RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 16 April 2010

AWAS!! AMUKAN PALANIVEL DAN MEREKA YANG KECEWA


Keputusan TPM Muhyiddin Yassin untuk tidak mencalonkan Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel bagi mewaikil BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya. Bukan sahaja Palanivel yang kecewa dengan keputusan itu, malah ramai penyokong beliau diperingkat akar umbi juga marah dengan tindakan tersebut. Sebelum ini, nama Palanivel disaingi oleh V.Mugilan iaitu Timbalan Ketua Pemuda MIC, namun disaat-saat akhir tiba-tiba nama Ketua Penerangan MIC iaitu P.Kamalanathan pula yang dicalonkan. Biarpun Presiden MIC, Samy Vellu dikatakan merestui keputusan Muhyiddin itu namun sebenarnya tidak bagi Palanivel. Beliau juga dilihat tidak hadir dalam pengumuman nama calon BN yang dibuat oleh Muhyiddin itu. Tindakan beliau ini mengukuhkan lagi, andaian sama ada beliau akan bertanding sebagai calon bebas atau pun bertindak menyokong Pakatan Rakyat. Undi protes pasti akan berlaku di Hulu Selangor kali ini. Malah, undi tersebut bukan sahaja bakal diterima daripada sebahagian besar masyarakat kaum India di sana, malahan juga puak-puak UMNO yang kecewa dengan sikap Perdana Menteri yang tidak mahu mempertahankan kehendak mereka yang mahukan calon Melayu (UMNO) bertanding di situ. Jika dua undi protes ini diterima, maka tidak syak lagi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim bakal kembali ke parlimen dan akan dinobatkan sebagai wakil rakyat kawasan itu pada 25 April ini. Nasi sudah menjadi bubur buat BN di Hulu Selangor. Tindakan sesuka hati pemimpin UMNO yang mahu menentukan siapakah calon paling layak bertanding di situ jelas sekali akan memakan diri mereka. Tambahan pula Palanivel hanya tewas 198 undi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Makanya, beliau amat yakin, jika diberi kepercayaan bertanding peluang untuk merampas kembali kerusi itu dari PKR akan tercapai. Namun, segalanya kini hanya tinggal kenangan dan beliau terpaksa menunggu lama untuk bertanding semula, biarpun peluang yang cukup luas sudah terbuka sebenarnya. Semoga senario ini dapat membantu kemenangan PKR nanti!

[Jika di Bagan Pinang, BN boleh meletakkan kembali Isa Samad yang terbabit dengan gejala rasuah itu, maka kenapa tidak di Hulu Selangor. Apalah sangat dosa Palanivel yang hanya tewas dengan majoriti tipis 198 undi jika mahu dibandingkan dengan Isa Samad sebenarnya. Maka itulah, ada kewajaran untuk beliau membuat protes dalam pilihanraya kecil kali ini. Itu sahaja jalan terbaik untuk beliau jika tidak mahu maruahnya selaku Timbalan Presiden MIC terus tercalar. Memang kedengaran ura-ura Palanivel akan dilantik sebagai Senator dan ditawarkan jawatan Timbalan Menteri selepas itu. Namun, ia mungkin tidak dapat menggugat maruah dan imejnya yang sudah tercalar akibat keputusan pemilihan calon MIC yang ditentukan oleh pemimpin UMNO itu. Apa yang pasti, undi protes kali ini jumlahnya pasti lebih besar dari nama-nama pengundi hantu yang sudah mula disediakan di sana nanti. Teruskan perjuangan dan hadiahkan kemenangan mutlak buat Pakatan Rakyat di Hulu Selangor 25 April ini].

Sumber: Pahang Daily

1 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim. Blogger Blogger Pakatan Rakyat mesti teliti dengan cermat permainan "ART OF WAR " ciptaan APCO untuk UMNOBN dalam memenangi PRK Hulu Selangor . Perihal LOMPAT PARTI dan MIC ini, Blogger2 PR kena guna pakai kata kata hikmah YB Hamidah(Perak). Dan jangan lupa di PRK Bagan Pinang Seremban bagai mana takti MIC kenakan pengundi2 peladang/pertenak bagi berbagai imbuhan dan tabur janji( dapat ke ! tak Dapat Ke!E2 belakang kira). Yang pasti MAT ISA Dah dapat Puteri. So Takti ini MIC akan guna pakai untuk kaum dia di HULU SELANGOR Nanti.Untuk kaum melayu UMNOBN akan beri sumbangan ehsan seperti biasiswa/sumbangan e2 e ini melalui JKM dan projek e2 n e ni untuk cawangannya supaya tutup mulut . Kaum cina pula UMNOBN akan bagi GERAN tanah 99 tahun . Apa yg saya tahu MB Selangor la sibuk gila pasal mendiang TB Hock je!
    Yang hairannya di BLogger2 PR langsung tiada promote gila Zaid calon PKR hanya 2 blogger PR saja yg kata Zaid OK yang lain tiada sibuk promote rumah tangga UMNOBN ,nanti pembaca hanya tahu , rumahtangga UMNOBN . Si Zaid tak ada dalam kepala otak pengundi .
    Last kali tiada blogger PR terjah si UG Dr Hassan Ali n Khalid Samad perihal kata kata mereka perihal si ZAID ini. So up 2 u la Blogger Pakatan Rakyat , lu orang punya blog suka hati lu orang mahu tulis.hj jamaludin

    BalasPadam