RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 19 Mei 2010

BN TEWAS DI SIBU, UMNO MULA GELABAH

'Sibu jadi peringatan kepada parti komponen Cina BN'

Zulaikha Zulkifli & Puteri Aida Haryani
Mei 18, 10


Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu yang dimenangi DAP, merupakan peringatan parti komponen kaum Cina dalam BN supaya bekerja lebih bekerja ada masa akan datang, kata ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus.

“Pada pandangan peribadi saya, parti Cina di dalam BN mesti ada perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan, strategi dan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada BN,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Beliau yang juga ADUN Kuang berkata, parti-parti komponen BN di Semenanjung dan Sarawak harus buat perubahan dari sudut kepimpinan mahupun strategi.

Dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, calon DAP Wong Ho Leng merampas kerusi parlimen Sibu dengan mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron yang meraih 232 undi.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan Wong dengan majoriti 3,235 undi.

Abdul Syukur Idrus berkata antara faktor kekalahan BN di Sibu adalah pengaruh DAP yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Cina.

Kemungkinan juga, katanya, masyarakat Cina kurang berminat terhadap parti Cina yang lain.

“DAP membawa angin perubahan yang berlaku di Semenanjung. Angin perubahan yang dibawa mungkin dengan menceritakan tentang kejayaan mereka di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubung Malaysiakini hari ini.

Abdul Syukur yang juga ketua Umno bahagian Selayang menegaskan peringatan juga perlu diberi kepada parti komponen BN seperti MCA dan SNAP agar lebih bekerja keras pada masa akan datang.

Mengenai langkah yang perlu diambil oleh BN bagi memperbaiki dan mengekal sokongan rakyat, Abdul Syukur berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat bedah siasat.

Sementara itu, timbalan ketua penerangan Umno Kedah, Datuk Zubir Saad pula berkata BN kalah di Sibu kerana tidak masih ramai pengundi Cina yang tidak menyokongnya.

Beliau mendakwa, mereka termakan janji Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi peluang kepada kaum Cina dalam pentadbiran negara jika beliau dipilih sebagai perdana menteri./Seterusnya di Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan