RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 17 April 2010

TUN MAHATHIR SEPERTI SELESA DENGAN PR DI SELANGOR?

MAKA, mulai hari ini bermulalah pertempuran di Hulu Selangor. Siapakah calon pilihan ranyat di Hulu Selangor? Adakah mereka akan memilih PR yang telah mempamirkan kecemerlangannya di Negeri Selangor atau memilih kerajaan yang kini masih diselubungi dengan masalah APCO?

Saya tertarik dengan kata-kata Tun Mahathir yang dipetik dari akhbar Sinar keluaran hari ini 17 Apr 2010. “Secara sendirian, dia sendiri tiada apa-apa, parti yang berikan dia kuasa. Pilihlah parti, jika anda (pengundi) merasakan Pakatan Rakyat boleh berikan kerajaan lebih baik, anda boleh pilih Pakatan,” Ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor, Dr Mahathir berkata: “Ia sama baik bagi semua pihak.". (Sinar Harian) Ini boleh kita fahami bahawa Tun sendiri mulai merasai mengapa rakyat perlu berfikir terlebih dahulu sebelum memangkah Bn.

Tidak seperti kebiasaan Tun akan terus berkempen untuk Bn, kali ini Tun membuat kenyataan yang positif . Mungkin Tun dapat merasai di Selangor kerajaan di bawah PR lebih baik dari kerajaan terdahulu. Bukan rahsia lagi bagaimana Tun suatu ketika pernah mempertikaikan kekayaan Mantan MB Selangor Khir Toyo yang dikatakan mempunyai mahligai puluhan juta ringgit itu. Apakah kenyataan Tun ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat Selangor perlu terus bersama PR? Hulu Selangor terkenal di bawah Khir Toyo hanya kerana anugerah penyapu. Ingat Bn, Ingat Penyapu.

8 ulasan:

  1. Orang Melayu ditindas di Selangor terima kasih PKR

    BalasPadam
  2. Melayu mana yang tertindas wahai anonymous 1:52?..kalau tertindas mungkin Melayu Ketua Bahagian UMNO kerana tak dapat tender cara tumbuk rusuk kot.

    BalasPadam
  3. melayu umNO tertindas tak dapat projek kelulusan ternak khinzir ke...........2008

    BalasPadam
  4. beri peluang pada Tan Sri Khalid, UMNO memerintah lama sangat dah. Apa nak risau Tan Sri Khalid pun orang Melayu juga. Zaman komunis dah berakhir dan siapa jua memerintah nak bawa perubahan. Beri peluang pada PR yang menjanjikan ketelusan dengan mengutamakan rakyat. Kalau tak nak berjuang masuk je UMNO, selamat dunia dan akhirat

    BalasPadam
  5. jangan ikut hati yg marah kawan,...yg rugi bukan awak sorang dan yg untung bukan semua orang....tapi jgn lah melayu jadi seperti rakyat palestin.....merempat dibumi sendiri dek kerana pemimpin yg duk gila kuasa....tak fikir tentang bangsa nya....tengoklah apa yg PR buat sekarang...tolong melayu ke.??..mampus melayu ada ler...pergi jahanam dengan PR pengkhianat bangsa.

    BalasPadam
  6. PKR tu sapa...asalnya dari kelompok umno jugak..kerana tadak peluang nak berkuasa,maka merajuk lari tubuh parti baru,kerana apa??..kerana gila nak berkuasa....gila nak jadi PM..dan yg ikut pemimpin gila kuasa tu nak apa..???..kalau bukan nak projek,nak kumpul kekayaan.....hulur seringgit baham 1 juta ringgit...ini lah perangai orang politik...parti apa pon 2 x 5 jer...yg baik dan tertipu rakyat jelata.....pemimpin politi makin gila dan bermaharajalela.

    BalasPadam
  7. mmg betuk khalid tu melayu...tp apa guna melayu kena cucuk hidung! jadi balaci dapig! yang berkuasa adalah dapig! fikir-fikirkan la wahai semua org melayu

    BalasPadam
  8. Semua tuduhan di atas satu pun takde bukti. SPRM tak dpt nk selongkar rasuah Khalid. Kisah korban lembu kantoi. Yg timbul kisah tanah YBK kena jual. Yg tinbul kisah melancong dan rumah Khir Toyo. Kat Sgor mula beranak nk hidup pun dpt duit/saham, nk mati pun dpt duit khairat tabung kifalah. Zaman Umno? Rumah kena runtuh, masjid kena rantai...yg kaya? Muhamad Taib dan Khir Toyo. Itulah Melayu pejuang kununnya....

    BalasPadam