TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Khamis, 2 Jun 2011

KETUA DEWAN ULAMAK PAS TIDAK MAHU MAT SABU?

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS disaran oleh Ketua Dewan Ulamaknya agar tidak terlalu mengikut rentak atau terlalu meraikan sesiapa termasuk rakan sekutu dari Pakatan Rakyat agar identiti dan jati diri PAS sebagai parti Islam tidak tercemar. Ini ucapan datangnya dari Datuk Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulamak PAS dan tidak diketahui maksud beliau itu.

Pertamanya ingin dipersoalkan, adakah imej PAS terjejas atau bertambah kuat selama berada di dalam Pakatan Rakyat? Jika benar terjejas, mengapa ianya terjejas dan siapa penyebabnya perlu diterangkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS tersebut. Sekiranya tidak terjejas atau PAS sekarang semakin diyakini oleh rakyat, perlu apa Datuk Harun Taib berkata demikian?

Memetik laporan di sini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu. Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu. "Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat"(Malaysiakini).

Apabila mendengar ucapan seperti ini, mungkin ada yang berpendapat ianya tidak berlaku di dalam PAS cuma sekadar ingatan dan nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS itu. Jika benar, nasihat itu boleh diterima secara positif walaupun mungkin ada yang memberi tafsiran sebaliknya. Mungkin Dewan Ulamak PAS juga boleh menerima jika di dalam perhimpunan parti samada PKR atau DAP ada pemimpin yang berucap agar parti tidak terlalu `meraikan' PAS.

Di dalam ucapannya itu juga, Datuk Harun Taib juga mahu PAS mengekalkan `Ulamak Haraki' di dalam saf kepimpinan tertingginya. Ada suara yang berkata ucapan ini seolah-olah ingin memberitahu perwakilan bahawa `Ulamak Haraki' mesti dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, dan yang pasti tokoh itu bukan Mohamad Sabu. Dan, semua tahu Mohamad Sabu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin dari DAP terutamanya KM P.Pinang, Lim Guan Eng. Tidak dipastikan adakah hubungan seperti ini boleh dianggap `terlalu meraikan' rakan sekutu dari PR.

Jelas, samada cara itu betul atau tidak, Ketua Dewan Ulamak PAS itu telah berkempen agar Mohamad Sabu tidak terpilih. Datuk Harun Taib bukan sahaja berucap `melukakan' rakan sekutu dari PR, tetapi turut `melukakan' hati tokoh PAS sendiri iaitu Mohamad Sabu. Saya yakin tidak semua setuju dengan ucapan yang kurang bijak itu./wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. Dewan Ulamak hendak nya memberi pandangan bukan bekempen untuk sabelah pehak.biarkan perwakilan menentukan Kemenangan TP.Dengan PKR dan DAP kita gunakan pendekatan Thaluf Siyasi. cari satu pendekatan yang tidak meyekitan hati sesama jemaah dalam pemilihan ini.Jangan bali kelu kepada perwakilan.

    BalasPadam
  2. tidak boleh disembunyikan lagi. terbukti 'geng ganu' sudah sendirian berhadkan pas atas nama 'kepimpinan ulama'! dia juga yang begitu teruja dengan 'kerajaan perpaduan' di terengganu!

    sebelum ini haron din dipetik oleh utusan malaysia bahawa gandingan hadi-nasaharudin masih mantap.

    kalian adili sendirilah taraf ulama pas yang sudah mabuk kuasa! dan inilah juga yang menganggotai majlis syura ulama?

    BalasPadam
  3. Apalah akan terjadi kepada PAS 2/3 tahun akan datang apabila tidak ada lagi ahli ahli biasa seperti kita ini kerana yang tinggal hanyalah ulama haraki. Apakah mereka akan menjadi pemerintah Islam yang unggul? Kalau benar alangkah baik nya tetapi kalau tidak berlaku amat malanglah ulamak haraki. Gagal buktikan apa apa dunia apatah lagi untuk akhirat kerana sebelum keakhirat dunialah tempat mengumpul bekalan akhirat. Dari ahli biasa.

    BalasPadam
  4. Syeikh Ahmad,
    PAS akan lebih mantap apabila ahli-ahli biasa macam kita ni sentiasa berusaha ke arah menjadi seperti ulama haraki. Ulama adalah pewaris nabi. Bukankah jejak yg patut kita ikuti adalah jejak para nabi yg seterusnya diikuti oleh sahabat, para tabiin, & ulama la yg mewarisinya dan baru sampai kepada ahli-ahli biasa macm kite ni. Menjadi pemerintah Islam yg unggul - itu kuasa Allah. Yg Allah nak lihat Usaha hamba NYA, bukan kejayaan hambaNYa. Kerana kejayaan hambaNYA, DIA yg tentukan. Berapa ramai yang syahid sebelum sempat mengecapi kemenangan di DUNIA? - Dari Ahli biasa-biasa juga

    BalasPadam
  5. kenapa tidak kita kembali kepada al kuran ynag mukin dapat memberi dalil yang khusus kenapa mad sabu harus di lantik

    BalasPadam
  6. Undertaker,
    Saya setuju dengan cadangan anda, kita guna kaedah sama, cari dalil yang khusus kenapa nasha/tuan ibrahim harus ditolak

    BalasPadam
  7. Wan, Dalam PAS ni sebenarnya Geng Ganu lah yg jadi kepala Geng Perpaduan...

    Di ketuai Haji Hadi, Harun Taib, Mustapa Ali, dan yg sewaktu dengannya...

    BalasPadam
  8. Iblis kalau dibanhdingkan dengan manusia adalah lebih berilmu dan mulia kerana mereka kenal Allah dan dijadikan dari Api. Manusia dijadikan dari tanah, tetapi Allah melaknay dan menyumbat iblis ke neraka kerana ria' dan sombong. Saya berharap ulama Pas tidak begitu. Yang penting ialah siapa yang boleh meberi sumbangan kepada dakwah islam masa kini.

    BalasPadam
  9. kadang2 perjuangan memerlukan putera2 terbaiknya terkorban untuk mencapai kejayaan...
    perjuangan PAS menentang UMNO akan lebih berkesan jika orang seperti Mat Sabu, Nizar, Salahuddin Ayub, Husam Musa menjadi tonggak PAS, kalau kita perlu kita korbankan ulama' apa salahnya, kita bukan menolak mereka... cuma memilih individu2 ini sebagai strategi... memadai Nik Aziz mewakili golongan ulama' , apa guna ulama' yang bersikap lunak kepada musuh??? (ulama' perpaduang)

    BalasPadam
  10. PADA PANDANGAN HAMBA... MAT SABU LEBIH BERKESAN UNTUK MENGGEMPUR UMNO, BARULAH AHLI BAWAHAN BERSEMANGAT... PEMIMPIN SERBA BOLEH...

    BalasPadam
  11. safarul,
    memang ulama pewaris nabi,tetapi ulama macam mana.sekaran banyak ulama dalam semak.dalam umno belambak,dalam PAS pun dah ada.
    selagi manusia bernama manusia,hasad dengki pasti ada walaupun depa di labelkan ulama.penggunaan alasan keimpinan ulama hanya satu tarikan untuk meminta supaya yang nampak CERGAS perlu ditendang keluar.
    di Kedah,berebut depa yang ada tittle ulama lobi nak jadi ahli majlis(paling kurang).ini menunjuk ulama dah jadi ular dalam semak.kalau ulama DULU memang YA tapi ulama sekarang banyak yang menyamar.

    BalasPadam
  12. Mat Sabu dan kumpulan yang tak pakai serban ni perlu ditendang keluar.Jangan bagi peluang depa berada dalam pucuk pimpinan PAS.
    DAP,PKR dan anak anak muda banyak yang sokong depa.Dan kebanyakan penyokong depa,sama macam depa,penentang cerita perpaduan Melayu PAS-UMNO ini.Kalau depa naik,susah kita nak besatu dengan UMNO ni.Paling malang kerusi 3 Menteri yang ditawarkan itu kita tak dapat.
    Kalau depa kalah lagi baguih.Ramai pengundi Cina dan India yang tertarik dengan PAS akibat "praktik tolak ansur" yang realiti diamalkan olih depa tu akan tak undi kita lagi.Jadi,jatidiri kita yang sebenar akan kita dapat semula.Orang UMNO akan berebut rebut sokong kita.Kita kisah apa dengan kerusi DUN atau MP pasai matlamat kita nak jadi macam kumpulan tabliq saja,bukan nak kuasa pun.

    Kumpulan ulama ni pula perlu kita angkat.Kita perlu pengarah dan pengarah tak semestinya depa yang berani berada dibarisan hadapan.Walaupun TGHH dan TGNA adalah ulama besar,tapi ulama yang kita nak angkat ni lebih besar dari depa.TGHH dan TGNA ulama tapi bolih terima kumpulan Mat Sabu,maknanya status ulama depa bukan macam ulama yang kita cari.
    Kita perlu ulama yang berasa diri dia sentiasa besar macam HT sewaktu ditapak kemangkatan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor dulu.

    BalasPadam
  13. Dalam seorang ulama ada kelebihan dan kekurangannya. Dalam pejuang yang bukan seorang ulamak, juga ada kelebihannya. Kembali kepada sejarah Khulafa Ar-rasyidin, walau pun ada umat Islam yang lebih alim dan tawaduk dari Khalid Al Walid, panglima perangnya tetap Khalid kerana itu kelebihannya sebagai pejuang. Dia dipilih kerana tugas yang betul untuk orang yang sesuai. Mat Sabu adalah panglima perang. Baik juga dia menjadi no 2. Kepimpinan PAS bukan macam UMNO atau yang lain-lain. One Man Gang. Dewan Syura berfungsi dengan baik setakat ini. Jangan baca fitnah dari pihak lawan kerana itu memang kerja musuh untuk menimbulkan syak wasangka dan melemahkan semangat lawan.

    BalasPadam
  14. sapa pun yag dipilih kita tetap sokong asalkan ia beristiqamah dengan dasar islam.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini