RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 12 Mac 2011

ISU JUDI - BUKTI PAS KOMITED DENGAN PERJUANGAN ISLAM

Judi: Kerajaan Negeri kerap beri penjelasan

KOTA BHARU – Orang ramai sepatutnya sudah memahami penguatkuasaan kerajaan tempatan terhadap kegiatan judi kerana Kerajaan Negeri Kelantan sudah kerap kali memberi penjelasan.

Demikian pandangan bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Chua Chin Hui selepas melihat operasi ke atas premis yang menjual tiket loteri mendapat bantahan sesetengah pihak.

Chin Hui berkata, beliau hairan kerana ada yang masih belum memahami dasar kerajaan negeri khususnya berkaitan judi sedangkan orang ramai termasuk bukan Islam diberi peluang mengikuti sesi penerangan mengenainya.

Katanya, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw mengeluarkan kenyataan salah mengenai penguatkuasaan loteri.

“Saya hairan bagaimana beliau (Pang Chaw) boleh mengeluarkan kenyataan menyeleweng itu sedangkan beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis MPKB.

“Setahu saya, lesen menjual loteri tidak pernah dikeluarkan lesen oleh MPKB sejak Pas memerintah Kelantan tahun 1990,” katanya kepada Sinar Harian.

Chin Hui berkata, loteri atau segala bentuk perjudian merupakan amalan bercanggah dengan amalan dan budaya sihat semua masyarakat, tidak mengira agama dan bangsa.

Katanya, beliau menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein pada 8 Mac lalu yang mengatakan bahawa kejadian bunuh diri meningkat kerana masalah kewangan kritikal dan judi merupakan antara puncanya./Sinar

MEREKA TERGILA-GILA DENGAN DNA ANWAR UNTUK APA?

Oleh: WFAUZDIN NS

PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.

Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?

Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.

DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.

Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.

Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/wfauzdin.blogspot.com

KES LIWAT - SAIFUL ENGGAN ULAS BEBERAPA DNA DI KELILING DUBURNYA

Dari Malaysiakini

Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

Jumaat, 11 Mac 2011

VIDEO - BIDAS BUKU MAHATHIR DAN FAKTA MAHATHIR PENGECUT




Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK perlu saya ulas panjang, anda boleh dengar sendiri hujah YB Saifuddin Nasution terhadap Tun Mahathir di dalam klip video di atas berkenaan:

- Mengapa Mahathir takut hadir ke mahkamah setelah disapina oleh pihak Peguambela Anwar untuk memberikan keterangan semasa Kes Liwat 1 dahulu? Bukankah Mahathir sebelum itu siang malam bercakap di hadapan TV menyebut beliau ada bukti kukuh tentang salah laku Anwar?

- Bolehkah diterima pakai cakap Mahathir bahawa beliau mendapat maklumat tentang salahlaku Anwar awal lagi iaitu di awal tahun 1990 melalui Tun Hanif Omar (Bekas Ketua Polis Negara)? Sekiranya benar, mengapa Mahathir tetap melantik Anwar menjadi Menteri Kabinet selepas tahun 1990 sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri? Adakah Mahathir mahu Menteri Kabinetnya berkelakuan buruk dengan melantik Anwar menjadi Menteri walaupun beliau dakwa tahu maklumat kelakuan Anwar awal tahun 1990?

- Tun Hanif Omar pernah memberi keterangan di dalam mahkamah sewaktu kes liwat 1 DS Anwar, bahawa beliau tidak menjumpai ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Adakah insan seperti ini boleh kita terima kenyataannya yang melaporkan kegiatan Anwar pada Tun Mahathir? Atau, mungkinkah Mahathir ditipu oleh Tun Hanif ketika itu? Tidak mustahil, kerana bukankah Ling Liong Sik didakwa menipu Mahathir dan kabinet dalam isu berkaitan PKFZ ?

- Jelas, Mahathir takut untuk berdepan dengan Anwar, sebab itu beliau hanya keluarkan buku yang tidak boleh disoal jawab lagi. Memang Mahathir tidak takut jika Anwar saman beliau kerana penulisan di dalam buku itu kerana beliau lebih arif tentang mahkamah di negara ini.

wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 10 Mac 2011

TAHNIAH DS ANWAR, PKR PERLUKAN KUALITI BUKAN KUANTITI

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR nampaknya sudah tidak bimbang lagi berapa ramai pemimpin atau ahli-ahli PKR yang akan keluar parti. Beliau bahkan mencabar sesiapa yang berada di dalam PKR yang hanya mahu menjadi calon di dalam pilihanraya tetapi tidak mahu bersusah dan berkorban agar keluar segera dari PKR.

Ketua Umum PKR ini tidak marah sekiranya terdapat pemimpin atau ahli-ahli PKR yang menegur atau mengkritik parti dengan baik, jujur dan berasas tetapi beliau amat marah sekiranya mereka tidak mahu berjuang, tidak mahu berkorban untuk parti walaupun tidak pernah menegur parti. Ini bezanya dengan pemimpin Umno yang sentiasa mahu dikipas dan sesiapa paling kuat kipasnya maka ada harapan di dalam Umno.

Walaupun parti boleh ditegur dan dikritik, namun setiap ahli mesti menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menimbang samada pendekatan yang mereka ambil itu menguntungkan parti atau tidak. Sekiranya tidak menguntungkan parti pun, paling tidak jangan sampai menguntungkan musuh parti. PKR mesti terus ditegur dan dikritik agar parti ini sentiasa berjaga dan tidak tidur. Pemimpin pula mesti mengambil setiap teguran itu dengan pandangan yang positif kecuali jika ternyata kritikan itu dibuat semata-mata untuk mencari jalan untuk keluar dari parti. PKR banyak pengalaman semacam ini. Cuba tanya mereka yang telah bertukar menjadi `spesis katak' itu.

Kita tahu mengapa Zahrain keluar kerana Lim Guan Eng telah dedahkan tembelang Zahrain sebelum beliau menjadi katak. Sejarah juga memperlihatkan bagaimana seorang Adun dari Perak yang terlepas dari dakwaan rasuah seks setelah menjadi katak. Tidak lupa kita bagaimana seorang TKM P.Pinang yang bermasalah kewangan, menjadi katak dan masalah selesai. Terbaru, katak hitam pula berjaya menyelesaikan bayaran membeli tanah berharga jutaan ringgit sekelip mata sebaik sahaja menjadi katak.

Oleh sebab itulah, kita harus menyokong kuat usaha DS Anwar untuk membersihkan parti dari pemimpin seperti ini. Biarlah kita kembali mempunyai seorang wakil tunggal di Parlimen seperti dahulu sekiranya yang lain hanya mahu hidup senang lenang dan tidak mahu berkorban untuk rakyat bawahan. PKR perlukan kualiti, bukan kuantiti. Tahniah DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.

Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. “Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.

Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?

Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?

Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?

Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya./wfauzdin.blogspot.com

LEBIH BAIK MUHYIDDIN JAGA KEMENTERIANNYA YANG SEMAKIN TERUK ITU

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA bankrapnya Muhyiddin berhujah sebagai orang politik. Timbalan Presiden Umno ini mendakwa bahawa Anwar adalah liabiliti kepada PAS. Terlalu berat untuk Muhyiddin akui betapa Anwar lah seorang tokoh yang paling digeruni dan ditakuti oleh Umno. Betapa tidak, kerusi Permatang Pauh sewaktu ditandingi oleh DS Wan Azizah, isteri Anwar pun Umno tidak boleh makan. Bila Anwar bertanding di situ, ghuyub Umno menikus tidak tunjuk muka.

Muhyiddin cari jalan lain untuk pecah belahkan PR terutamanya PAS dengan PKR. Beliau kata PAS sebenarnya tidak suka Anwar turun berceramah di pentas PAS, tetapi Anwar sahaja yang mahu turun sesuka hati. Lihat sendiri betapa `cerdik'nya hujah Muhyiddin ini. Ruginya ahli Umno jika tabalkan Muhyiddin lagi sebagai Timbalan Presiden Umno kerana pemikirannya lebih teruk dari pemikiran Ketua Cawangan Umno. Ketua Cawangan Umno sendiri pun tidak percaya dengan apa yang beliau sebut.

