Judi, PERKASA: Najib membisu | ||
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.
Perdana Menteri juga sekali lagi mengelak menjawap soalan berhubung dakwaan MCA bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) punca Barisan Nasional tumbang di kerusi pilihan raya kecil parlimen Sibu, Ahad lalu.
"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah (Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah)," katanya dengan ringkas.
Isnin lalu, MCA mempersalahkan PERKASA atas kekalahan SUPP di Sibu dengan berkata 'hubungan kabur' BN, khususnya Umno dengan kumpulan pelampau itu punca masyarakat Cina kurang selesa.
PERKASA juga pernah berkata Umno harus meninggalkan masyarakat Cina yang 'tidak berterima kasih' dan menghentikan peruntukkan kepada golongan minoriti berkenaan yang mengundi pembangkang./Malaysiakini
PERKASA juga pernah berkata Umno harus meninggalkan masyarakat Cina yang 'tidak berterima kasih' dan menghentikan peruntukkan kepada golongan minoriti berkenaan yang mengundi pembangkang./Malaysiakini
Ini lah hikmahAllah,
BalasPadamManusia merancang,dan Allah s.w.t juga merancang dan lebe baik perancangannya.
Katak Pak Yem yg.kini terkapai kapi mencari tapak untuk terpilih sebagai calon dlm PRU13 nanti,melakukan berbagai bagai cara agar die kelihatan hebat,berpengaruh,dgn mempamirkan kekuatan,konon Membela Nasib Melayu.,
Dlm sabuah Negara yg.termaktub berbilang kaum,perjuangan seperti ini x bole di terima.
Akhir nya apa yg.die lakukan menambah kerosakan atas salah perkiraan dan kebo--han nya.
Mcm berdiri di atas pasir tandus,lagi die bergerak lagi dalam tubuh badannya tengelam.
Kesimpulannya tak de siape yg.akan menerima nya.,dan pecaya lah PRU13 nanti,die akan hanyut sendiri,tak de tangan yg.sudi menyalamatkannya.
Smue ini balasan Allah pada org.yg.tidak tahu mengenang budi.