TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Jumaat, 23 Oktober 2009

KUDIS YANG DISIMPAN OLEH PAS KINI MULA GATAL?

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH, buat Mursyidul Am Pas kerana berani menegur dan memberi pandangan bagaimana harus PAS membersihkan imejnya dari dipandang serong oleh rakan-rakan mereka di dalam PR serta diragui juga oleh ahli-ahli jemaah serta penyokongnya sendiri. Terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang dua tiga orang pemimpin PAS yang membuatkan rakan-rakan mereka di dalam PR mencurigainya bahkan dicurigai juga oleh sebilangan besar jemaahnya.

Jangan takut untuk memperkatakan tentang punca semuanya ini adalah dari perbuatan pemimpin yang `berbisik dalam kelambu' sebagaimana yang telah terjadi di Selangor sejurus Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Kemudiannya, berlaku pula di Perak tatkala rakan-rakan dalam PR berhempas pulas untuk menyelamatkan kerusi MB yang diduduki wakil dari PAS dari dirampas oleh UBN secara tidak beradab itu. Siapa boleh menafikan ini semua adalah hasil perbuatan beberapa kerat pimpinan PAS, bukan ahli PAS biasa yang bukan dari golongan Ulamak? Tidak berlakukah pergeseran di Selangor di antara PAS dan sekutunya dari PR? Siapakah yang bijaksana di dalam PAS Selangor yang sanggup bersuara seperti Umno itu? Dan, siapa yang memulakan isu Kerajaan Perpaduan?

Memang benar, isu UG ini telah ditutup tetapi selepas ianya ditutup rapat, angin-angin UG masih keluar dari celah-celah daun pintu yang tertutup rapat itu. Mengapa perlu salahkan Mursyidul Am PAS kononnya Tuan Guru telah memulakan isu UG ini? Di dalam blog Tuan Guru hanya memberi pandangan terhadap pendapat yang di utarakan oleh Prof Dr Aziz Bari yang memberikan pendapat beliau tentang kekalahan PAS di Bagan Pinang. Itu pun setelah Ustaz Idris memberi komen dan mengkritik pendapat Prof Dr Aziz Bari. Saudara Hanipa Maidin juga turut memberikan komen terhadap pandangan Prof Dr Aziz Bari walau pun jauh berbeza dari pandangan Ustaz Idris. Jika kedua-dua tokoh PAS tersebut boleh memberikan pendapat mereka terhadap isu yang di utarakan oleh Prof Dr Aziz, mengapa Mursyidul Am PAS tidak boleh bersuara?

Mursyidul Am PAS terang-terang tidak menyokong mana-mana pihak samada pendapat Prof Dr Aziz Bari yang betul atau pihak lain yang mengkritik Prof Dr Aziz yang betul. Cumanya, Mursyidul Am PAS mahu agar ahli-ahli PAS sendiri membuat keputusan hala tuju PAS selepas ini kerana beliau tidak mahu kudis yang ada pada PAS akan terus menjadi nanah. Mahukah PAS mengakui bahawa sememangnya di dalam jasad PAS terdapat kudis-kudis itu walaupun tidak separah mana? Jika PAS merasakan PAS kini sihat walafiat tanpa sebarang kudis, persetankan lah saja pendapat dan saranan Mursyidul Am PAS tersebut.

Di kesempatan ini, saya ingin mencuba menjawab persoalan yang di utarakan oleh rakan Banjarwanik di dalam blog politikbanjar.blogspot. Persoalan di utarakan oleh beliau seperti berikut dan diikuti olah jawapan saya:

1. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar akan matlamat penubuhan PAS sebagai parti politik yang tersurat dan tersirat dalam gagasan demokrasi berparlimen ini?

Jawapan saya: Sudah tentunya kita sedar apa yang tersurat dan tersirat, melainkan jika matlamat perjuangan PAS dilakukan `di dalam kelambu'.

2. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS disemua peringkat sedar bahawa PAS merupakan sebagai GERAKAN ISLAMIAH atau GERAKAN DAKWAH?


Jawapan Saya: Tentunya kita sedar kerana dakwah tidak boleh dilakukan secara bersembunyi, kerana dakwah secara bersembunyi itu selalunya dakwah yang songsang takut diketahui orang.

3. Apakah kita semua memahami apakah yang dimaksudkan sebagai GERAKAN ISLAM?


Jawapan Saya: Gerakan Islam adalah gerakan yang ingin membawa seluruh manusia ke arah Islam iaitu Allah dan Rasulnya dan gerakan itu mestilah dilakukan secara jujur tanpa mengkhianati rakan seperjuangan.

4. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar kita kini berada dalam GERAKAN ISLAM?

Jawapan Saya: Tentunya kita sedar. Oleh yang demikian kita ingin membersihkan mereka yang berpura-pura di dalam perjuangan yang maha suci ini.

5. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa sistem kepimpinan dan gerak kerja PAS merupakan sistem dalam GERAKAN ISLAM yang meletakan keutamaan kepimpinan berjemaah dan bukan individu?


Jawapan Saya: Benar dan setuju. Oleh itu pemimpin yang menjalankan kerja sulit secara individu sudah tentunya tidak sesuai di dalam perjuangan berjemaah ini.

6. Apakah kita ahli dan penyokong PAS mahu menyamakan sistem dalam PAS itu sama dengan sistem parti-parti politik lain dalam Malaysia?


Jawapan Saya: Sudah tentu PAS tidak sama dengan dasar parti-parti yang lain. Justeru itu, PAS mesti bersama rakan yang boleh membantu mereka menegakkan Islam bukan `berselimut sekelambu' dengan musuh-musuh yang terang-terang ingin membunuh PAS.

7. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar tindakan PAS menjadi PARTI POLITIK demi memastikan Syariat Islam memerintah Malaysia?


Jawapan Saya: Memang itu tujuan PAS. PAS bukan bertujuan menyembah lutut musuh-musuh Islam demi kuasa. PAS perlu bangkit berjuang bersama rakan-rakan yang ingin bersama PAS bukan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam.

8. Apakah kita ahli dan penyokong PAS serta masyarakat amnya sedar bahawa sistem demokrasi amalan malaysia hanya membenarkan Parti Politik berdaftar sahaya yang layak bertanding dalam Pilihanraya dan membentuk sesebuah kerajaan untuk memerintah?


Jawapan Saya: PAS, PKR dan DAP adalah parti berdaftar. Tiada masalah untuk bekerjasama untuk kebaikan bersama tetapi bukan Umno walau pun parti tersebut juga berdaftar.

9. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar dan yakin, menjadi Sunnatullah dalam GERAKAN ISLAM, mana-mana individu atau golongan yang berniat selain dari matlamat untuk menegakan Syariat Islam akan disingkirkan oleh Allah dari Gerakan Islam?


Jawapan Saya: Mudah-mudahan begitu. Mereka yang menipu jemaah dengan mengadakan rundingan sulit dengan musuh itu akhirnya akan tersingkir juga.

10. Apakah kita ahli dan penyokong PAS sedar bahawa setiap GERAKAN ISLAM akan terus dijaga dan dipelihara oleh Allah Taala?


Jawapan Saya: Setuju, dan ianya terbukti apabila kisah rundingan sulit dalam kelambu di Selangor dan di Perak terbongkar juga akhirnya. Alhamdulillah, Allah selamatkan kita dari terus ditipu dari dalam jemaah sendiri.

11. Apakah kita ahli dan penyokong parti wajib mentaati pemimpin parti?


Jawapan Saya: Wajib, selagi pemimpin itu berpegang dengan tali Allah dan Rasul.

12. Apakah ahli dalam GERAKAN ISLAM tidak perlu WALA' kepada pimpinan?


Jawapan Saya: Perlu, selagi pemimpin itu taat kepada Allah dan Rasul.

Itulah jawapan saya yang jahil ini. Mudah-mudahan kita semua dapat berfikir agar PAS terus diyakini oleh semua golongan, bangsa dan ugama. Kekalahan di Bagan Pinang telah mencelikkan kita betapa kudis yang disimpan tanpa dirawat kini mula merasa gatal./Kembali ke laman asal di sini.

8 ulasan:

  1. masih ada lagi anai-anai dalam rumah ni kah...?? susah sangat nak hapuskannya kah...??anai-anai ni bahaya,kalau tak dibuang lama-lama rumah ni boleh runtuh (roboh).nak buat apa simpan anai-anai walau cantik dipandang...rumah utk berteduh ni kan lebih penting.....oleh itu teguh dan kukuhkanlah rumah ni,...rumah ni bukannya milik individu tertentu tapi milik semua (rakyat)....pikirlah mana yg lebih penting, ..buatlah keputusan dengan bijak ,ibarat tarik rambut dalam tepung,rambut tak putus..tepung tak selerak...

    BalasPadam
  2. kalau dah minat sangat dgn UMNO tu, tk yah duk heret satu parti..keluar je sorang-sorang isi borang UMNO then join secara gentleman bro..tak de nyer orang nak marah...

    BalasPadam
  3. berapa kerat ahli PAS yg mengokong UG tu?? kalau 50% ahli PAS yg sokong UG tu nk masuk UMNO or keluar PAS pun apa salahnya..Biarlah yg tinggal 50% tu betul2 truly faham perjuangan PAS..yang nk memangkah kertas undi PRU nanti bukannya puak 50% pro-UG shj..Lebih baik jaga kepentingan sokongan rakyat or pengundi drp puak2 'I LOVE UMNO/1Malaysia' tu..

    BalasPadam
  4. http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13599

    Assalamualaikum

    Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA) yang menulis perkara tersebut… Saya masih cuba bersangka baik bahawa Tuan Guru diserabutkan oleh pandangan-pandangan sekeliling yang masih membesar-besarkan isu “perpaduan melayu Islam” atau “pimpinan pas yang pro umno”.

    Terasa amat terkilan apabila TGNAA yang memulakan kehangatan ini. Mula-mula dulu, isu “kerajaan perpaduan”, kemudian isu “ustaz Nasha” sekarang timbul pula isu yang baru… Bagi TGNAA yang berada di peringkat atasan atau pembesar-pembesar PAS Kelantan mungkin tak rasa apa-apa menimbul dan membesarkan perkara-perkara seperti ini, tetapi bagi kami ahli PAS di peringkat bawahan amat terasa kesannya. Lemah rasa nak menggerakkan aktiviti tarbiyah jika pimpinan sendiri bercelaru. Tak upaya rasanya nak menggerakkan organisasi cawangan mahu pun kawasan apabila tengok karenah pimpinan yang sepertinya bertelagah.

    baca seterusnya di http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13599

    BalasPadam
  5. Salam,

    Yg sudah tue sudahlah....
    Mengata dulang paku serpih, hisshhh... susah nak cakap.
    Blogger2 mcm anta ni yg byk merosakkan Islam, dasar mencari publisiti murahan...

    Apa? iman ahli PAS berpaksikan pada seseorang saja ke? Bukankah Rasulullah dah tinggalkan kitabullah & sunnahnya, rujuklah!!!!
    Sanggup bergaduh sesama Islam demi nak dapatkan lebih PANGKAH!!!

    Astaghfirullah....

    -Seorang Pemuda dari Gelang patah

    BalasPadam
  6. Pemuda Gelang Patah:
    Apa yang saudara merapu ni. Ini bukan masalah nak dapat lebih pangkah atau sepertinya, ini perkara dasar, soal pokok.

    Sebab sikap macam inilah (tak boleh ditegur, tak boleh diganggu - ada saja balasan celuparnya, walaupun tegur-menegur itu perlu untuk maslahat jamaah) tak habis-tabis masalah dalam PAS. Seperti makan ubat antibiotik, kan perlu dihabiskan semua; kalau tidak nampak dah baik tapi sakitnya masih ada.

    Perkara-perkara berbangit perlu dibereskan secara tuntas, kalau tidak ia akan terbawa-bawa. Sebahagian dari para pemimpin yang ada kini seperti lebih Melayu dari Islamnuya - manakan boleh seperti itu!

    - Seorang yang bukan Pemuda, dari Kg Jawa Klang (PAS Tua)

    BalasPadam
  7. 1. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar akan matlamat penubuhan PAS sebagai parti politik yang tersurat dan tersirat dalam gagasan demokrasi berparlimen ini?

    MEMANG DAH LAMA TAK SEDAR DIRI SEMENJAK DAPAT PERINTAH KELANTAN DAN TERENGGANU SEKEJAP DULU. MATLAMAT TERSIRAT SEKARANG IALAH DUIT…PITIH… DAN…WANG. BERDOA SIANG MALAM AGAR DIBAYAR ROYALTI MINYAK. ITULAH MATLAMAT UTAMA PERJUANGAN PAS NIK AZIZ SEKARANG.BANGGA SANGAT KAT KOTA BHARU SEKARANG DAH ADA TESCO DAN GIANT.APA KEJADAH NI?

    2. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS disemua peringkat sedar bahawa PAS merupakan sebagai GERAKAN ISLAMIAH atau GERAKAN DAKWAH?

    GERAKAN ISLAM PUN TIDAK, GERAKAN DAKWAH JAUH SAMA SEKALI. YANG ADA GERAKAN MEMPERKASAKAN AGENDA TERSIRAT YAHUDI DI BUMI MALAYSIA MELALUI ANWAR IBRAHIM.KATA ORANG KALAU BODOH KENA JUAL. ORANG AKAL PENDEK JADI ALAT KEPADA MANUSIA-MANUSIA YANG RAKUS KUASA DAN GILA KUASA MACAM ALJUBURI TU.

    3. Apakah kita semua memahami apakah yang dimaksudkan sebagai GERAKAN ISLAM?

    FAHAM. GERAKAN ISLAM IALAH GERAKAN YANG BERASASKAN SUNNAH NABI SAW DAN AMALAN PARA SAHABAT NABI SAW SEPENUHNYA DULU KINI DAN SAMPAI HARI QIAMAT. INI GERAKAN YANG TIDAK BOLEH DIASINGKAN DENGAN AGAMA. KALAU GERAKAN YANG MENJADIKAN MAJORITI SEBAGAI KATA PEMUTUS, TERIMA SYARAT WANG PERTARUHAN (JUDI) DAN SEGALA MACAM IDEA-IDEA YAHUDI, NASRANI DAN MAJUSI, MAKA ITULAH GERAKAN YANG MENJADI MUSUH KEPADA ISLAM.

    4. Apakah kita sebagai ahli dan penyokong PAS sedar kita kini berada dalam GERAKAN ISLAM?

    SIAPA CAKAP GERAKAN ISLAM? BUKAN GERAKAN ISLAM TETAPI GERAKAN MEMUTARKAN ISLAM. SEKEJAP TAK BOLEH, SEKEJAP BOLEH, SEKEJAP NEGARA ISLAM,,SEKEJAP NEGARA BERKEBAJIKAN, SEKEJAP UNTUK ISLAM, SEKEJAP UNTUK SEMUA. APA PERJUANGAN NI? MENOLAK PEPADUAN DAN PENYATUAN SESAMA ISLAM. MENERIMA DAN MEMPERAKUI KAFIRIN MACAM DAP, BARUA YAHUDI DALAM PKR DAN MEMALUKAN MARUAH PEMIMPIN2 YANG TERBUKTI LEBIH RASIONAL DALAM BERPOLITIK SEPERTI NASHARUDDIN, MUSTAFA ALI, HASAN ALI, HJ HADI, HARUN TAIB DAN TIDAK KETINGGALAN DATO HARUN DIN.

    BalasPadam
  8. Setuju sangat dengan kenyataan Kosing tu.. sebenarnya sejak awal lagi saya pernah terbayang keadaan yang berlaku sekarang dalam PAS.

    Bagi saya senang saja, PAS terutama sesetengah pemimpin tidak jujur dan rasanya tidak akan jujur dalam perjuangannya terhadap agama Allah yang maha suci ini.

    Itulah kita lihat pelbagai huru hara antara kehendak agama dengan kehendak nafsu manusia.
    Hukum Allah dijadikan mainan,semata-mata kerana
    pengikut mudah dipengaruhi dan taksub melulu.
    Pemimpin yang dianggap ulama boleh melakukan apa saja malah boleh mengubah hukum pun ikut musin sesuai denga kehendak hati bukan kehendak agama.

    Tunggulah kehancurannya.

    BalasPadam