RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 8 Mac 2010

1 MALAYSIA - 3 CEDERA

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan walaupun di adakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka, leher dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Anggota polis dan FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya tidak sampai lima minit selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim berucap sebelumnya.

"Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..." tegas Azmin disambut tepukan orang ramai.

Sebaik sahaja selepas berkata demikian, kira-kira 50 FRU yang sudah bersedia seawal Khalid sedang berucap sebelum itu lagi, menyerbu ke pentas dan menghentikan Azmin dari berucap.


Menurut maklumat, ada beberapa petugas dan orang ramai yang dipukul oleh FRU kerana cuba menghalang serbuan itu.

(Gambar: Tiga petugas Pakatan Rakyat yang cedera )

Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah belum sampai.

Di atas pentas adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Dr Lo' Lo' Ghazali, anggota Parlimen kawasan Titiwangsa, Tan Sri Khalid dan beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat wilayah yang lain.

Akibat serbuan itu keadaan menjadi kecoh dan pemimpin pakatan terpaksa masuk ke dalam dewan sebelum berunding dengan pihak keselamatan.

Hampir seribu penyokong yang hadir bagaimanapun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sambil melaungkan 'reformasi'.

Selaian itu, mereka juga membaca doa beramai-ramai memohon program tersebut dapat diteruskan.

Setelah hampir 20 minit berbincang, polis kemudian membenarkan ceramah diteruskan tetapi hanya boleh dibuat di dalam dewan sahaja.

Ekoran itu, semua para hadirin yang berada di padang diminta masuk ke dewan.

Anwar dan isterinya tiba kira-kira jam 10.25 malam dengan disambut teriakan reformasi dan takbir dari orang ramai.

Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan serbuan itu orang ramai katanya semakin benci kepada Umno.

Azmin memberitahu, tindakan polis menyerbu majlis pada malam ini setelah mendapat tahu satu VCD akan dilancarkan oleh Anwar berkaitan dengan fatwa terbaru ulamah tersohor Dr Yusof Qardawi berkaitan dengan Liwat II.

VCD tersebut bertajuk 'Fatwa mutakhir Yusuf Al-Qaradawi berhubung Konspirasi ll terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sewaktu melancarkan VCD itu berkata, Qardawi tiga minggu lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terlibat dengan perancangan fitnah liwat terhadapnya adalah dihukum munafik, manakala mereka yang membantu menyebarkan fitnah itu dihukum fasik./Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan