Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat di Sarawak telah digantung selama 12 bulan petang tadi. Oleh kerana itu sidang ini merupakan yang terakhir buat Sdr Chong Chien Jen dan Dominique Ng sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri. Pergantungan ini menyebabkan kedua-dua mereka terhalang dari mengikuti perbahasan belanjawan negeri yang kebiasaannya dibentangkan pada bulan November nanti.
Hanya tidak sampai beberapa hari selepas kemenangan di Sibu, Barisan Nasional mula memperlihatkan keangkuhan dengan kekuasaan yang dimiliki. Apakah mungkin selepas ini rakyat pula menjadi mangsa hanya kerana memilih Pakatan Rakyat? Sikap memberi habuan hanya apabila calon mereka sahaja yang dipilih dan menghukum pula apabila ditolak membuktikan Umno-Barisan Nasional tidak mampu berubah.
ANWAR IBRAHIM
Sumber: Anwaribrahim.blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan