RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 21 Julai 2009

ROSLAN SMS BUKAN LAGI S/USAHA HJ HADI

SU Hadi jadi korban konflik PAS
Jimadie Shah Othman
Jul 21, 09
11:54am

eksklusif kemaskini 4.11pm Setiausaha akhbar presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi korban awal dalam pergelutan dua aliran besar dalam parti itu khususnya berhubung kerajaan perpaduan dan rundingan sulit dengan Umno.

Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga seorang penulis blog, digugurkan daripada jawatannya tersebut setelah satu mesyuarat pemimpin atasan parti menerima bantahan terhadap peranannya.

Selain mesyuarat sebulan lalu, selepas muktamar PAS awal Jun, surat aduan tentang sikapnya - yang dianggap antara tokoh utama di belakang kempen mengekalkan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa - dalam usaha menentang gerakan "kumpulan Erdogan" menjelang persidangan tahunan PAS itu.

Sejak tahun lalu, Roslan berdepan dengan beberapa tuduhan di dalam di luar parti, termasuk di internet, berhubung pergeseran dalaman sehingga pernah dilabelkan memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan".

Bagaimanapun Roslan, yang dilantik semula sebagai ketua penerangan PAS Selangor hujung tahun lepas, enggan mengulas lanjut dengan alasan Abdul Hadi menasihatkan beliau agar tidak memberikan sebarang respons.

Roslan pernah dicabar menafikan terlibat berkempen untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan", antaranya Datuk Husam Musa - yang tewas di tangan Nasharuddin dalam pemilihan di muktamar bulan lepas.

Susulan sikapnya itu, beliau ditewaskan sebagai yang dipertua PAS kawasan Kelana Jaya dalam muktamar peringkat bahagian April lalu.

Dihubungi semalam, Roslan mengesahkan beliau tidak lagi berkhidmat dengan Abdul Hadi selepas muktamar.

Beliau, juga dikenali dengan nama penanya Roslan SMS, bagaimanapun menafikan dipecat ekoran desakan beberapa pemimpin beraliran Erdogan dalam PAS.

"Bukan gugur. Kalau gugur, sudah tentu ada pengganti (saya)," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah kekosongan itu sehingga kini masih belum diisi.

Beliau juga berkata tidak tahu-menahu sama ada benar tentang desakan dalam jawatankuasa PAS pusat yang bersidang 11 Jun lalu supaya presiden melucutkan jawatannya.

"Saya tidak tahu, saya tidak ada dalam mesyuarat itu," katanya.

Satu sumber parti itu menyatakan, Abdul Hadi menerima desakan tersebut yang ditimbulkan beberapa ahli jawatankuasanya tanpa banyak soal. Satu sumber lagi bagaimanapun mendakwa Abdul Hadi ingin mengekalkan Roslan walaupun selepas didesak.

Sebelum muktamar, difahamkan terdapat aduan bertulis berhubung tindakan Roslan yang sering mengeluarkan kenyataan kepada umum, terutamanya melalui blog peribadinya, didakwa tanpa berbincang dengan parti terlebih dahulu.

Sumber-sumber mendakwa, "jawapan berkias" Roslan terdapat dakwaan itu disiarkan dalam dua artikel di blognya "Apa itu blog?" dan "Apa itu blog (bahagian 2)" masing-masing pada 23 dan 24 Jun lalu.

"Jangan kita me-Myammar-kan penulis blog. Atau memang ada mentaliti junta Myanmar di kalangan kita khasnya terhadap penulis blog," tulisnya dengan nada menyindir di blog Roslan SMS Corner.

Beliau tidak menyebut khusus kepada mana-mana pihak yang dimaksudkanya "me-Myammar-kan penulis blog" selepas menyenaraikan sepuluh negara yang mengharam atau mengawal blog, antaranya Burma, Iran, Syiria dan Arab Saudi.

Mengulas lanjut pelantikannya ke jawatan itu, Roslan berkata, perkhidmatannya dengan Abdul Hadi ditawarkan selama sepenggal, bermula dari 2007.

Beliau juga tidak pasti sama ada akan dilantik semula atau tidak. Bagaimanapun, tambahnya, jika ditawar kembali, beliau membayangkan ingin menolaknya.

"Kemungkinan besar tidaklah. Saya nak balik (tumpukan) pada (PAS) Selangor," katanya.

"Dulu dilantik pun saya tak minta. Tetapi dah diminta, saya terimalah. Saya sudah berikan perkhidmatan kepada presiden. Kalau ada yang tak suka, saya tak boleh buat apa."/Malaysiakini

7 ulasan:

  1. keluar lah dari PAS dan masuk UMNgOK,,,, pasti Rosl;an akan kaya raya hahahahhahahahhahahahaha

    BalasPadam
  2. Jangan terlalu jadi hamba politik,hormati pandangan orang lain....kaya atau miskin anugerah Allah s.w.t...otak letak kt kepala bukan kt kepala lututtt...wahai Pak Oncu ooiii...lihat apa yg sedang berlaku pd saudara kita di selatan Thai,Xianjiang dll. lagi...Insaflah..dimana ukhuwah dan perpaduan sesama muslim...takkan kerna politik kita bersengketa...ada golongan akan ketawa besar...

    BalasPadam
  3. selepas roslan siapa pula? atau sudah cukup? kalau tiada lagi, tindakan ini hanya untuk 'menyelamatkan' DUA "hardcore", yang bertanggungjawab. ia pasti tidak kemana. masih sayangkah pas pada mereka? jangan sangsi untuk bertindak dengan beralaskan "untuk menyelamatkan parti"?

    BalasPadam
  4. Alamak... lu ni wan, dah la tue... tak habis-habis nak cerita pasal UG/Keraj. Perpaduan. Hentikanlah, marilah kita bersatu atas dasar iman dan ketakwaan kpd Allah s.w.t. Lu ni, gua tgk, tak abis-abis nak jadi api dalam sekam, sudahlah. Ape lu ni lebih baik dari orang lain ke? Ingat! Allah lebih mengetahui segala-galanya. Tepuk dada tanya iman, jgn ikut sedap hati jek.
    Gua tegur, lu jgn marah. Wala' pada kepimpinan, kesian kat Tuan Presiden.
    Drpd
    Seorang Pemuda di Kawasan Gelang Patah.

    BalasPadam
  5. seorang pemuda di kawasan gelang patah,

    timb mursyidul am NO wala' kepada mursyidul am. sila jelaskan apa itu wala'? kita ahli biasa MESTI wala'. timb mursyidul am NO perlu wala' kepada mursyidul am? sudahlah

    BalasPadam

  6. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia..

    BalasPadam