'. Jadi, berapa banyak sebenarnya kajian-kajian mengenai ketagihan arak ini yang telah dilakukan oleh institusi kerajaan sama ada pihak hospital atau pun pihak universiti. Maklumatnya tidak banyak mengenai perkara ini.

Apa yang menghairankan Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang mulia ini, arak ialah satu dadah atau boleh dimasukkan sebagai bahan 'psychoactive' seperti dadah-dadah bahan 'psychoactive' yang lain iaitu seperti morfin, ganja, ecstasy, dan sebagainya. Ia menyebabkan kesan jangka pendek dan jangka panjang ke atas otak dan juga menyebabkan kerosakan organik kepada hati. Jikalau dalam dadah-dadah 'psychoactive' lain seperti ubat tidur atau pun ubat menguruskan badan dan sebagainya ianya memerlukan preskripsi doktor dan perlu diletak di belakang dan dalam almari yang berkunci. Akan tetapi arak ini kalau di himpun semua kajian di seluruh dunia lebih daripada mencukupi untuk membuktikan bahawa arak ini membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial yang begitu tinggi.

Dari segi kos rawatannya melebihi daripada pendapatan yang dapat daripada perniagaan atau perusahaan arak. Saya ingin membaca dan saya fikir semua orang Islam tahu tentang ayat al-Quran ini. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Ayat ini cukup terang yang mengatakan bahawa “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan bertenung nasib adalah najis daripada amalan syaitan dan maka jauhilah sekiranya kamu hendak menjadi orang-orang yang berjaya”.

Ini sudah jelas dan negara kita dalam Fasal lima adalah sebuah negara yang mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Jadi, apakah yang menyebabkan sekarang ini dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung, dihukum mati? Akan tetapi arak minuman keras dan nikotin yang ada pada rokok diberi layanan yang lain. Ia boleh didapati dengan begitu berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam Akta Dadah Berbahaya? Ia tidak dijadikan sebagai dadah berbahaya sedangkan kesannya ke atas kehidupan manusia ataupun rakyat begitu meluas sekali.

Saya tidak bercakap mengenai perspektif orang Islam sahaja malah bangsa-bangsa dan agama-agama lain juga ada larangan dalam isu arak ini. Saya merasakan bahawa ada perkara yang boleh kita lakukan bersama sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada generasi akan datang. Ini adalah kerana undang-undang yang kita ada terlalu longgar. Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja alcohol proved atau pun alkohol mutlak. Bir dan todi atau mana-mana arak native semuanya mengandungi melebihi 2%. Jadi ia adalah cecair yang memabukkan.

Walau pun peruncit memerlukan lesen untuk menjual minuman keras, lesen tidak diperlukan untuk menjual bir di dalam botol atau di dalam tin. Ini kerana dalam Akta Eksais 176, Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen.
Akan tetapi Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan juga memerlukan lesen. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen. Begitu juga bumiputera Sabah boleh menjual secara runcit apa-apa liquor bumiputera. Saya fikir ini rice wine. Ia tidak memerlukan lesen.

Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967. Jadi ini menunjukkan bahawa penjualan arak ini boleh dijual di mana-mana sahaja. Seksyen 32(c) mengatakan bahawa sekiranya jualan runcit ini tidak melebihi 27 liter. 27 liter tuan-tuan, sidang Dewan sekalian kalau 1 tin bir mengandungi 350 mililiter bermakna sekiranya kedai itu stok, runcitnya stok 77 tin tidak melebihi padanya dan dia tidak memerlukan lesen untuk menjual arak ini.

Menteri juga, Seksyen 32(3) diberi kuasa mutlak untuk membenarkan jualan secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan. On top of that di atasnya penguatkuasaan penjualan arak sangat lemah. Penjualan haram banyak kedai-kedai yang menjual minuman keras tanpa lesen. Arak ataupun samsu yang dikilang secara haram yang mempunyai hingga 40% alkohol dalamnya juga dijual dengan agak berleluasa.

Premis untuk jualan arak pun begitu juga. Ini tidak termasuk todi kerana todi ada akta tersendiri. Seksyen 35(1) memberi empat jenis lesen untuk premis jualan. Lesen rumah awam maknanya kalau ada lesen ini boleh minum di premis. Lesen rumah bir juga minum di premis, lesen kedai runcit ia boleh digunakan di tempat lain daripada premis atau di mana sahaja jika atau arak itu dijual. Kita ada juga lesen peniaga borong. Jadi ini adalah antara perkara-perkara yang menyebabkan kenapa antara lain di Selangor baru-baru ini berlaku kekecohan apabila PAS ataupun pihak berkuasa tempatan tidak dapat untuk melaksanakan atau untuk menetapkan kawasan-kawasan yang boleh menjual arak.

Orang-orang Islam mahu kawasan-kawasan perumahan tidak dilesenkan atau tidak dibenarkan menjual arak. Pada masa yang sama PBT tidak boleh membuat undang-undang atau peraturan yang melanggar undang-undang induk.Jadi kalau undang-undang induk dalam Akta Eksais mengatakan bahawa bir boleh dijual sekiranya tidak melebihi 27 liter. Maka tidak ada kuasa pihak PBT untuk pula mengehadkan jualan bir itu. Inilah masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan.Lagi masalah yang terbit daripada penggunaan arak yang berleluasa ini ialah penjualan samsu. Ini saya hendak cerita satu anekdot. Apabila saya menang di Kota Raja saya didatangi oleh kumpulan-kumpulan India daripada golongan pertengahan dan golongan rendah yang meminta supaya – Dia kata “Sekarang PAS sudah memang di Kota Raja. Tolong Yang Berhormat pastikan bahawa arak adan samsu tidak dapat dengan mudah di kedai-kedai runcit.” Ini kerana arak dan samsu ini dijual dalam plastik dengan harga yang begitu murah antara RM2 hingga RM3.

Menyebabkan golongan-golongan yang ketagihan arak ini ataupun golongan yang tidak boleh menangani hidup mereka dan mereka memerlukan arak senang membeli arak ini. Inilah di antara perkara yang menjadi masalah bukan sahaja kepada rang-orang Islam tetapi juga kepada orang-orang bukan Islam. Jadi bermakna di Malaysia ini mana-mana kedai runcit boleh menjual minuman beralkohol kalau di simpan tidak lebih daripada 27 liter. Makna lebih kurang 70 tin bir di dalam kedainya. Kalau saya salah mungkin Menteri boleh membetulkan.

Dalam tahun 2001 terdapat 35,000 premis runcit berlesen di seluruh negara. Ini adalah untuk lesen alkohol yang kepekatannya tinggi spirits, wine dan sebagainya. Bukan lesen untuk menjual bir. Bir tidak perlu lesen kecuali kalau dijual dalam kuantiti yang banyak seperti di hypermarket, dia menjadi pemborong jadi dia perlu lesen. Dikatakan bila kita tanya di luar sana, pegawai-pegawai, Lembaga Pelesenan almost always hampir selalunya tidak pernah menolak permohonan lesen jualan liquor. Jadi sekarang berapakah jumlah lesen liquor ataupun arak yang dikeluarkan oleh kementerian melalui lembaga-lembaga pelesenan?

Berapa sebenarnya yang pernah ditolak permohonannya? Masalah terdapatnya arak begitu banyak ditambah pula dengan pemasaran agresif oleh syarikat-syarikat pengilang. Di negara kita ada dua kilang sahaja. Satu di PJ, satu di Shah Alam daripada tahun 60-an dan 70-an. Sekarang ini pasaran di Amerika dan Eropah sudah menjadi hampir tepu. Sekarang syarikat-syarikat arak mengubah sasaran mereka kepada negara-negara Asia. Negara kita satu hari akan menjadi hab arak.

Sekarang ini kita dikatakan hab pemerdagangan manusia. Kemudian kita akan disenaraikan sebagai hub arak pula. Saya tidak tahu sama ada rakyat Malaysia rela sekiranya arak dapat didapati begitu murah minuman keras di negara-negara jiran kita. Satu hari kita juga akan di 'condemn' akan dikutuk oleh negara-negara jiran kita. Di sini satu syarikat Carlsberg sendiri mengatakan bahawa mereka ada 200,000 peminum jenis yang dipanggil tegar (berat) - heavy consumers. 200,000 di bawah senarai pelanggan mereka.

Pada tahun 2001, ini 2001 sebab saya tidak dapat data yang terkini. Carslberg berbelanja RM7 juta untuk kempen penjenamaan baru Carslberg untuk menarik generasi muda. Berapa nilai sebenar untuk perbelanjaan nilai promosi tentulah berganda-ganda sekarang. Itu 2001. Walaupun pengiklanan langsung dalam media elektronik serta billboard diharamkan tidak dibenarkan. Belum nampak lagi media elektronik, belum masuk lagi TV belum naik lagi di billboard kecuali mungkin Sabah dan Sarawak. Namun pengiklanan dalam panggung wayang, dalam VCD, media cetak tidak diharamkan dibenarkan semakin kerap. Kita lihat media cetak, akhbar-akhbar bahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol. Pengiklanan sekarang menjadi sangat sofistikated. Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja sukan.

Belum lagi sukan mass massa seperti bola ataupun badminton tetapi sudah mula menaja sukan seperti golf. Menggunakan wanita mengeksploitasi wanita yang seksi, yang mengghairahkan
untuk juga menjual arak, alkohol. Taglines yang digunakan sangat mengelirukan seperti “Guinness Stout is good for you”, Guinness stout were put you back would put back what day takes out untuk orang-orang buruh ini, dia terpengaruh. Juga menyasarkan golongan pekerja-pekerja buruh dan yang miskin sebenarnya.

Dakwaan yang tidak berasas baik untuk kesihatan, simply full of goodness, Yomeishu yang dipromosikan untuk wanita lepas bersalin mengandungi 14% alkohol. Dom Benedictine mengandungi 40% alkohol, baik untuk kesuburan lelaki. Guinness stout dikatakan baik untuk kesuburan lelaki. Semua ini sekarang sudah menjadi satu marketing tagline. Mereka sebenarnya menyasarkan – Kalau yang murah disasarkan kepada kaum India yang miskin dengan penajaan teknik-teknik yang diguna dengan menggunakan artis-artis filem Hindi dan sebagainya.

Menyasarkan golongan muda dengan menggalakkan pengambilan dengan kerja amal. Misalnya kalau minum arak dari tin, simpan pembukanya itu maka ini akan digunakan untuk pendidikan IT misalnya. Semua ini mengarah kepada penggalakan penggunaan pengambilan arak di kalangan golongan muda. Carslberg menjadi penaja utama Maybank, Malaysia Open Golf 2010 baru-baru ini. Pengarah Urusan Carslberg di antara lain mengatakan “We wanted to treat our consumers to an exclusive experience of Maybank Malaysia Open.

There was abundant floor of Carlsberg beer through out the day. Kebanyakannya dihadiri oleh orang-orang muda. Inilah yang kita jadi dan kerisauan orang-orang Islam terutamanya. Tuan Yang di-Pertua saya minta sedikit masa lagi kerana apa yang berlaku sekarang masalah bagi orang Islam. Kita lihat baru-baru ini bagaimana undang-undang syariah itu telah dimomok-momokkan kerana Kartika dihukum sebat. Sedangkan di dalam undang-undang sivil ia tidak menjadi satu kesalahan, ia bukan satu kesalahan jenayah. Ia sebenarnya dibenarkan. Jadi Seksyen 19(1) dan Seksyen 19(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan mana-mana orang Islam kalau dia buat, dia minum, dia jual, dia pamer, dia beli, dia menyimpan semuanya minuman mabuk dia salah.

Jadi bagaimanakah harus enakmen syariah ini dilaksanakan apabila Akta Eksais membenarkan? Ia perlu ada penyelarasan di mana enakmen syariah ini diserap masuk ke dalam akta eksais yang menjadikan kesalahan orang-orang Islam minum arak, jual arak dan sebagainya. Kegagalan pelarasan undang-undang inilah yang menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat dan diketawakan oleh orang-orang bukan Islam. Benda itu pun kita tidak boleh selaras.

Saya harap lepas ini Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada UMNO kata hendak mempertahankan Islam marilah bersama-sama kita pertahankan. Kita minta, desak kerajaan untuk menyelaraskan undang-undang ini.Orang Islam bukan sahaja tidak boleh minum arak, tetapi tidak boleh terlibat dengan industri arak atau mempunyai saham dalam syarikat arak atau judi. Untuk makluman kita, ‘Boostae dan Richi Monde’, minta maaf ya kalau sebutan saya tidak betul adalah dua pengedar arak terbesar dan ia adalah anak syarikat atau dikaitkan dengan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

Bayangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Bayangkan Lembaga ini ahlinya adalah orang Islam, orang Melayu. Mereka mendapat hasil-hasil dividen daripada jualan pengagihan arak ini.Saya kadang-kadang terfikir apakah kemelut gejala sosial yang dihadapi orang Melayu juara, nombor satu dalam segala gejala sosial adalah kerana kita ini bersubahat. Pendapatan kita bersubahat dengan perkara-perkara haram.

Sekarang ini pun kalau kita lihat pendapatan yang disatukan dalam negara kita tidak diasingkan apa yang kita panggil ‘sin tax’, cukai dosa. Cukai yang hasilnya daripada judi, cukai yang dihasilkan daripada jualan arak, disatukan dan saya bimbang kita mendapat elaun-elaun, gaji-gaji tuan-tuan, pegawai-pegawai kerajaan, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.
Kita semua menerima elaun ini dan kita balik, kita bagi anak-anak kita makan.

Kita sangkakan kita mendapat rezeki yang halal, betul kita tidak curi. Akan tetapi duit ini adalah hasil daripada duit yang subahat. Mungkinkah, saya letak soalan ini kepada alim ulama - mungkin. Mungkinkah ini yang menyebabkan kenapa orang Melayu, anak-anak Melayu tidak masuk diajar sehinggakan tidak boleh membezakan salah dan betul. Kalau tadi Yang Berhormat Puan Chong Eng mendedahkan ini.... Sedikit sahaja. Mendedahkan ini, jadi kita lihat tanya balik, mungkinkah rezeki kita tidak berkat dan Tuhan telah menyebut dalam firman surah al-Ra’ad, balik tengok, ayat 96 Allah SWT mengatakan, “Sekiranya penduduk sesebuah negara bertakwa dan beriman, maka Allah akan membuka pintu keberkatan daripada langit dan bumi.” Keberkatan ini kena balik tengok belajar lagi. Akhirnya, kesimpulan, sedikit...

Saya sebenarnya cuma hendak cakap, saya ada 16 saranan yang saya dapat. Bukan sahaja daripada saya, tetapi daripada IKIM, daripada Malaysian Hindu Sangam yang juga menyokong control ataupun pengawalan arak. Kita tidak berniat untuk mengharamkan daripada orang bukan Islam, tetapi kita perlu mengawal dengan lebih ketat dan perlu menguatkuasakan dengan lebih gigih dan dengan lebih istiqamah lagi./Forum Tranung

SAYA INGAT JASA PENGUNDI - MP KAPAR

'Kisah Benar' - MP Kapar tak lompat
Mei 23, 10


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang kebelakangan ini digembar-gembur kononnya bakal keluar parti termasuk dakwaan pengumuman mengadakan sidang media, menceritakan apa yang dilakukannya pada hari semalam kepada TV Selangor.

"Waktu pagi macam biasalah. Saya jumpa dengan masyarakat dan pengundi saya di Pusat Khidmat. Kemudian sekitar jam 11 pagi, saya ke Puncak Alam berjumpa dengan Dr Hamka, bekas setiausaha.

"Selepas itu, saya tertinggal handphone. Saya berbincang-bincang, kemudian balik dan ada banyak miss call. Saya telefon semula. Saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR), Azmin Ali, dia tanya, betulkah saya mahu lompat?

