RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 8 Mac 2010

DAKWAAN LIWAT, IKUTI APA KATA ANAK-ANAK DS ANWAR

Dakwaan liwat tidak jejas hubungan

Dua puteri Anwar kekal kesetiaan, percaya kebenaran akhirnya akan tetap menjelma

Dakwaan liwat terhadap ayahnya sekali lagi memberikan tekanan kepada keluarga mereka dalam meneruskan liku-liku hidup yang berbaki. Jika disabitkan kesalahan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi bakal berhadapan hukuman penjara. Namun, ahli keluarganya tetap bersatu hati menghadapinya. Ikuti wawancara bersama anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan anak kedua, Nurul Nuha Anwar. Wartawan Sinar Harian, MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN mendapatkan suara hati daripada dua anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dipenjarakan selama enam tahun. Beberapa bahagian yang menyentuh perbicaraan dakwaan liwat terhadap Anwar tidak dapat dipaparkan untuk bacaan umum.

Sudah dua kali dakwaan liwat dikenakan terhadap Datuk Seri (Anwar Ibrahim), bagaimana hubungan anda sekeluarga dan adik-beradik dalam memberikan kepercayaan kepada ayah?

NURUL NUHA: Alhamdulillah, semuanya semakin rapat, kerana kami adik-beradik sudah melaluinya untuk kali kedua. Jadi kali ini kami lebih bersedia dengan kemungkinan berlaku. Kepercayaan kami terhadap ayah tetap sama. Malah hubungan adik-beradik kami lebih erat.

Ayah anda ada terangkan kepada keluarga mengenai perbicaraan liwat kali kedua ini?

Nurul Izzah: Ayah ada terangkan kepada kami semua. Kami pun agak terkejut sebenarnya, kerana perkara ini datang secara drastik. Apa yang pasti kami sekeluarga menghadapinya dengan hati yang satu.

Berikutan tuduhan kali ini, anda dan adik-beradik akan berdepan dengan segelintir masyarakat yang disifatkan suka jadi “nasi tambah dan jaga tepi kain orang”. Bagaimana anda berhadapan dengan perkara ini.

Nurul Nuha: Saya bersyukur dengan sokongan rakan-rakan dan masyarakat. Alhamdulillah kesemuanya memahami keadaan saya dan adik-beradik lain. Lagipun banyak media alternatif boleh melaporkan perkara sebenar, amat jelas berbeza dengan media arus perdana. Saya percaya rakan-rakan dapat menilai mana yang benar dan sebaliknya dengan paparan itu.

Seterusnya baca di sini...

1 ulasan:

  1. Percaya dan yakinlah diakhirat kelak berlipat ganda pahala akan disumbangkan kepada kamu oleh orang-orang yang bersekongkol menuduh bapa kamu dan memalukan keluarga kamu. Sehingga kering kontang pahala mereka lalu dihumban ke Neraka atas perbuatan terkutuk mereka.

    BalasPadam