Di dalam setiap program ceramah PAS, semua penceramah undangan telah ditetapkan lebih awal. Selepas itu, poster atau banner program ceramah dipamerkan. Mana lojik Anwar sesuka hati hadir untuk berceramah jika beliau tidak diundang? Bak kata Naib Presiden PAS sendiri, PAS jika boleh mahu Anwar turun setiap hari dalam program partinya. Mana kita mahu dengar samada cakap Muhyiddin atau Mahfuz?

Hakikatnya, Muhyiddin yang menjadi liabiliti kepada Kementerian Pelajaran. Apa sudah jadi dengan prestasi pendidikan di negara ini? Apa sudah jadi dengan isu moral dan disiplin budak-budak sekolah sekarang ? Berapa banyak wang rakyat rugi kerana tersilap mencetak buku teks budak sekolah? Jika yang ini pun Muhyiddin tidak boleh urus dan kawal, pelik apanya jika dia bercakap merapu umpama Ketua Cawangan Umno di ulu kampung? /wfauzdin.blogspot.com

BILA KUCING TIADA, KATAK PUN MENJADI HERO

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA kucing tiada, katak pun berani. Apabila Anwar dan Azmin tiada di dalam Parlimen, katak hitam dari Bagan Serai pun bukan main lagi hari ini. Maklumlah spesis baru di dalam kerabat katak kena lah tunjuk hebat di kalangan spesis katak.

Dulu katak hitam ini ada mendakwa kununnya Azmin pernah gelar dia `paria' di dalam satu mesyuarat. Lepas tu dia dakwa Azmin menghina orang India dengan gelaran `paria'. Dulu di era reformasi, ramai yang gelar Mahdey Kutty tu `Mahafiraun', adakah semua Melayu atau mamak terasa mereka adalah `Mahafiraun'? Tidak, itu hanya untuk Mahdey Kutty saja. Maka, jika benar Azmin ada gelar katak hitam ini sebagai `paria' maka itu khusus untuk dia saja.

Nampaknya terasa hebat dan hero lah puak-puak sekutu Apco di dalam Parlimen bila Anwar digantung menghadiri Parlimen. Jika tidak, teruk mereka mahu menjawab depan Anwar sampai Najib pun panas keluar Parlimen bila Anwar berucap. Begitulah hebatnya mereka yang sentiasa penakut baik di dalam Parlimen mahu pun di luar. Tempat mereka tunjuk hebat hanyalah di depan kamera TV dan akhbar Utusan Meloya./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 9 Mac 2011

BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH benar bahawa PAS memusuhi atau menjauhi Bloggers Pro-PR sehinggakan PAS tewas di dalam PRK baru-baru ini? Sekali lagi saya rasa Tulang Besi menembak tidak tepat ke sasarannya.

Jika tidak silap, Tuan Guru Nik Aziz bersama Kerajaan Negeri Kelantan ada membuat satu program berjumpa dengan Bloggers Pro PR di Selangor jika tidak salah dan dihebahkan kepada semua Blogger untuk hadir. Tidak tahu pula saya samada Tulang Besi hadir atau tidak. Saya sememangnya tidak hadir pada perjumpaan tersebut tetapi mengikutinya dari jauh. Bukankah ini salah satu program merapatkan hubungan Kerajaan Negeri di bawah PAS dengan Bloggers?

Dan, sebelum kempen bermula di PRK Dun Merlimau terdapat juga satu pertemuan di antara PAS dengan Bloggers di sana. Pertemuan tersebut juga dihebahkan melalui beberapa blog pro PR. Justeru itu, di mana Tulang Besi mendapat ilham untuk mengatakan Bloggers PR dipinggirkan?