"Saya kata, tidak. Pendirian saya jelas. Bukan pasal isu ini sahaja tapi atas apa isu sekalipun saya tetap bersama parti," katanya kepada TV Selangor.

Pendirian ini diulangi Manikavasagam pada ceramah di Ampang malam semalam, sekali gus berdepan ugutan melalui kejadian simbah cat yang dilakukan pihak tertentu.

Untuk sekian kali, Manikavasagam menafikan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi ahli parlimen Bebas.

Beliau terpaksa mengulangi kesetiaannya berikutan ada usaha pihak tertentu yang tidak jemu-jemu menyebar fitnah, kononnya mahu keluar parti dengan mengaitkan pendedahannya berhubung isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Saya masih ingat, ramai yang bantu saya ketika pilihan raya lalu. Mereka siang malam bantu saya, berhabis-habisan untuk saya. Saya ingat jasa mereka. Jangan harap boleh beli saya dengan wang. Saya teguh dengan parti," katanya./Malaysiakini

PILIHANRAYA KECIL DI DUN PARIT RAJA ?

ADUN Parit Raja masuk hospital kerana sakit dada
Mei 23, 10


Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51 dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, semalam selepas mengadu sakit dada.

NONESerangan jantung itu dipercayai berlaku ketika Abd Aziz (kanan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja menghadiri tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Bazar JB semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Ali Hassan, berkata Abd Aziz mengadu sakit badan dan dada semasa mereka berbual-bual selepas tinjauan mesra itu.
"Dia kata dia tak sedap badan. Saya tak sangka ia jadi macam tu," kata beliau.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub ketika dihubungi hari ini tidak dapat mengulas lanjut mengenai kesihatan beliau.

- Bernama

PAS CABAR KERAJAAN LUPUS LESEN JUDI

PAS desak Dasar Judi Negara dikaji semula
Mei 23, 10


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula dasar judi kebangsaan.

Bercakap kepada pemberita di pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Klang hari ini, Hadi berkata Pakatan Rakyat bersama dalam pendirian semua pimpinan agama bahawa judi mengundang mudarat.

Namun pembanterasan gejala judi menghadapi kesulitan kerana soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah kuasa mutlak Kerajaan Pusat.

"Kita memang telah lama mengadakan perbincangan dengan semua agama yang menyatakan judi salah di sisi agama dan ia dah lama kita haramkan," kata Hadi.

Presiden PAS itu berkata demikian mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) agar Dewan Pemuda Pas mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbir gagasan itu.

Katanya, soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat menerusi Kementerian Kewangan.
Dalam pada itu, katanya, PAS bercadang untuk membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.


Hadi berkata bagaimanapun beberapa penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian (bukan Islam boleh mengundi ketika muktamar)," katanya.

Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Bagaimanapun kata Hadi, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Sehingga kini dewan itu mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara, katanya.

"Hari ini kita telah melantik anggota jawatankuasa dewan itu di peringkat kebangsaan dan mereka akan menggerakkan operasi ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti," katanya./Malaysiakini

Ahad, 23 Mei 2010

TAHNIAH - KEMASUKAN 20 000 AHLI BARU KE DALAM PAS

20,000 penyokong bukan Islam kini ahli PAS
Salhan K Ahmad
Mei 23, 10


Seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS hari ini 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat.

"Tapi untuk mengundi dalam pemilihan parti belum lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, dewan yang dibentuk itu akan menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.

Jelasnya, usaha itu penting bagi menangkis tohmahan yang dilemparkan BN.

Katanya lagi, tohmahan yang digembar-gemburkan melalui media kawalan BN terhadap parti itulah yang menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang bukan Islam terhadap PAS.

"Kalau dulu mereka jalankan aktiviti atas nama kelab penyokong sahaja tapi sekarang mereka akan dapat jalankan aktiviti (dengan) lebih terarah dan tersusun.

"(Fokus) mereka, terangkan dasar PAS dan pecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam.

Pelancaran dewan tersebut pagi ini disempurnakan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang./Malaysiakini

SPRM SAHKAN SEDANG SIASAT NAJIB

"You help me, I help you", SPRM siasat Najib
Hazlan Zakaria
Mei 23, 10


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.


Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu menlanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.


Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula./Malaysiakini

JUDI BOLA - MUHYIDDIN KATA AKAN TELITI, NAJIB LANGSUNG TIDAK MAHU BINCANG

Kerajaan teliti lesen judi Piala Dunia
Mei 23, 10


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu.

20 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga membisu berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"Kita tidak akan membincangkannya," kata Najib apabila diajukan soalan berkenaan oleh wartawan./Malaysiakini

PKR MULA PERCEPATKAN LANGKAH MENUJU PILIHANRAYA UMUM

Jelajah Anwar sasar kerusi genting
Aidila Razak
Mei 22, 10


Ada atau tidak pilihan raya mengejut, PKR mahu bersiap-sedia menghadapi pilihan raya umum yang akan datang dengan turun padang, khususnya di kerusi-kerusi genting dengan majoriti tipis.

Menunggu di seluruh negara, 'pemikat ceramah' Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha agung Saifuddin Nasution berkata PKR kini memasuki 'mod kempen pilihan raya' untuk tempoh tiga hingga empat bulan lagi.

"Kita telah menganalisis keputusan pilihan raya umum, dan mengenalpasi kerusi berdasarkan faktor 'kebolehmenangan', kita akan hantar Anwar ke kawasan itu untuk gemblengkan sokongan," katanya.

Antara kawasan yang ditandakan dalam kempen jelajah 'Selamatkan Malaysia' merupakan Tanjung Karang di mana kawasan sekitarnya dianggap sebagai kubu BN hingga sekarang./Malaysiakini

ISU JUDI DAN KILANG ARAK - BLOGGER PRO UMNO MENGAPA BEBAL SANGAT?

ISU judi nampaknya semakin menjerat leher Umno yang sering mendakwa sebagai parti yang menyelamatkan bangsa Melayu dan memperjuangkan Islam. Isu APCO yang semakin sinonim dengan parti kebangsaan ini pun tidak cukup lidah mereka ingin menepisnya hinggakan terpaksa guna kuasa dan undang-undang bagi menyelamatkan maruah mereka. Dan, DS Anwar menjadi mangsa kerana Ketua Pembangkang itu tidak mahu bersekongkol dengan APCO/Yahudi tersebut.

Sebelum ini isu arak, sehinggakan Blogger pro Umno terpaksa bermain silap mata untuk memperbodohkan pengunjung-pengunjung blog mereka yang sudah sememangnya dungu itu dengan menyiarkan foto tipu menggambarkan Dato' Zaid Ibrahim sedang minum arak. Kali ini, Blogger mereka yang tidak pernah cerdik itu cuba untuk bermain dengan isu judi pula. Kita tahu mereka terpaksa mengampu dan mengipas bos mereka yang sedang panas dengan isu judi bola sekarang ini. Blogger ini sekali lagi mengambil kesempatan di atas kedunguan ahli-ahli Umno dan pengunjung blog mereka dengan hujah, "mengapa negeri-negeri di bawah kerajaan PR tidak mengharamkan judi dan arak". "Mengapa kilang arak di Shah Alam tidak ditutup". Mengapa lesen judi dikeluarkan?

Mari kita mengajar mereka yang jahil ini supaya lebih cerdik dan jangan sampai jahil ke tahap gaban. Pertamanya soal lesen, mereka tahukah siapa yang berkuasa penuh untuk mengeluarkan lesen judi dan kilang arak? Kerajaan negeri atau Persekutuan? DAN, yang paling PENTING, siapa lebih berkuasa, Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Mengapa Kerajaan Pusat masih mahu menambah satu lagi lesen perjudian dengan lesen judi bola ini? Kilang arak terbesar di Shah Alam dan Pusat Judi terbesar di Genting itu siapa yang luluskan lesennya beroparasi? Blogger pro Umno tidak tahukah? Ok lah, untuk memudahkan mereka mengaji ilmu ini, kita siarkan apa yang dinyatakan di dalam Blog Justice For All ini. Buat Blogger yang rendah minda itu, sila semak intisari di bawah dengan merujuk panduan dan Akta-Akta di bawah;

a) Perlembagaan Persekutuan,

b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

c) Akta Pertaruhan Pool 1967

d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

Perlembagaan Persekutuan

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(l) Pertaruhan dan loteri

Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja..

