RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 30 Januari 2013

KOBAT FM - SALURAN RADIO UNTUK WARGA TENTERA

Oleh:  WFAUZDIN NS



SALAH satu masalah besar yang dihadapi oleh kita di dalam PR adalah untuk mendapatkan sokongan dari warga tentera yang masih dikekalkan sebagai pengundi pos.  Bukan kerana warga tentera tidak meyakini kita, tetapi mereka amat terbatas untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu semasa di dalam negara ini.

Cuba kita tanya beberapa orang warga tentera, berapa orangkah yang tahu tentang maklumat berkaitan isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) iaitu satu tabung kebajikan yang dekat dengan mereka?  Walaupun isu ini panas sekarang, tetapi adakah mereka sedar bagaimana wang LTAT ini digunakan?  Tahukah mereka kisah yang didedahkan oleh Sdr Rafizi Ramli tentang penyelewengan wang LTAT ini?

Justeru itu, saya selaku Penyelaras Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) memikirkan satu kaedah bagaimana untuk mendekati golongan yang berada di dalam pagar kawalan tentera ini.  Kita tidak dibenarkan memasuki kem tentera untuk berkempen seperti pemimpin-pemimpin Umno yang bebas keluar masuk kem berkempen di atas nama program-program tertentu.  Awalnya, saya membuka blog KOBAT, kemudiannya diikuti dengan FaceBook KOBAT sebagai ikhtiar kita untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera dan juga bekas-bekas tentera.  Sambutannya amat baik sekali dan bilangan pengunjung semakin bertambah.

Namun, itu tidak mencukupi untuk kita mendekati mereka.  Di zaman IT ini, kita gunakan pula saluran yang lebih pantas untuk menyampaikan maklumat isu-isu semasa kepada mereka di samping kita boleh berhibur.  Maka, saya dengan dibantu oleh kepimpinan parti termasuk dari Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang, maka kami wujudkan Stesen Radio Internet yang diberi nama 'KOBAT FM'.  Siaran radio ini boleh didengari melalui blog kami di http://kobatfm.blogspot.com  

Kewujudan radio yang bakal dilancarkan oleh Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim pada 08 Feb 2013 di Kuantan ini nanti, InsyaAllah, bakal menjadi saluran alternatif terbaik kepada seluruh warga tentera.  Saya memohon sokongan saudara-saudara untuk bersama kami di KOBAT FM iaitu dengan cara menyertai rakan-rakan kita di FunPages 'KOBAT FM'.  (Klik SINI).

Mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah dan bakal mendapat kejayaan, InsyaAllah.


Isnin, 28 Januari 2013

MENJAWAB ISU 'SIAPA MB PAHANG' SELEPAS NAN YAAKOB

Oleh:  WFAUZDIN NS

SIAPA MB Pahang sekiranya, InsyaAllah, PR dapat menawan Pahang?  PDO telah mengulas isu ini dan mahukan agar PR buat keputusan segera siapa MB Pahang di kalangan PR nanti.  Sebenarnya tidak benar rakyat tertanya-tanya siapakah MB Pahang bagi menggantikan Nan Yaakob seperti yang disebut oleh PDO.  Yang betulnya rakyat teruja untuk kuburkan Umno/Bn di Pahang dan isu siapa MB Pahang itu perkara nombor dua.

Kedua-duanya layak jadi MB Pahang kerana lebih baik dari pemimpin Umno
Sebenarnya tidak sukar untuk mengagak siapa MB Pahang di kalangan PR jika PR berjaya menawan Pahang.  Pertamanya, semua tahu bahawa PAS lebih banyak bertanding di kerusi Dun di Pahang ini berbanding dengan PKR dan DAP.  Jika PAS berjaya menguasai kesemua kerusi yang dipertandingkan, maka lojiknya calon PAS adalah MB Pahang.  Siapakah calon dari PAS tersebut?  Ini perlu dilihat kepada siapa pemimpin utama PAS di Pahang dan kerusi apakah yang beliau tandingi.  Ketika ini, Us Tuan Ibrahim adalah pemimpin utama PAS di Pahang.  Adakah beliau akan bertanding di Dun atau Parlimen atau kedua-duanya sekali?  Dan, adakah beliau akan menang di kerusi Dun jika beliau bertanding di kerusi tersebut.  Jika menang, dan PAS mempunyai kerusi terbanyak yang dimenangi berbanding dengan PKR dan DAP, maka kita boleh kata Us Tuan Ibrahim akan menjadi MB Pahang.  Mudah sahaja.

Itu perkiraan lojik, tetapi rezeki Allah yang tentukan.  Tidak semestinya banyak kerusi maka menjadi MB.  Contohnya di Perak dahulu.  YB Nizar dari PAS dipilih menjadi MB Perak walaupun kerusi PAS jauh lebih sedikit dari kerusi PKR dan DAP.  Di Perak, perkiraan politik penuh hikmah dan bijaksana serta tolak ansur mengangkat YB Nizar menjadi MB Perak.  Tidak mustahil ini berlaku di Pahang dan beberapa negeri yang lain.  

Adakah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman boleh menjadi MB?  PDO sebut mungkin Dato' Fauzi bertanding di Parlimen Indera Mahkota.  Jika betul, maka mustahil Dato' Fauzi boleh menjadi MB tanpa beliau bertanding di kerusi Dun.  Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat peluang PAS menjadi MB Pahang lebih terbuka daripada PKR.  Di dalam kepimpinan PKR Pahang sendiri tidak pernah kedengaran yang bercerita tentang siapa MB Pahang di antara mereka.  Ertinya, PKR Pahang sendiri telah bersedia sekiranya PAS menjadi MB Pahang melainkan jika ada faktor-faktor lain seperti yang terjadi di Perak.

Jika benar rata-rata di dalam PAS mahu kepada Us Tuan Ibrahim menjadi MB Pahang, mereka kena pastikan Pesuruhjaya PAS ini bertanding di kerusi Dun dan wajib menang.  Ada yang mengintai peluang kerusi Parlimen Temerloh untuk diserahkan kepada Us Tuan Ibrahim, jika begitu seolah-olah mereka tidak mahu Us Tuan Ibrahim menjadi MB Pahang.  Atau, PAS mahu Us Tuan Ibrahim bertanding kerusi Dun dan Parlimen serentak?  Saya rasa Us Tuan Ibrahim tidak setamak itu.  Elok benar kerusi Parlimen Temerloh itu kekal dengan status 'quo'nya.

Kesimpulannya, isu MB Pahang selepas Nan Yaakob tidak penting kerana yang lebih penting kita tawan Pahang dahulu.  Tidak semua negeri boleh mengikut cara atau pendekatan negeri lain.


Rabu, 23 Januari 2013

ISU DUN TERUNTUM - DAP KUANTAN JANGAN MUDAH MELATAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu artikel keluaran PDO di SINI. Artikel itu memetik perasaan tidak puas hati pimpinan DAP Kuantan kerana wujudnya FaceBook 'Dun Teruntum'.  Tidak puas hati turut digambarkan apabila FB berkenaan menyiarkan gambar Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta bersama orang kuat PKR Kuantan, Mr Sim yang sedang berkempen dan mengibarkan bendera PKR.

Pelik juga aku.  Apa masalah dengan FB Dun Teruntum?  FB tersebut berkempen untuk Umno/Bn kah sebelum ini?  FB tersebut pernah mengistiharkan sesiapa kah sebagai calon Dun Teruntum?  Apakah apabila Sdr Bung Hatta bergambar dengan Mr Sim di dalam FB Dun Teruntum maka salah seorang daripada mereka adalah calon Dun Teruntum?  Atau, dengan adanya bendera PKR di dalam FB Dun Teruntum maka PKR lah sewajibnya menjadi calon di situ? 

DAP Kuantan jangan cepat melatah dengan hanya wujudnya FB yang mahu menentang Umno/Bn.  Jika DAP ikhlas, sepatutnya DAP juga turut wujudkan FB yang seumpama itu di Kuantan, tetapi aku tidak tahu selama ini adakah DAP pernah melakukannya.  Sebagai contoh, di Jenderak, K.Krau juga ada FB bernama PAS Jenderak, tetapi semua tahu di Dun Jenderak parti manakah yang akan bertanding di situ.  Adakah adil kita menuduh PAS ingin merampas Dun Jenderak hanya kerana wujudnya FB PAS Jenderak? Begitu juga di Temerloh, terlalu banyak FB yang diwujudkan oleh PAS, DAP dan PKR tetapi kesemuanya mahu melawan Umno/Bn, bukan untuk menunjukkan bahawa Temerloh dan beberapa kerusi di situ hak parti-parti tertentu.

DAP Kuantan mesti berfikiran positif.  DAP Kuantan mesti bersama-sama berjuang di alam maya dengan mewujudkan seberapa banyak blog atau FB untuk menentang propaganda Umno/Bn.  Tentang calon, kita serahkan kepada pimpinan tertinggi parti dan pimpinan tertinggi PR tidak akan terpengaruh hanya dengan FB.  DAP Kuantan jangan mudah melatah.  Apa yang penting apakah tujuan FB itu diwujudkan.  DAP juga boleh wujudkan FB, tiada masalah.  PAS juga boleh wujudkan FB Dun Teruntum dan belum tentu PAS akan menjadi calon di situ.  Bahkan, jika ada calon Bebas yang ingin bertanding di situ, Nah...silakan bukan FB di Teruntum.

Selasa, 22 Januari 2013

PESANAN BUAT PERISIK TENTERA

ADA perisik tentera memantau facebook aku dan facebook KOBAT?  Ohhh...aku tidak kisah kerana itu memang tugas dan tanggungjawab mereka.  Jika mereka tidak berbuat demikian, mereka akan dicop sebagai anggota tentera yang makan gaji buta.

Cuma aku nak berpesan kepada rakan-rakan ku yang masih berkhidmat di dalam tentera ini terutamanya yang berada di dalam Kor Risik atau MIO.  Laksanakan lah tugas dengan jujur dan amanah kerana Allah, dapatkan lah rezeki yang halal dan diberkati.  Jauhi diri dari melakukan kerja-kerja mungkar dan zalim walaupun arahan itu datang dari pihak atasan kamu.  Kena ingat, kita akan bersara juga satu hari nanti dan kita tidak boleh lari dari berada di dalam masyarakat awam apabila kita tidak lagi berkhidmat di dalam tentera.

Jika kamu makan gaji hanya bertugas sebagai perisik tentera, lakukan lah tugas itu untuk negara tercinta.  Jika niat kamu betul, percayalah, Allah akan bersamamu.  Namun jika kamu mempunyai niat selain dari itu dan berniat untuk menganiayai orang lain, kamu tunggu sahaja masa untuk menerima akibatnya.

Jangan mendabik dada sewaktu kamu dilindungi oleh uniform kamu, kerana tiba masanya kamu akan menanggalkan uniform keramat itu dan berada setaraf dengan aku seperti sekarang.

Jumaat, 18 Januari 2013

TUAN PUNYA CINCIN BERSUMPAH KETIKA CINCIN TIADA DITANGAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, berbunyi juga Bik Mama di hadapan balu-balu tentera tentang isu cincin RM24 Juta.  Dia pun macam Najib pernah lakukan, iaitu bersumpah.  "Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung".  Masihkah anda ingat, Najib juga pernah bersumpah tidak mengenali Altantuya?  Kelakar, bukan?  Tentu Deepak ketawa terguling-guling mendengar 'lakonan' dua insan sehati sejiwa ini.

Ada rakan aku kata, pelik apanya untuk bersumpah jika kita tergamak guna C4.  Pelik apanya untuk bersumpah kalau Hukum Hudud pun kita hina.  Orang yang tidak takut Allah, sentiasa dedahkan aurat hatta di bumi Mekah dan sekembali dari Mekah, mereka tidak merasa apa-apa sekadar bersumpah.

"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung".  Lagi kelakar.  Wartawan pun tahu dan nampak memang waktu itu cincin tiada ditangannya.  Tapi rakyat bertanya, siapa lagi di dalam dunia ini yang bernama "Datin Seri Rosmah Mansor" seperti bak kata Chegu Bard nama itu tertera di dalam dokumen cincin berkenaan?  Sehingga kini tuan punya nama tidak menjawabnya.  Chegu Bard patut disaman, tetapi yang patut menyamannya adalah si penama itu, kalaupun bukan Bik Mama.  Mengapa tiada saman sehingga berbuih mulut Chegu Bard suruh saman?

Bersumpah atau tidak, rakyat tidak peduli.  Isu cincin tidak boleh selesai dengan sumpah apatahlagi yang bersumpah itu kita kenali wataknya.  Rakyat hanya berkata, "cukup-cukuplah mahu menipu..."

