RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 7 November 2020

KETOKOHAN KETUA PEMBANGKANG TERBUKTI DI HARI PERTAMA PEMBENTANGAN BAJET - IDEA TAKIYUDDIN DITOLAK MENTAH-MENTAH

 

Idea untuk menetapkan hanya 80 orang MP berada di dalam dewan Parlimen pada petang tadi sewaktu Pembentangan Bajet datangnya dari Takiyuddin, MP dari Pas merangkap Menteri Undang-Undang. Saya tidak faham bagaimana seorang Menteri mewakili parti yang kononnya membawa suara Islam boleh menyuarakan idea sebodoh itu.

Alhamdulillah, sebelum pembentangan Bajet bermula, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bangun untuk memohon kepada YDP Dewan agar membenarkan kesemua MP yang berada di luar dewan masuk untuk mendengar Pembentangan Bajet. Ini sesi yang penting di mana Bajet untuk negara dan rakyat dibentangkan maka wajarlah kesemua Wakil Rakyat dibenarkan masuk untuk mendengar dengan teliti sebelum dibahaskan.

Pada awalnya Speaker agak keberatan untuk meluluskan permohonan Ketua Pembangkang atas alasan ia telah diputuskan di dalam mesyuarat bersama Ketua-Ketua Whip. Takiyuddin pun turut bangun mempertahankan idea bengapnya itu. Namun, cadangan Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah mendapat sokongan beberapa MP dari Umno seperti YB Noh Omar, YB Tajuddin, YB Shahidan Kassim, YB Bung Mokhtar dan beberapa yang lain termasuk tentuya dari MP mewakili PH.

Akhirnya, Speaker menerima cadangan Ketua Pembangkang sekaligus membakul sampahkan idea mengarut Takiyuddin itu. Maka, kesemua MP samada dari kerajaan pintu belakang mahu pun Pembangkang termasuk dari Bebas dibenarkan masuk dewan.

Tahniah, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mempamerkan kualiti seorang pemimpin yang telah membawa suara kesemua MP tidak kira apa parti sekalipun dan rakyat bawahan yang mahu agar institusi Parlimen benar-benar dimartabatkan bukan diperkudakan sesuka hati.

MEMINTA JAWATAN NABI TIDAK SUKA, BAYANGKAN JIKA MERAMPAS JAWATAN YANG BUKAN HAK?


Bayangkan, kalau orang yg meminta jawatan itu pun Nabi tak suka, apatah lagi orang yang "merampas' jawatan hak orang lain. Dapat jawatan melalui tebuk atap.

Lebai Hadi tak sokong Anwar sbb katanya ada hadith melarang menyokong orang yg meminta2 jawatan. Lebai ni tak tahu beza kot meminta jawatan dgn yg disokong untuk pegang jawatan. Anwar diangkat dan disokong ramai untuk jawatan tersebut. Habis tu, lebai Hadi jadi Presiden parti pernah isi borang jadi calon Presiden tak? Lebai Hadi jadi wakil rakyat ada isi borang jadi calon tak? Tandatangan kan? Lebai Hadi di kira meminta jawatan la camtu ye? Boleh pulak? Kena pada kamu halal selalu.

Jual agama untuk nak tolak Anwar. Tapi boleh pulak sokong PM yang khianat dan rampas mandat rakyat? Owhhh...sebab dapat jawatan kan? Itulah lebai.

Jawatan PM, menteri dan sebarang jawatan dlm kjaan pusat itu ditentukan oleh rakyat dlm PRU. Kalau kamu tidak diberi mandat oleh rakyat, tapi kamu masuk juga dgn cara haram iaitu bersubahat dgn pengkhianat yg merampas mandat rakyat, ertinya jawatan kamu itu hasil rampasan dan khianat.
Adakah Nabi suka dptkan jawatan cara rampas dan khianat?

Jumaat, 6 November 2020

KERAJAAN TANPA DAP, RUU 355 DAN HUDUD TERUS SEPI TANPA BERITA

 

Ini cerita lebai tahun 2018. Waktu tu, siang malam lebai maki kita dan tuduh kita tak sokong RUU 355 dan hudud. Lebai kata kita ikut Dap, tak sokong RUU 355. Sampai ada lebai yg nak jiratkan Wan Azizah kalau tak sokong RUU 355. Hadi diarak ke Parlimen beramai2 seperti pahlawan kononnya berjaya BACA USUL RUU 355. Lepas tu, Hadi sendiri minta tangguh untuk bahas. Pastu, tangguh lagi. Sampai Umno/Bn tumbang, RUU 355 terus dlm poket jubah Hadi.

Sebelum tu, penuh padang merbok lebai dan walaun berhimpun seolah2 serius sangat nak buat pindaan RUU 355. Kutip derma tin milo. Jual baju unggu. Stiker kereta pun laris. RUU 355 dan hudud nyawa kita, kata lebai. Walaun pun bertakbir sampai hilang suara. Pak Mat dari Kedah kayuh basikal ke Padang Merbok untuk sokong RUU 355. Jihad.

Akhirnya? Sekarang dah ada kuasa, Dap pun tiada dlm kerajaan. Menteri undang2 pulak puak lebai. Menteri agama pun golongan lebai. Yang duduk di Yadim tu pun hebat, serban besar. Tunggu apa lagi? Tukang potong tangan dah lama ada, kata Nik Amar. Apa alasan lagi?
Mesti alasan Covid kan? Haha....

Aku simpati dengan walaun yg wala' dgn pemimpin mereka yg jelas mmg menjual agama demi kepentingan diri. Mereka dah jadi menteri melalui kerja bersekongkol dgn pengkhianat. Nak laksanakan Islam macam mana dari hasil kerja khianat? Itu puncanya.

Isnin, 26 Oktober 2020

ALHAMDULILLAH, NEGARA TERSELAMAT DARI DIHANCURKAN OLEH PERAKUS KUASA

 


DAULAT TUANKU. Sesungguhnya keputusan yang dibuat hari ini oleh Ke Bawah Duli Tuanku serta kesemua Ke Bawah Duli raja2, amat melegakan rakyat dan kami merafak sembah mengucapkan ribuan terima kasih.

Terima kasih tidak terhingga juga buat Ketua Pembangkang yang juga Presiden Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim yang dengan berani dan tegas menyanggah serta menolak perancangan bermuslihat oleh rejim pintu belakang yang mahukan darurat dilaksanakan di negara ini. Terima kasih juga buat semua pimpinan dari berbagai parti yang peka dan prihatin terhadap masalah negara dan rakyat dengan menolak perlaksanaan darurat. Rakyat jelata juga turut memainkan peranan yang amat baik dengan menyatakan bantahan mereka dengan berbagai cara termasuk di media sosial. Ini membawa erti bahawa rakyat Malaysia tidak semudah itu untuk diperbodohksn oleh segelintir ahli politik yang mahu "mengkambing hitam"kan bencana Covid19 demi kelangsungan kuasa mereka.

Tercipta satu sejarah, seorang PM yang naik tanpa mandat rakyat yang mengaku kononnya mengetuai sebuah negara Melayu Islam tanpa Dap, mendapat tamparan memalukan apabila cadangannya yang dipersetujui oleh kabinetnya telah ditolak oleh raja2 Melayu sendiri. Rakyat terpegun seketika apabila menyaksikan seorang PM yang tidak pernah mereka beri mandat itu, bukan sahaja tiada sokongan majoriti MP-MP di Parlimen, malahan cadangan peliknya itu turut tidak disokong dan ditolak oleh raja2. Ini membawa maksud, PM tiada nilainya lagi. Sewajarnya jika beliau bermaruah, beliau harus letak jawatan sekarang sebelum menerima akibat yang lebih mengaibkan.

Titah Tuanku selaku YDP Agong amat bijak dan adil. Selaku YDP Agong yang memiliki kerajaan ini sudah pasti tidak akan memburukkan negara di bawah naungannya. Pesanannya terhadap orang2 politik agar tidak melakukan sesuatu yang mengganggu pentadbiran negara itu amat tepat. Orang politik jangan lagi leka mengagih-agihkan jawatan dan memberi umpan serta mengugut mana-mana ahli politik yang lain demi untuk kekal berkuasa. Sewajarnya orang politik memahami konsep demokrasi berparlimen di mana asasnya sesebuah kerajaan itu mestilah diberi mandat oleh rakyat. Hormati mandat rakyat. Sekiranya telah hilang sokongan, maka perlulah berundur. Jika ini gagal difahami, maka inilah punca kecelaruan politik.

Tanggungjawab ahli-ahli politik pula adalah memastikan kerajaan ini betul perjalanannya. Menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil tindakan yang tidak bertentangan dengan undang2 dan perlembagaan untuk memperbaiki kerajaan yang lemah, korup dan gagal menguruskan negara dengan baik. Itulah yang telah diusahakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Rakyat mengharapkan usaha ini tidak terhenti di sini selagi PM juga tidak berhenti dari bermain politik dan terus berada di kedudukannya walaupun beliau tahu beliau tidak lagi mendapat sokongan.

Ini kemenangan pertama bagi rakyat. Muslihat sang penguasa telah gagal. Bersyukur kerana kita memiliki raja2 yang bijaksana. Yakinlah, pemimpin yang tidak direstui oleh rakyat itu tidak akan diredhai oleh Allah. Lambat laun akan tumbang jua. Apa akan terjadi di Parlimen awal November nanti? Kita tidak sabar untuk melihat sekali lagi PM dibuktikan tiada sokongan majoriti dan wajib berundur.

Isnin, 19 Oktober 2020

ANWAR TETAP PADA LANDASAN YANG TEPAT


Hakikat depan mata kita sekarang, Anwar satu2nya yg berani tampil depan Agong berikan jumlah MP yg sokong beliau. Kita tunggu Muhyiddin, semenjak dua kali persidangan Parlimen yg melakukan undian, Muhyiddin tak pernah mencapai 112, iaitu separuh dari 222 Ahli Parlimen. Selepas satu persatu Ahli Parlimen menyatakan tidak menyokongnya, Muhyiddin masih gagal menafikan atau membuktikan sokongan ke atasnya.

Begitu juga Mahathir, Ku Li jauh sekali Azmin atau Hadi. Kesemua mereka main nyorok2 dan hanya bermain dengan propaganda.

Ramai bertanya, mengapa Anwar begitu lambat untuk ditabalkan sebagai PM? Jawapan ini hanya terjawab jika Muhyiddin ada maruah dan sedar diri dan rela meletakkan jawatannya sekarang. Nampaknya begitu panjang masa yang diberikan, tiada sesiapa pun yang melakukan seperti Anwar telah lakukan, kecuali bermain dengan propaganda.

Jangan bimbang. Sekiranya keadilan dan kejujuran itu dijadikan asas untuk mengatasi kemelut ini, InsyaAllah, Anwar tetap akan menjadi PM kita. Apa yang penting, rakyat tetap mahukan haknya semula.

Ahad, 18 Oktober 2020

JIKA ANWAR CUKUP BILANGAN MAJORITI, PERLU APA PM INTERIM?


Apa yang kebanyakan orang faham, PM Interim (sementara) ini hanya wujud kebiasaannya apabila situasi politik negara tidak menentu, tidak dapat dipastikan siapakah di kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan tertinggi atau pun proses untuk melantik seorang PM itu terpaksa mengambil masa agak panjang atas sebab-sebab tertentu.