Senarai II—Senarai Negeri

(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan.

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Macamana nak hadkan judi kalau guna secara online..tanpa premis..tak boleh nak tutup pusat judi jika ada lesen. Macam di Genting Highland, ada berani ke UMNO Pahang atau Jaip pergi tutup pusat judi tu? tentu jawapannya tidak.

Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi..ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..

Sebagai contoh Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 yang menyatakan : "Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya"

Kalau hujah negeri PR boleh sekat judi, itu hujah dangkal kerana kerajaan negeri tiada kuasa..hanya ada kuasa berkaitan premis judi sahaja. Kalau guna online, kerajaan negeri mana boleh sekat judi tanpa premis ini..

P/S - Terima kasih buat Justice For All.

ROGOL JADI CABUL, LIWAT TETAP LIWAT !!

Antara Guru Cabul Murid Dan DSAI Liwat Saiful........
Oleh: notan

"Assalamualaikum,,

Ada 2 berita panas dari Sibu selepas PRK, iaitu kisah gadis Iban yang dilari ke Indonesia oleh suaminya dan dikembalikan dalam keadaan mengandung 5 bulan dan berita guru mencabul 5 orang muridnya yang berbaloi untuk direnungi.Masyarakat guru yang baru menyambut hari guru pada 16 mei dikejut dan dimalukan oleh perbuatan seorang guru di Sibu yang diberitakan sedang menunggu kelahiran anak sulungnya lapurkan mencabul murid yang juga adik iparnya.

Menurut lapuran polis yang dibuat, guru tersebut mulanya mengajak murid yang juga adik iparnya ke kuartes guru untuk menonton film lucah sebelum merogolnya.Tetapi pemeriksaan di HOSPITAL SIBU tidak menunjukkan apa apa unsur rogol, lalu polis menukar kes tersebut kepada kes mencabul kehormatan.Menarik bukan kalau dibandingkan dengan dakwaan Saiful diliwat oleh DSAI?

Nampaknya polis di Sibu lebih berhemah daripada polis ibu kota.Kalau sudah tidak ada bukti perubatan yang mengatakan murid itu dirogol maka wajar ditukar siasatan kes mencabul kehormatan sahaja.Kalau ada bukti bukti forensik seperti air mani guru itu di bahagian kemaluan mangsa, ianya tetap tidak dikelasifikasi sebagai kes rogol.Peruntukan undang undang yang mudah difahami oleh semua orang.

Tetapi kes liwat DSAI agak berbeza kerana lapuran perubatan tidak diterima sebagai bukti utama seperti dakwaan rogol murid di Sibu.Sebaliknya bukti forensik dan keterangan saksi dijadikan sebagai bukti utama untuk mensabitkan DSAI sebagai peliwat abad ini.

Nampaknya guru yang gila sex(pernah cabul 4 murid sebelum ini)seperti digambarkan oleh berita tersebut boleh terlepas hukuman rogol kerana ketiadaan bukti bukti perubatan yang menunjukkan adanya unsur unsur rogol berlaku.Tetapi DSAI mungkin berdepan dengan hukuman liwat walaupuan bukti perubatan menunjukkan saiful tidak diliwat dan kehadiran air mani DSAI di punggung Saiful langsung tidak menunjukkan ianya diliwat oleh DSAI.Macam macam kemungkinan kepada air mani DSAI berada di punggung Saiful sepertimana pernah terjadi dalam perbicaraan kes bunuh wakil rakyat di Sabah dulu di mana salah seorang saksi memberitau mahkamah bahawa dia tidak mengetahui kenapa air maninya terdapat di celah peha mangsa dan keterangannya diterima oleh mahkamah.

Double standard penyiasatan polis dan pendakwaan boleh dilihat dengan jelas dalam kedua dua kes ini.

Sumber: Tranungkite