'PERINTAH BERKURUNG' BUAT TENTERA DI PD PADA 20 HB JANUARI (AHAD) INI?

Oleh:  WFAUZDIN NS



PADA 20 hb Januari ini (Ahad), sudah semestinya warga tentera khususnya dan bekas-bekas tentera mesti datang ke Program Ceramah Skandal Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang isunya  semakin panas sekarang.  Program tersebut akan diadakan di Kg SiRusa, Batu 4, Port Dickson (Rumah Pak Ngah, belakang Stesyen Petronas) mulai jam 09.00 malam.

Terutamanya warga-warga tentera di sekitar Port Dickson, tidak kira pangkat apa sekalipun mereka harus turun untuk dapatkan maklumat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kebajikan dan kepentingan mereka.  Penceramah yang akan hadir nanti adalah tokoh yang 'mengorek' isu ini iaitu Pengarah Strategi KEADILAN Pusat, Sdr Rafizi Ramli yang sebelum ini berjaya membongkar isu NFC (lembu kondo) melibatkan keluarga seorang Menteri.  Turut berceramah adalah Brigedier Jeneral (B) Abd Hadi dan juga Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain (MP Teluk Kemang).

Adakah akan ada 'perintah berkurung; buat warga tentera sekitar Port Dickson pada tarikh tersebut?  Mudah-mudahan ianya tidak berlaku dan jika berlaku, sahih lah isu ini mahu disembunyikan dari pengetahuan warga tentera sendiri.  Ayuh...hadir beramai-ramai.

InsyaAllah, Radio KOBAT FM akan membawakan siaran secara langsung program tersebut bagi warga tentera seluruh Malaysia yang tidak dapat hadir ke program tersebut.  Radio KOBAT FM boleh diikuti dengan hanya membuka blog ini atau blog http://kobatpkr.blogspot.com


Khamis, 17 Januari 2013

BUKTI UTUSAN BANGANG!!

Anda baca link kat sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130114/re_01/Medan-perah-duit-rakyat#ixzz2I7AffoDF (Petikan: Malah, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertindak selaku pengacara majlis secara terbuka meminta orang ramai menderma antara RM50 hingga RM100 untuk pusingan kedua.

"Pusingan pertama derma tadi kita lihat masih ramai yang segan silu untuk mengeluarkan derma jadi kita lancar pusingan kedua. Saya harap tiada masalah untuk kita masing-masing derma RM50 atau RM100 demi mencipta sejarah baru.

"Kita bukan ada penaja, kita perlukan sokongan saudara-saudari sekalian untuk membiayai kos Stadium Merdeka berjumlah RM100,000. Kita pakatan tidak mahu berhutang, kita mahu langsai hari ini juga," kata Saifuddin). Bodoh punya Utusan, masa bila YB Saifuddin jadi Pengerusi atau Pengacara kat Stadium Merdeka ketika kita berhimpun?

Satu lagi Utusan kata, " Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000.

Kahkahkah...masa bila Chegu Bard naik pentas kat Stadium utk umumkan jumlah kutipan derma? Bodo betul lah Utusan ni......Sebab tu aku kata, sape yg baca Utusan yg ditulis oleh orang2 bodo akan turut jadi bodo.........!!!! Memang Utusan akhbar bangsat dan paling celaka dlm dunia!!!

Rabu, 16 Januari 2013

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! JANGAN BAWA ANAK KU KE PERHIMPUNAN POLITIK, WAHAI GURU

Tertarik membaca komen FaceBooker, Sle Edar, teman saya yang mengulas perlunya pihak sekolah untuk mendapatkan kebenaran ibu/bapa/penjaga sekiranya mahu membawa anak-anak mereka ke mana-mana perhimpunan politik.  Baca komen beliau;


Sle Edar

Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listen

Ramai cai UMNGOK menyokong tindakan UBN bawa kanak2 sekolah ke majlis mereka... baik lah saya nak buat sikit huraian

Mak/ayah penjaga yang sah menghantar anak ke sekolah, mereka isi borang dan sebagainya. Maknanya sekolah sebagai penjaga. Kat sekolah keselamatan terjamin, ada pengawal keselamatan, pintu pagar berkunci, ada pengawas dan guru yg memerhati gerak geri.

