RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 2 Jun 2011

MUKTAMAR PAS - KERAJAAN PERPADUAN DAN ANWAR BERLEGAR LAGI?

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT bersidang kepada semua perwakilan PAS di dalam Muktamar PAS Ke 57 yang akan bermula pada 03 Jun sehingga 05 Jun ini. Muktamar Dewan Pemuda dan Muslimat PAS telah pun bermula malam tadi sehingga hari ini dan esok Ucapan Dasar Presiden PAS bertempat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar sebagai tempat Muktamar PAS tahun ini.

Sesibuk mana pun pemimpin dan perwakilan, nampaknya media pencacai seperti Utusan Meloya lagi sibuk seolah-olah yang bermuktamar itu adalah parti yang menjadi `tokeh' kepada akhbar mereka. Mengapa mereka tertarik sangat dengan Muktamar PAS ini? Tidak lagi menjadi rahsia, jika akhbar berlidah syaitan ini begitu mengikuti perkembangan Muktamar PAS sehinggakan cuba mencatur siapa pemimpin di dalam PAS yang patut dipilih, ini menunjukkan PAS amat hebat pada pandangan mereka. Memang PAS sekarang begitu hebat dan bersedia untuk mengganti Umno pada bila-bila masa sahaja.

Maka, akhbar yang sudah bankrap ini pun mengulas tentang jawatan Timbalan Presiden PAS yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara penyandang Us Nasha, pencabarnya Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu. Media ini mencongak bahawa di dalam ketiga-tiga tokoh tersebut terdapat tokoh yang pro Anwar dan tokoh yang pro Ulamak. Akhbar yang tidak pernah berniat baik terhadap PAS ini tentunya mahu melihat tokoh `tidak pro Anwar' akan terpilih. Siapa tokoh pilihan Utusan Meloya?

Apakah jika Us Nasha berjaya mengekalkan jawatannya maka Umno boleh selesa? Umno akan menjadi lebih `kecut' sekiranya Mohamad Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS? Atau, masih ada ruang untuk Umno dan PAS duduk `satu kelambu' jika Us Datuk Tuan Ibrahim berjaya kali ini? Sebenarnya, sesiapa pun yang terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS kali ini hakikatnya nama Umno sudah tiada lagi di hati PAS. Apabila PAS mengistiharkan `PAS Ganti Umno', maka secara automatik Umno perlu melupakan hasrat untuk bergabung atau menubuhkan `Kerajaan Perpaduan' dengan PAS.

Saya melihat pemilihan kali ini tidak seperti pemilihan yang lalu. Kali ini Muktamar PAS tidak dibelenggu dengan persoalan siapa pemimpin yang ingin kepada `Kerajaan Perpaduan'. Memang banyak blog yang masih bermain dengan isu lapok ini tetapi pada saya ianya tidak lebih dari satu strategi kempen mereka terhadap seseorang tokoh. Akhirnya yang menentukan pemimpin PAS adalah perwakilan sendiri yang sudah bijak menilai.

Secara peribadi, sokongan saya terhadap Us Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS adalah kerana Pesuruhjaya PAS Pahang ini sememangnya lebih layak memikul amanah dan lebih banyak kelebihan daripada pesaingnya. Tiada siapa yang boleh buktikan bahawa tokoh ini pro kepada `Kerajaan Perpaduan' atau `anti Anwar'. Begitu juga dengan Muhamad Sabu yang lebih `vokal' menentang Umno, mana mungkin beliau redha dengan `Kerajaan Perpaduan'.

Kelebihan Us Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah dari segi ilmu agama yang ada padanya. Beliau juga hebat berpidato dengan ucapan yang `berisi' sepertimana bertuahnya mereka yang dapat mendengar ucapan Tuan Guru Nik Aziz. Muhammad Sabu pula banyak kelebihan dari yang lain kerana beliau lebih `radikal dan vokal' dalam perjuangannya. Sebab itu, saya amat berharap Muhamad Sabu boleh berada di sisi Presiden PAS seandainya tiada rezeki buat Us Datuk Tuan Ibrahim.

Sesiapa pun yang disokong, Umno usah bermimpi untuk melihat PAS akan `masuk lubang' untuk kali kedua. Umno tidak boleh mengandaikan si Polan dan si Polan itu pro atau anti Anwar kerana bagi PAS menyokong Anwar bukan kerana peribadinya tetapi hukum yang digunapakai oleh PAS adalah Al-Quran. Apabila Al-Quran mengutuk kerja fitnah dan mengaibkan sesama manusia apatah lagi dengan tuduhan zina dan liwat, maka PAS mematuhi hukum ini.

Teringat saya ucapan Us Datuk Tuan Ibrahim sewaktu Muqasid Syariah di Kuantan dan juga ceramah di Kerdau baru-baru ini, beliau memperincikan tentang hukum menuduh seseorang itu dengan zina/liwat dan juga kaedah bersumpah menurut Islam. Apakah ini bererti Us Datuk Tuan Ibrahim boleh dikatakan `pro Anwar'?

Sekiranya sebaliknya berlaku, jika beliau meminta Anwar bersumpah laknat atau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kerana fitnah itu, lojik juga dikatakan bahawa beliau adalah `anti Anwar' dan `pro Kerajaan Perpaduan'. Bukankah yang tetgila-gilakan `Kerajaan Perpaduan' ini sedang sibuk menyebar video seks sehingga ke depan pintu masjid sekarang ini?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan