RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 21 Julai 2009

Kes liwat: Anwar dakwa afidavit 'palsu'


Jul 21, 09 12:20pm
kemaskini 3.32pm Pergelutan perundangan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terus berlanjutan - kali ini bukan di mahkamah tetapi di balai Damansara Utama, Petaling Jaya.

Penasihat PKR membuat dua aduan polis berhubung "kenyataan- kenyataan palsu" yang terdapat dalam afidavit pihak pendakwaan berhubung kes liwat terhadapnya dan juga tiada tindakan konkrit berhubung aduannya terhadap peguam negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kenyataan tersebut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani yang dituduh oleh mantan timbalan perdana menteri, dalam laporan polisnya, pernah terlibat memalsukan kes mata lebamnya.

Kedua-dua laporan polis itu akan dibuat awal petang ini.

Aduan pertama berhubung pendirian tiga hakim bebas yang menilai hasil siasatan terhadap Abdul Gani yang mendapati seorang daripada anggota panel itu mendapat terdapat kes jenayah terhadap peguam negara.

Bagaimanapun, dalam afidavit yang disediakan oleh seorang pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razak dan timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakariah pada 30 Jun lalu, menyatakan ketiga-tiga hakim tersebut mendapati tiada kes terhadap Abdul Gani.

"Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam afidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan dalam prosiding mahkamah nanti," katanya.

"Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu."/Malaysiakini

[Laporan penuh menyusul]

1 ulasan:

  1. SPRM wajar dibubarkan kerana ia tidak lagi bebas dalam mengelolakan tugas tadbirnya dalam merumuskan penyiasatan, malah bersekongkol dalam beberapa ciri konspirasi yang cenderung kepada politik. Kalau afidavit boleh dimanipulasikan,maka tidak beertilah pengadilan kerana ia bakal memusnahkan kemuliaan mahkamah dan seterusnya menjunamkan taraf pengadilan mahkamah Malaysia diperingkat globalisasi. Semua ini kerja setan yang sukar dilupuskan selagi manusia dinamakan manusia!

    BalasPadam