RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 17 April 2010

UWEEKK!!!..MUGILAN DAKWA DITAWARKAN WANG, TANAH TAPI TAK MAHU LAPOR POLIS, MUGILAN ATAU `MU GILA?'

Mugilan dakwa ditawar wang, tanah kempen untuk PKR
Salhan K Ahmad
Apr 16, 10


Timbalan ketua Pemuda MIC pusat, V Mugilan mendakwa telah ditawarkan wang dan tanah untuk berkempen bagi PKR setelah namanya 'digugurkan' daripada dicalonkan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau yang juga ketua Pemuda MIC Hulu Selangor mendakwa tawaran tersebut dibuat oleh seseorang yang "cukup besar".

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, yang menurutnya membuat tawaran tersebut melalui satu panggilan telefon.

Bercakap dalam satu sidang media di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini, Mugilan berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung tawaran kepadanya semalam.

"Sebab saya tidak beri komitmen kepada tawaran itu," kata beliau yang juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menelefon beliau semalam untuk "memujuknya."

"Semalam dia telefon saya suruh saya bersabar," kata Mugilan yang juga mendakwa namanya telah "dipropaganda" pihak tertentu yang mengatakan beliau telah melobi untuk menjadi calon.

Katanya, beliau juga tidak bertindak "menghalang" Datuk G Palanivel, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon BN.

Tambahnya, beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang tindakan.

"Ini bukan parti sendirian berhad," kata Mugilan dan menjelaskan bahawa pemimpin parti tidak seharusnya bertindak mengenakan tindakan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat (dakwaan). Mungkin pembangkang atau mungkin dari dalam parti sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau akan tetap beri sokongan kepada BN "kerana PM dan TPM adalah orang baik" dan akan membantu P Kamalanathan dengan memperkenalkan calon parti itu kepada pengundi.

"Ada yang kata saya bawa Tengku Adnan (Mansor) untuk lobi kepada PM. Saya tidak melakukan lobi kepada sesiapa. Sila tanya PM adakah saya lobi kepada beliau?," soalnya./Malaysiakini

Lihat Foto suasana PRK Hulu Selangor di sini.

1 ulasan:

  1. Mugilan tu memang mung gila. Biarkan dia jadi sasau..mohon link sahabat..ana ada link blog anta di blog ana..-anak muda

    BalasPadam