Bila ada program UBN kanak2 di bawa. Pergi tempat terbuka, siapa yang akan memerhati keselamatan mereka. Nak harapkan guru memang tak akan menjaga mereka ini sebab biasanya guru2 ini akan dapat tempat duduk VIP. Siapa penjaga yang sah untuk mereka. Jika sesuatu kejadian buruk berlaku seperti kemalangan, diculik dan sebagainya siapa hendak di persalahkan?

Kerajaan Malaysia kah, Kementerian Kewangan kah, Pejabat Pendidikan Negeri kah, sekolah kah, guru kah... jadi siapa?

Semasa program PR kanak2 ini dibawa oleh penjaga yang sah. Mereka akan memastikan keselamatan anak2 mereka sendri...

Dah sampai masanya para ibu dan bapa membawa hal ini kepada PIBG. Bangkitkan isu ini. Jangan jadikan anak2 anda mangsa politik yang tidak bertanggung jawap.

IBU BAPA WAJIB melarang anak mereka dibawa keluar dari sekolah tanpa pengetahuan mereka. Jika selama ini pihak sekolah nak bawa keluar anak anda untuk sebarang aktiviti perlu mendapat kebenaran bertulis. Dah sampai masanya jika pihak sekolah nak bawa anak anda untuk mengikuti program UBN pun perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa

Pihak Sekolah sepatutnya berfikir panjang.. anda seorg yang berpelajaran takkan perkara ini pun tak boleh nak fikir

Selasa, 15 Januari 2013

HASSAN JATI TIDAK PERLU CABAR ANWAR TETAPI CABAR TUAN GURU HJ HADI

Siapa benarkan Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam?
Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, menyalak sekali lagi Hassan Jati tentang isu Kalimah Allah.  Rakyat sudah tidak fikir isu tersebut kerana rakyat tahu siapa sebenarnya yang berhak dan berkuasa di atas isu ini.  Surat di atas sudah cukup membayangkan sikap sebenar Umno di dalam isu ini dan Hassan Jati sudah buta hati kerana tidak sedar selama ini siapa yang memerintah dan mempunyai kuasa eksekutif di negara ini.

Pemahamannya cukup mudah, tetapi Hassan Jati sudah kering isu maka dikutip isu yang rakyat sendiri sudah mula memahaminya.  Hassan Jati mencabar DS Anwar dan DAP menerima keputusan Majlis Syura PAS tentang isu Kalimah Allah.  Cabaran bodoh yang menunjukkan Hassan Jati juga tidak faham isu ini.  DS Anwar, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hj Hadi (Presiden PAS) sudah sepakat di dalam isu tersebut.  Adakah Tuan Guru Hj Hadi melanggar keputusan Majlis Syura?  Jika begitu, Tuan Guru Hj Hadi patut dikenakan tindakan tatatertib.  Tetapi mengapa tidak?  Ini adalah kerana Tuan Guru Hj Hadi tidak melanggar keputusan Majlis Syura apabila beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan tentang isu tersebut.

Cuma, Hassan Jati yang buat tidak tahu atau sememangnya dia tidak tahu.  Sebelum dia cabar DS Anwar terima keputusan Majlis Syura PAS itu, kita juga cabar Hassan Jati mencabar Tuan Guru Hj Hadi untuk berdebat berkaitan isu ini jika Hassan Jati bukan seorang yang jahil.  Mengapa Hassan Jati buat-buat tidak tahu surat di atas?  Jawapannya mudah, ianya adalah kerana jiwanya telah dibeli oleh sekutu APCO.  Itu saja.

Ahad, 13 Januari 2013

LAUNGAN 'MERDEKA' DS ANWAR SEMALAM PALING DRAMATIS!!

Oleh:  WFAUZDIN NS

HEBAT !! Itulah yang boleh dikatakan terhadap HKR KL112# semalam (12 Jan 2013) di Stadium Merdeka.  Biarlah media bangsat menyebut perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, biarlah si Us Nasha, Berahim Katak. Hassan Jati bahkan si Sembab, Muhyiddin pun sama bangang apabila menggelar perhimpunan semalam adalah "Perhimpunan Shamsidar".

