RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 20 Oktober 2009

MASUK UMNO, RAJA KATAK PUN TAKUT PISANG BERBUAH 100 KALI

Masuk UMNO..fikir 100 kali

"Saya sendiri kena fikir bukan setakat pisang berbuah dua kali, tapi lima kali atau 100 kali," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali seandainya beliau membuat keputusan masuk semua ke dalam UMNO.

Menurut Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu, setakat ini beliau belum memikirkan soal itu.

“Saya belum memohon. Saya kata tidak tolak kemungkinan. Tetapi tidak dalam masa terdekat,” katanya menerusi kiriman SMS kepada Agendadally, pada Isnin.

Beliau menjawab gesaan Setiausaha Pemuda UMNO Kelantan, Bazlan Baharuddin yang minta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan beliau ke dalam UMNO bagi mengelak 'pisang berbuat dua kali.'

Bazlan memberi alasan apa dialami parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Ibrahim sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

Menurut Ibrahim lagi, beliau kena fikir perkara itu kerana sebelum ini dia rasa dianiaya setelah digugurkan sebagai Ketua Bahagian tanpa sebab bukan kerana tidak terpilih sebagai calon.

“Saya nak bagitahu Setiausaha Pemuda berkenaan jadilah ahli UMNO yang setia. Tak guna jadi ahli UMNO tapi ada yang mengkhianati calonnya dalam pilihan raya kerana ‘kudanya’ tak jadi calon atau tak dapat projek,” tegasnya.

Beliau turut menasihati, Bazlan kalau hendak jadi pejuang bangsa, beliau boleh membimbing secara percuma sahaja.

Isu masuk UMNO tercetus ekoran Ibrahim kini dikatakan diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu. Pada pilhan raya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS.

Beberapa pemimpin PAS juga sebelum ini meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana tindakannya itu termasuk mengkritik Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -/Agendadaily

4 ulasan:

  1. kalau kera dikerat ekor tidak akan menjadi beruk.
    orang akan pangil kera ekor kudung..
    kalau katak semua orang tahu,
    takkan ada orang kata cicak atau ular

    BalasPadam
  2. Sebagaimana dikata nama Ibrahim Ali dan Umno ini satu ikatan yang badan berlainan.
    Seperti Isa Samad,begitulah Ibrahim Ali,mereka ini adalah aset simpanan umno yang kepura-puraan
    ,umno yang ingin melepasi fikiran rakyat yang jumub yang dangkal hanya merasakan umno saja yang dapat mengbiyiai hidupkan mereka,yang sebenar umno nyata telah menperbodohkan orang melayu itu sendiri,pemimpin-pemimpin yang KORAP dikutip semula sebagai sajian Kosmetik untuk umno.

    BalasPadam
  3. UM-NGOK nak amik raja katak ni amik la... takder value and useless untuk rakyat Malaysia

    BalasPadam
  4. Katak ni kalau bagi ular pun ular tak mahu.Kalau kaum India jumpa katak dan ular,katak ni yang akan kena balun!Kita dah tau Spesis katak ni hidup 2 alam.....haram jadi nya.Haram jadah betul!

    BalasPadam