RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 10 Mac 2010

YB KHALID CABAR YB ZUL DEBAT ISU KALIMAH ALLAH

Dulu, kini dan selamanya bersama PAS....
Dulu PAS, PKR dan kini.....???
Oleh: WFAUZDIN NS

BERITA TV BERNAMA malam tadi melaporkan kenyataan YB Khalid, MP Shah Alam tokoh PAS yang kontroversi tentang kesediaannya berdebat secara terbuka pada bila-bila masa dengan YB Zulkifli Noordin, MP Bandar Kulim Baru iaitu bekas MP dari PKR yang baru dipecat berkaitan isu `Kalimah Allah'. Isu ini begitu hangat diperkatakan sebelum ini dengan berbagai hujah dan dalil sehinggakan si jahil pun ingin berdalil tentang isu ini. Isu ini juga menjadi salah satu punca mengapa YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid walaupun pada ketika itu mereka berdua berada di dalam satu kapal iaitu PR.

YB Zul sebelum ini juga sering menimbulkan kontroversi di dalam PKR dan juga PR, begitu juga dengan YB Khalid yang terkenal dengan kontroversinya bersama pimpinan PAS terutamanya di Selangor. Beza antara kedua-dua MP tersebut adalah seorang bertindak bijak, manakala seorang lagi bodoh sombong. YB Khalid bertindak bijak apabila menggunakan hujahnya berdepan dengan sebarang perbezaan pendapat walaupun akhirnya dikenakan tindakan disiplin oleh PAS. YB Zul pula berlagak ego, sombong meskipun tidak secerdik mana apabila hampir setiap hari `meratib' perkataan `Firaun kecil' ditujukan kepada mereka-mereka yang berada di dalam partinya sendiri yang tidak sependapat dengannya. Sehinggakan beliau pernah menganggap DS Anwar selaku Ketua Umum PKR iaitu parti yang didukungnya sebagai menyokong Kristian di dalam isu Kalimah Allah ini. Itu beza YB Khalid dan YB Zul di dalam pendekatan politiknya.

Kemuncak krisis di antara YB Zul dengan YB Khalid berkaitan isu Kalimah Allah ini ialah apabila YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. Tindakannya itu kununnya untuk memperjuangkan agama Islam. Tindakan bodoh YB Zul ini amat memalukan PKR kerana PKR sendiri telah membuat ketetapan untuk memegang hujah dan pendapat Ulamak tersohor Syeikh Yusoff Qardawi rentang isu Kalimah Allah ini dan ketetapan PKR itu dipersetujui juga oleh rakan di dalam PR iaitu PAS. Di dalam isu ini, lojikkah PKR dan PAS mempercayai YB Zul lebih daripada Ulamak tersohor dunia itu? Siapa YB Zul? Akibat daripada menanggung malu kerana PKR dianggap memelihara `biawak hidup', maka PKR mengambil keputusan memecat YB Zul atas kesalahan membuat laporan Polis terhadap YB Khalid serta kenyataan-kenyataan `menikam belakang' partinya sendiri dan juga PR sewaktu ditemubual di TV 3.

Mungkin YB Zul anggap PKR tidak akan berani mengambil tindakan disiplin ke atasnya apatah lagi untuk memecatnya memandangkan ketika itu PKR kehilangan beberapa kerusi Parlimen akibat MP yang menjadi `katak' tambahan pula kedudukan kerusi MP dari PKR semasa itu hampir tewas dengan kerusi MP dari DAP. Sekiranya DS Anwar pentingkan kedudukannya selaku Ketua Pembangkang, nescaya YB Zul tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau paling maksima adalah amaran. Tetapi PKR tetap tegas demi menjaga keutuhan perjuangan dan kesepakatan di dalam PR, maka YB Zul yang menjadi seperti `kaduk naik junjung' ini mesti dipecat. Alhamdulillah, YB Zul telah dipecat dan beliau kini lebih bebas untuk menggelar sesiapa jua sebagai `Firaun Kecil' asalkan tidak melebihi darinya sebagai `Firaun Besar'.

Setelah YB Zul dipecat dan beliau secara teknikalnya bukan lagi penyokong atau wakil dari PR, maka tibalah masanya untuk YB Khalid menguji kehebatan YB Zul yang terlebih alim dari Syeikh Yusof Qardhawi, Tuan Guru Hj Hadi dan juga Tuan Guru Nik Aziz ini. YB Khalid mencabar YB Zul untuk berdebat secara terbuka tentang isu kalimah Allah ini. YB Zul digelar orang `Ustaz' kerana beliau sering mengajar ilmu-ilmu agama dan juga memberi kuliah di beberapa tempat. YB Khalid tidak digelar orang Ustaz walaupun beliau dijemput juga untuk memberikan khutbah Jumaat di beberapa buah masjid tetapi YB Khalid seorang pejuang Islam yang tegar di dalam PAS. Tidak seperti YB Zul yang dikatakan dahulunya berada di dalam PAS, kemudiannya beralih pula kepada PKR, dan kini langsung tidak berparti setaraf dengan `raja katak emas' dari Pasir Mas itu.

Apakah YB Zul selaku Ustaz yang hebat berani menyahut cabaran YB Khalid yang bukan seorang Ustaz malah memakai kopiah pun jarang sekali? YB Khalid ingin sangat hendak belajar dari YB Zul tentang Islam khususnya berkaitan isu kalimah Allah ini. Jika YB Zul mampu menghuraikan nas atau dalil yang meyakinkan YB Khalid, tidak mustahil YB Khalid juga akan keluar dari PAS kerana PAS juga menyokong prinsip PKR di dalam isu kalimah Allah ini.

Sama-samalah kita tunggu apakah jawapan dari YB Zul. Usahlah YB Zul melalak ke hulu ke hilir mempertahankan perjuangannya yang songsang itu jika tidak berani untuk berdepan dengan YB Khalid bukannya berdepan dengan Syeikh Yusof Qardhawi pun. Jika berani setakat mencabar wanita seperti DS Wan Azizah itu, lebih baik YB Zul menyertai parti Hindraf./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Jika YB Zul anak jantan, harap2 terimalah cadangan debat ini, jika tidak YB Zul dianggap dayus dan penakut..

    BalasPadam
  2. ni lah akibat orang yang selalu memperkecilkan ilmu orang lain, sahingga dirinya ditunggang olih iblis laknatullah.YB Zul ini belajar melalui bacaan bukux agama sahaja sebab itulah percakapan nya itu tidak selari dengan percakapan ulama'. berkaitan dengan isu Kalimat Allah.

    BalasPadam
  3. Berkokok bukan bererti jantan.Bertelor bukan bererti betina.Apakah masalah akan selesai dengan berdebat? Mengapa tidak bedebat Isu Amanat Dajal dan hukum Dewan Ulama yang sudah disepak ke longkang ??

    BalasPadam
  4. Pemuda PAS Kelantan10 Mac 2010 pada 9:49 PG

    harap YB Zul tidak terjerat dgn tipu daya YB Khalid. Khalid sengaja nak halang Zul dari diterima masuk oleh pimpinan PAS dgn mencabar untuk berdebat. Berhati2 Zul....

    BalasPadam
  5. zul ni manusia jenis berlagak je lebih... rakyat kawasan yg mengundi dia dulu zul ni buat lebih kurang jer... try tgk bertanding semula kat situ gerenti lingkup

    BalasPadam
  6. nantilah..kena tunggu yb zoo noordin tanya dulu pemimpin umno..maklumlah, segala ketaatan,kesetiaan dan perjuangan adalah untuk melayu bagi zoo noordin ni..kena la minttak consent dari umngok..

    BalasPadam
  7. dlu beriaia zul nak hentam pas n pkr. sekarang biar yb khalid samad plak debat ngan dia. kite tengok la. dia kata dia malu dgn allah sbb duduk dlm pkr. x dpt perjuang Islam kononnya.. skrg kau da 'bebas' ak nak tengok jantan kau zul..

    BalasPadam
  8. Ramai benor yg nak melindungi kalimah Allah, maka apakah mereka tak membaca dengan sebenar-benarnya maksud bacaan di bawah?

    ‘A’uzubillahiminasyaitanirrajim’ @ ‘aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam’.

    Maka apakah mereka tersalah baca dengan bacaan seperti berikut:

    ‘Aku pelindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’????

    Banyak sekali puji-pujian yang kita terima sepanjang hidup kita hinggakan tak terkira banyaknya. Maka apakah sesuai untuk dikatakan ’segala puji bagi kita’ dan bukan lagi ’segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’ @ Alhamdulillahirabbilalamin’?

    BalasPadam