RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 7 Mac 2010

PARTI BARU `PERKASA' BAKAL DITUBUHKAN ?

Adakah ini lambang Parti P.E.R.K.A.S.A yang bakal ditubuhkan itu?

Oleh: WFAUZDIN NS


SEBELUM ini kita mengenal PERKASA adalah sebuah pertubuhan NGO yang dipimpin oleh `katak emas' Ibrahim Ali. Baru-baru ini dikatakan pertubuhan itu telah mendapat permit untuk mengelyarkan akhbarnya sendiri. Sudah tentulah akhbar tersebut diwujudkan kununnya memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Nampaknya teruk sangat nasib orang-orang Melayu di negara kita ini walaupun sudah berpuluh tahun Umno yang juga parti orang-orang Melayu ini wujud di negara kita. Biarlah mereka dengan `KeMelayu-layuan' nya itu.

Dengar-dengar ceritanya akan wujud pula parti baru akibat beberapa perkembangan politik yang berlaku sekarang. Sebuah parti baru akan wujud dan nama parti tersebut sama seperti nama PERKASA ini juga. Parti yang dimaksudkan itu adalah `PERTUBUHAN KATAK-KATAK SE MALAYSIA' atau P.E.R.K.A.S.A. Cuma, belum dapat dipastikan samada berita ini benar atau tidak dan juga belum dipastikan siapakah Presidennya. Sekiranya benar-benar parti ini akan wujud, tentu ramai yang bersetuju `katak emas' Ibrahim Ali menjadi Presidennya memandangkan beliau lebih senior `kekatakkan' nya.

Amat bertepatan dengan masa dan keadaan jika parti ini wujud. Kini sudah begitu ramai Wakil Rakyat yang sudah pandai melompat katak. Mungkin ada seekor dua lagi Wakil Rakyat yang kini sedang mengikuti kursus melompat katak sebelum menyertai parti yang bakal ditubuhkan ini nanti. Mungkin mulai sekarang mereka bolehlah memikirkan apakah logo atau lambang untuk parti baru berkenaan. Politik negara ini akan lebih menarik lagi dengan kehadiran spesis-spesis berkulit kematu ini. Malang sekali, YB Zul yang sinonim dengan perkataan `Firaun' ini mungkin tidak boleh diterima menjadi ahli Parti P.E.R.K.A.S.A ini nanti kerana beliau bukan dari spesis itu. Mungkin beliau lebih hina dari itu atau lebih mulia dari katak walau pun tidak semulia sebagai manusia. Ini adalah kerana beliau telah dipecat. /wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. 'the rolling stone gether no moss'

    BalasPadam
  2. Pergh.. best tue.. Pertubuhan Katak-Katak Se Malaysia ... hahaha... PERKASA... hahaha

    BalasPadam
  3. nama parti tu Parti Islam-Melayu Perkasa Se-Malaysia...Zul Nordin akan jadi Presidennya..dengar ramai yang Melayu akan join parti tu.... P.I.M.P.S.

    BalasPadam
  4. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    BalasPadam
  5. ORANG DAH TAK PERCAYA KAT PKR....MU JER TAK SEDAR DIRI....MUKA TAK TAHU MALU.....ASAM JAWA PUNYA MUKA

    BalasPadam
  6. Ibrahim katak tu pembela Melayu?? kahkahkahkah... org takder akal shj yg minat join parti budus mcm tue

    BalasPadam