Pada bulan Feb yang lalu, Tun M pernah dilantik sebagai PM Interim setelah beliau meletakkan jawatan. Ini terpaksa dilakukan kerana ketika itu belum jelas adanya mana-mana Ahli Parlimen yang dapat membuktikan telah mendapat sokongan majoriti. Waktu itu, PH sibuk mengumpulkan sokongan begitu juga dengan Muhyidin. Maka, sementara itu Tun M dilantik sebagai PM Interim sehinggalah masing-masing dipanggil ke Istana untuk menunjukkan sokongan. Apabila Tuanku berpuas hati dan merasakan telah ada seorang Ahli Parlimen yang mendapat majoriti, maka barulah diberikan tarikh untuk angkat sumpah sebagai PM.

Berbeza kali ini. Kali ini, Anwar Ibrahim sendiri telah memaklumkan kepada Istana bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti yang kukuh bagi membolehkan beliau mengambil semula kerajaan yang telah dirampas secara khianat itu. Beliau meminta agar PM untuk memberikan kerjasama meletakkan jawatan kerana telah kehilangan sokongan, kecuali Muhyidin membuktikan sebaliknya. Sehingga kini, Muhyidin tidak berupaya membuktikannya sedangkan rakyat dapat melihat satu persatu Ahli-Ahli Parlimen menunjukkan tiada lagi sokongan terhadapnya.

Tiba-tiba muncul cerita akan ada PM Interim. Kita tertanya-tanya atas apa keperluan PM Interim ini di dalam keadaan salah seorang Ahli Parlimen telah menyatakan dirinya telah mendapat sokongan kukuh? Sebab itu saya tidak percaya cerita berkenaan PM Interim ini. Saya yakin, proses yang digunakan sewaktu Muhyidin diangkat sebagai PM dahulu akan dipraktikkan kali ini untuk menunjukkan bahawa keluhuran undang-undang dan keadilan itu dapat diperlihatkan.

Sebarang desakan atau cubaan untuk mempengaruhi Istana agar melaksanakan sesuatu yang berbeza dari amalan sebelum ini adalah dianggap satu penghinaan dan tidak kepercayaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku. InsyaAllah, kita perlu bersabar sedikit masa lagi untuk kita merayakan kemenangan mengambil semula hak kita yang telah dirompak itu.

ADA LAGI SUARA MAHU AGAR ANWAR DAN MAHATHIR BERTEMU?


Masih ada lagi suara2 menyeru agar Anwar dan Mahathir bertemu dan lupakan perbezaan pendapat.

Kalau yg bercakap itu Pak Amit jual petai, aku tak kisah lah, itu pun ramai dah orang2 kampung yg bijak politik. Tak semuanya bodoh.

Isu antara Anwar dan Mahathir ini bukan soal perbezaan pendapat. Kalau perbezaan pendapat, di dalam parti Keadilan pun banyak perbezaan pendapat, tiada masalah. Anwar dengan anak sulungnya, Nurul Izzah pun selalu berbeza pendapat, semua orang tau.

Isu Anwar dan Mahathir ini adalah isu besar iaitu melibatkan prinsip dan kejujuran. Mahathir adalah seorang yang tidak berprinsip langsung dan jauh sekali berlaku jujur sepanjang berada di dalam PH, sepanjang menjadi PM di dalam kerajaan PH dan seorang yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim.

Perlukah saya senaraikan bukti2nya? Perlukah saya cerita tentang Mahathir banyak melanggar prinsip yang diperjuangkan oleh PH sewaktu beliau menjadi PM? Perlukah saya cerita kemunafikan orang tua 95 tahun ini tentang janji2nya? Rasanya tidak perlu saya huraikan lagi betapa Mahathir cuba membunuh PH sebaik sahaja beliau memberi laluan kepada pengkhianat merampas kuasa. Cubaan untuk menghancurkan PH dan niat untuk mewujudkan kerajaan baru yang beliau pimpin atas nama kononnya kerajaan perpaduan, itu bukan perbezaan pendapat. Itu adalah pengkhianatan. Meskipun usahanya gagal, tetapi niatnya terserlah. Semua tahu.

Apakah orang seperti ini mahu kita ketemukan dengan Anwar kononnya demi mendapatkan kembali mandat rakyat? Mandat rakyat bukan hanya mahu kerajaan PH berkuasa, tetapi dasar2 dan prinsipnya serta janji2nya itu termasuk yang diberi amanah oleh rakyat untuk kita jaga, tunaikan dan pertahankan.

Oleh itu, sebarang usaha untuk mendapatkan kembali mandat rakyat itu mestilah tidak lari dari prinsip2 asal perjuangan PH. Anwar boleh dapatkan sokongan dari mana2 pihak yang menyokongnya asalkan mereka bersetuju dengan dasar dan prinsip yang kita janjikan kepada rakyat. Apakah dengan Mahathir kita boleh percaya lagi untuk melaksanakannya?

Jumaat, 9 Oktober 2020

PENGKHIANAT TEBUK ATAP, ANWAR BUKA ATAP HALAU 'SAKA" KELUAR



Muhyiddin dan Azmin mencipta sejarah buruk negara apabila menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan mandat rakyat dan menjadi anggota kabinet melalui 'tebuk atap'. Kerja hianat mereka dan gerombolannya telah dipermudahkan dengan bantuan orang tua 95 tahun yang munafik, tidak sedar diri diuntung dan pendendam kepada Anwar.

Umno, Pas dan beberapa parti lain bukan 'hero' utama siri pengkhianatan ini, tetapi mereka sebagai parti politik sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keuntungan politik. Asalnya pendirian Umno dan Pas agak mulia dan terpuji apabila memutuskan tidak mahu bersubahat dengan pengkhianat ini dan mereka mahu Parlimen dibubarkan sebaik sahaja si tua itu meletakkan jawatan sebagai PM. Namun, iman mereka tidak kuat dan terpesona dengan berbagai tawaran yang diberikan oleh pengkhianat. Parti lebai lupa kepada serban di kepala dan jubah labuh yang dipakai dek kerana umpan duniawi. Mereka lupa kisah kerajaan Perak yang dikhianati dan dirampas pada tahun 2009, sewaktu MB nya adalah dari parti mereka. Mereka kini 2 X 5. Prinsip Islam hilang entah ke mana.

Anwar terus istiqomah dan mengepalai PH untuk mengembalikan semula hak rakyat. Apatah lagi di dalam situasi kritikal Covid dan ekonomi serta pengangguran yang semakin teruk, Anwar terus bersabar dan berusaha mencari jalan agar negara ini dapat diselamatkan dari kehancuran hasil kerja pengkhianat. Usaha Anwar ini dilihat begitu ikhlas kerana beliau selalu bercakap tentang ekonomi dan rakyat. Beliau tidak menyerang individu yang lain seperti si tua haprak itu yang tidak pernah lekang mulutnya menyerang dan memburukkan Anwar meskipun kuasa telah hilang dari tangannya. Mungkin, kesabaran dan keikhlasan Anwar inilah berjaya menambat hati beberapa MP lain untuk memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi ini. Mungkin tidak semua ikhlas menyokong, tetapi jangan kita menolak kesemuanya. Asalkan sokongan itu tidak disebabkan oleh tawaran atau habuan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, itu sudah cukup baik.

Tugas Anwar sekarang adalah membuka 'atap' untuk menghalau 'saka jahat' keluar yang selama ini merasuk rakyat. Dari mana 'saka; itu masuk, dari situlah kita akan nyahkan. Kebenaran akan mengatasi kebathilan, cuma masa menentukan. Kuncinya adalah kesabaran di dalam usaha dan tawakkal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan kerja2 baik dan mulia ini. Kita mahukan negara yang dirahmati dan diberkati agar rezeki dari bumi, laut dan langit mencurah2 datang memberikan nikmat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Isnin, 5 Oktober 2020

VIDEO - PENYATUAN PH, PERLUKAH MAHATHIR ? NGO GERAKAN REFORMASI BERPECAH? ANWAR PM, APA NASIB WARGA/VETEREN TENTERA?