Suasana menakutkan rejim Najib
Apa yang terbukti semalam, rakyat telah bangkit untuk membuktikan kepada Umno tidak semua rakyat boleh mereka 'perlembukan'.  Rakyat sudah tidak kisah apa jua isu yang kamu mahu tonjolkan untuk memperbodohkan rakyat.  Isu moral DS Anwar sudah lama basi.  Isu Hudud PAS-DAP jelas makan diri kerana semua tahu semenjak bila Umno sayang kepada Hudud?  Isu Amanat Hj Hadi, Umno terkangkang apabila akhirnya terpaksa membatalkan kehendak mereka sendiri agar Presiden PAS itu muncul dikaca TV untuk menjawab pelbagai persoalan berkaitan isu ini.  Sekarang, isu Kalimah Allah.  Mereka lupa, siapa yang memerintah negara selama ini dan siapa yang membenarkan Kalimah Allah digunapakai di Sabah dan Sarawak?

Suasana dalam stadium
Semalam rakyat memenuhi setiap sudut Stadium Merdeka sehingga melimpah ke luar stadium.  Mula-mula PDRM sebut jumlah sekitar 80,000 kemudiannya ditarik balik kononnya kesilapan "teknikal" maka disebut hanya 45,000 yang berhimpun semalam.  Media bangsat bercelaru menyebut jumlah yang hadir di antaranya yang sebut hanya 35,000 dan ada juga yang 'bermurah hati' sebut hanya 20,000.  Mungkin tidak semua media tahu berapa jumlah kapasiti Stadium Merdeka maka tidak pelik jika mereka 'sedungu' itu.

Di luar stadium
Bolehkah Najib kumpulkan rakyat seperti ini tanpa diangkut atau diupah?
Paling teruja semalam apabila DS Anwar dengan penuh semangat melaungkan "MERDEKA" sebanyak 6 kali disambut penuh semangat oleh rakyat yang hadir memenuhi luar dan dalam stadium seolah-olah semalam baru kita MERDEKA.  Laungan DS Anwar semalam meremangkan bulu roma, menusuk kalbu, meruntun jiwa, meresap ke dalam hati dan menghibakan itu mengingatkan kita kepada laungan keramat Tunku Abd Rahman pada 31 Ogos 1957, dan laungan MERDEKA semalam akan rakyat realisasikan pada PRU ke 13 nanti.


Jumaat, 11 Januari 2013

ISU KALIMAH ALLAH - SEBIJIK KAT MUKA UMNO SEMULA!!

Isu kalimah Allah menjadi modal murahan Umno. Tapi peluru makan tuan. Mereka lupa berpuluh tahun merdeka, ada lagu resmi negeri2 menyebut perkataan Allah dan setiap rakyat negeri tersebut tidak kira apa jua agama telah menyanyikan lagu itu. 
 
Ini logo yg tetap ada pada pakaian angota Tentera Darat tidak kira apa jua agama
Mereka lupa, di dalam pakaian seragam PDRM dan ATM terdapat logo yg tertulis kalimah Allah, dipakai oleh anggota2 PDRM dan ATM tidak kira apa jua agama, bahkan sehingga mereka bawa ke dlm tandas dan ada di antara mereka yg bukan Islam apabila mati, dipakaikan pakaian istiadat yg terdapat butang/badge yg tertera nama Allah dikebumikan bersama jenazah yg bukan Islam itu bersama keranda mereka. 
 
Ini Pahlawan Negara, mendiang Kanang Anak Langkau.  Semenjak dari zaman beliau di tahun 60-an lagi hingga kini Logo Tentera Darat tetap dipakai.  Adakah beliau seorang Muslim? 
Apakah selama ini PAS, PKR atau DAP yg perintah negara ini? Siapa perintah dan berkuasa di negara ini dahulu dan sekarang? Jawab sendiri.....Maka kita tahulah skrg bahawa isu ini hanya dipermainkan oleh mereka kerana mereka kehabisan isu dan modal utk mnghadapi PRU ke 13.
 
Isu moral Anwar, tak jalan. Isu amanat Hj Hadi dan Hudud pun tak beri kesan bahkan memalukan mereka sendiri apabila Tok Guru Hj Hadi berani utk berdebat dgn mereka. Kini, isu Kalimah Allah umpama mereka menampar pipi mereka sendiri. Umno semakin nazak......!!!