Tulang Besi masih tidak jemu membicarakan soal Kerajaan Perpaduan yang pimpinan PR telah secara terbuka mahu isu tersebut dihentikan. Beliau juga seolah-olah tidak berputus asa dan masih bekerja kuat untuk menentukan kepimpinan PAS ditukar. Adakah Tulang Besi juga mahu DS Anwar ditukar setelah beberapa MP dari PKR melompat atau PKR tewas di dalam pilihanraya? Jika itu formula yang beliau fikir untuk menjayakan cita-cita PR, saya rasa bukan sahaja ianya akan berjaya malahan PR akan hancur lebih teruk.

Memang benar, ada waktunya Bloggers juga dikritik oleh pimpinan PAS sepertimana Bloggers juga mengkritik pimpinan. Jika kita boleh kritik pemimpin, mustahil pemimpin tidak boleh kritik kita sebagai pengikut. Tegur menegur sesama kita akan memperbaiki perjuangan kita bersama. Jika kita ada hujah, kita tulis dan berhujah lah dengan baik. Jika pemimpin pula merasakan perlu menjawab hujah kita, maka pemimpin akan berhujah. Setahu saya belum ada Bloggers samada dari PKR atau PAS yang dipecat sebagai ahli semata-mata mengkritik pemimpin. Jika itu lah keadaannya, mustahil pemimpin pula perlu berundur semata-mata dikritik oleh Bloggers.

Tulang Besi cuba membawa kisah seorang sahabat Aduka Taruna yang kununnya di belasah di perkarangan masjid Rusila. Saya ada mengulas isu tersebut sebelum ini di dalam blog saya. Pandangan saya tidak berubah iaitu Aduka Taruna bersalah dan lebih bersalah lagi adalah mereka yang didakwa memukulnya. Pendapat saya ini adalah berpandukan cerita dari Aduka Taruna sendiri. Maksud saya, Aduka yang bersalah tetapi tidak berhak untuk sesiapa memukulnya. Itu pandangan saya.

Justeru itu, pendapat Tulang Besi bahawa PAS meminggirkan atau memusuhi Bloggers PR adalah satu tuduhan semata-mata. Tiada satu bukti pun menunjukkan Bloggers PR dipinggirkan bahkan bukti PAS semakin mendekati para Bloggers boleh kita buktikan. /wfauzdin.blogspot.com

MENENTANG LARANGAN JUDI DI KELANTAN - BEZA MCA DAN DAP, PAS DAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya? Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri.

Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut. Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut. Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim.

DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi' di sini, saya tidak berani huraikan.

Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim. Sekeras-keras teguran dari DAP adalah dari Karpal Singh suatu ketika dahulu di mana beliau pernah berkata, 'langkah mayat saya dahulu jika mahu Hudud dilaksanakan'.

Di dalam konvensyen PR baru-baru ini, Karpal menyebut perkataannya itu adalah di luar konteks sebenar. Beliau mengambil pendirian terbaru bahawa DAP bersedia untuk berbincang dengan PAS berkaitan hukum Islam. Pendirian terbaru DAP ini tidak dihebahkan oleh media pencacai melainkan sering mengungkit kenyataan lama Pengerusi DAP tersebut. Oleh itu, tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berbincang dengan DAP di dalam isu ini adalah selaras dengan apa yang Karpal Singh suarakan.

Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi itu adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah. Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam. Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia baru-baru ini. Oleh yang demikian, pemimpin di dalam MCA dan Gerakan atau MIC menganggap judi dibenarkan di dalam Islam kerana Umno sendiri redha dan pemimpin dan ahli Umno semuanya mengaku Islam. Pada fikiran Chua Soi Lek, jika Umno yang Islam kata boleh mengapa PAS yang Islam juga kata tidak boleh? Justeru itu, siapa yang menyesatkan siapa? Jangan nanti Chua Soi Lek mahu agar hubungan seks bebas atau oral seks dibenarkan kerana itu hak mereka yang Non Muslim.

Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, teruskan usaha tersebut di dalam masa yang sama terangkan kepada mereka bahawa hukum Islam ini menjamin keharmonian semua. Biarlah Umno pula menerangkan kepada sekutu mereka dari MCA, Gerakan dan MIC tentang hukum berjudi di dalam Islam pada pandangan Umno. Adakah berjudi itu `halal' bila berlesen dan `haram' bila tidak berlesen, biarlah pemimpin Umno terangkan. Persoalannya, mampukah pemimpin Umno terangkan tentang Islam kepada sekutu mereka itu sedangkan isteri sendiri pun tidak tahu hukum menutup aurat. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 8 Mac 2011

USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR hari ini memetik kenyataan Najib bahawa semasa PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau, terdapat pimpinan PAS tidak menggalakkan DS Anwar datang berkempen ke kawasan tersebut. Satu lagi usaha Najib untuk melaga-lagakan kerjasama PKR dan PAS setelah usaha memperdayakan PAS dengan `Kerajaan Perpaduan' gagal.

Najib selaku PM tentunya mempunyai ramai SB yang ditugaskan meninjau kempen PR di dua kawasan tersebut, malangnya beliau masih tidak tahu apa-apa maklumat atau sememangnya beliau tidak diberitahu. Najib tidak tahu betapa Anwar telah menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di dalam satu hari sahaja di Merlimau. Begitu juga di Kerdau, di mana kehadiran Anwar disambut secara `samseng' berperangai `monyet' oleh sekumpulan pemuda yang mengepung dan melontar batu ke kereta Anwar.

Kehadiran Anwar di dalam mana-mana kempen PRK amat dinantikan oleh semua penyokong PR termasuk PAS, ini dibuktikan semua ceramah Anwar mendapat sambutan yang hangat. Jika tidak, masakan ada `monyet upahan' yang menanti kehadiran Ketua Pembangkang itu. Tidak seperti Umno, jika Najib atau Muhyiddin tidak membawa `bekal' serta uncang-uncang yang mahu ditaburkan kepada pengundi, sudah pasti kehadiran beliau tidak dipedulikan rakyat. Bayangkan, Umno sampai ke tahap memanggil betina tua yang masih bujang itu untuk mengajar anak-anak muda dio Merlimau dan Kerdau bagaimana untuk mencarut, bercakap lucah dan melakukan fitnah.

Betina itu mahu anak-anak muda Melayu khususnya menjadi sepertinya yang tiada moral sehingga dibuang oleh keluarganya sendiri. Umno juga sanggup menjemput raja golek punggung M.Daud Kilau dan berdangdut selepas ceramah Ezam sesumpah dan Berahim raja katak. Mengapa bergelek dan berdangdut selepas ceramah? Ini adalah kerana untuk mengelakkan penonton lari sebaik sahaja selesai bergelek dan ceramah pun tidak laku. Itu bezanya cara kita dengan cara mereka.

Namun puak mereka menang bukan kerana Najib, Muhyiddin, betina tua atau ketiga-tiga raja itu iaitu raja gelek, raja sesumpah atau pun raja katak. Mereka menang kerana `habuan' yang diberi dan dijanjikan. Dijanjikan wang tunai RM13 Ribu dibayar Isnin selepas selesai pilihanraya bagi beberapa ratus Peneroka Felda. Terbukti ianya dibayar juga tetapi dengan cek. Tidak kisah cek atau tunai, tetapi mereka telah mendapat apa yang mereka mahu. Peduli apa mereka dengan perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Selepas ini mereka akan bayar balik wang itu, itu tiada masalah kerana setiap tahun mereka sudah pasti ada bonus kerana harga sawit tetap akan tinggi sehingga kiamat. Peneroka felda orang bertuah di Malaysia sekarang.

Bagaimana dengan warga felda yang lain yang mencukupi syarat untuk mendapat imbuhan seperti yang diperolehi oleh wara felda di Kerdau? Kamu jangan bimbang, bersabarlah manalah tahu ada pula PRK di kawasan kamu selepas ini. Cuma, jangan berdoa Wakil Rakyat kamu mati pula. /wfauzdin.blogspot.com