 


PAS TERUS MENERIMA MUSIBAH SATU PERSATU

Nasib Pas lah, silap pilih kawan. Di Sabah, nak bertanding pun disekat. Minta kerusi Menteri di Sabah, dihalang oleh parti gabungan GRS iaitu Star dan PBS.

Namun yg selalu jadi musuh Pas adalah Dap. Hari2 wirid Dap. Tak boleh laksana hudud, salahkan Dap. Tak boleh bahas RUU 355, kaitkan Dap. Bahkan, alasan Pas untuk bersubahat dgn Muhyidin dan Jemin semburit untuk merampas mandat rakyat dgn menubuhkan kjaan PN pun mereka guna alasan Dap berada dalam PH.


Pas ni takde otak ke untuk berfikir atau hati telah digelapkan dengan kuasa dan jawatan?
Sewaktu Pas berkawan dengan Dap dlm PR dulu, pernahkah Pas dilayan seperti STAR dan PBS layan Pas di Sabah?

Di bawah kjaan Dap P.Pinang dulu, wakil rakyat Pas dapat jawatan yg diberi oleh kjaan P.Pinang. Bahkan, Mat Sabu ketika itu timbalan presiden Pas diberi jawatan penting di dalam menjaga air di P.Pinang. Dap tidak meminggirkan Pas di P.Pinang. PR ketika itu beri kerusi kpd Pas bertanding walaupun di P.Pinang kawasan kuat Dap.

Tetapi Pas tidak pernah fikir baik. Sanggup burukkan Dap seolah2 Dap lah punca negara ini bobrok dan penuh skandal rasuah besar. Seolah2 yg sekat Pas untuk bergerak kononnya nak bawa Islam itu penghalangnya Dap. Begitu sekali Pas melihat Dap. Sedikit pun Dap tiasa jasa kepada Pas.

Nah, Allah pamerkan depan mata. Pas di buli semahunya di Sabah. Pas hanya tunjuk hebat dalam muktamar parti mereka sahaja. Di situ mereka bercakap bagaikan nak pecah dewan muktamar. Takbir mereka bergema seperti nak runtuh dewan. Pemimpin pula bercakap seolah2 berani mati berjihad, tunjuk hebat depan muktamirin.

Hakikatnya, lihat sendiri Pas di luar. Sebelah kaki dalam perahu PN, sebelah kaki lagi dalam perahu MN. Bila PN tuju ke utara, MN tuju ke selatan, Pas akan terkoyak kangkang. Lepas sakit celah kangkang, marah kat Dap.

PENGUMUMAN ANWAR DIA PUNYAI SOKONGAN MAJORITI SATU RAHMAT ELAK PRU DI WAKTU COVID

Bayangkan, jika Anwar tidak mendapat sokongan majoriti atau Anwar merahsiakan bahawa beliau miliki sokongan majoriti MP untuk jadi PM?

Kita tahu Umno sedang menekan Muhyidin untuk bubarkan Parlimen dan pergaduhan mereka memang serius. Kalau Umno umum kesemua MP nya tarik diri dari menyokong Muhyidin, apa yang akan berlaku? Muhyidin akan jumpa Agong dan minta bubar parlimen. Wajarkah menyusahkan rakyat untuk PRU diwaktu Covid melanda semula?

Maka, tindakan Anwar memintas awal dengan menyatakan beliau bersedia untuk membuktikan beliau punyai majoriti MP yang menyokongnya adalah langkah paling bijak agar tidak perlu diadakan PRU, sekadar Anwar mengangkat sumpah sebagai PM dan sudah pasti Anwar ada resepi terbaik untuk rakyat di dalam menghadapi Covid ini.

Semoga prosos ini berjalan dengan baik dan mandat rakyat itu terus terpelihara.