RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 12 April 2010

JANJI 4 BUAH SEKOLAH DI HULU SGOR? SEBUAH SEKOLAH DI BAGAN PINANG PUN SENYAP BEGITU SAJA

Janji Umno-BN Bina Sekolah Di DUN Bagan Pinang Belum Ditunai

BAGAN PINANG 11 APR: Kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga kini belum menunaikan janji-janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kononnya mahu membina sekolah di Taman Intan Teluk Teluk Kemang.

Biarpun sudah lima bulan pilihan raya kecil itu berlalu, namun sampai sekarang tiada tanda-tanda projek pembinaan sekolah berkenaan menjadi realiti sebagaimana harapan rakyat.

Setiap kali pilihan raya berlangsung, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nor Azizi Abdullah berkata Umno-BN pasti sibuk menabur gula-gula politik sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Beliau mendapati BN seolah-olah tidak peduli keada kemarahan rakyat Bagan Pinang yang ditipu pada pilihanraya kecil lalu dan belum reda hingga kini, sebaliknya terus menggunakan umpan yang sama di Hulu Selangor.

“Apabila ada pilihanraya kecil, Barisan Nasional (BN) pasti menjanjikan pembangunan termasuk di Bagan Pinang. Janji pembangunan adalah janji yang menyebabkan rakyat bertukar pendirian dan menyokong BN.

"Bagaimanapun, janji-janji itu langsung tidak ditunaikan," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Ketua Penerangan AMK Negeri Sembilan, Mohd Saufi Mi'ad pula berasa hairan kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi umpan sama di Hulu Selangor, kali ini bukan satu tetapi empat sekolah.

“Kita rasa pelik apabila PRK Hulu Selangor belum berlaku lagi, Muhyiddin berjanji membina empat sekolah di Hulu Selangor sedangkan di Bagan Pinang masih belum bergerak apa-apa lagi.

Beliau memberi amaran bahawa banyak lagi pendedahan akan dibuat AMK Negeri Sembilan jika Umno-BN terus-terusan cuba menipu pengundi Hulu Selangor.

“Kita simpan data mengenai janji-janji yang dibuat Umno-BN. Banyak yang kita simpan tapi kita ambil pendekatan untuk mendedahkan sebahagian dahulu untuk peringatan.

Namun, beliau menegaskan, AMK Negeri Sembilan tidak teragak-agak membuat pendedahan pada pilihan raya Hulu Selangor dengan membentang data-data betapa BN bukanlah parti yang baik untuk menjadi kerajaan./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan