RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 13 Jun 2011

NASIB NELAYAN MOGOK DAPAT SIMPATI PKR KUANTAN

PEMIMPIN PKR BERSAMA NELAYAN YANG MOGOK DI KUANTAN

Akhbar Sinar hari ini melaporkan lebih kurang 1,000 pemilik bot, nelayan dan peniaga ikan telah melakukan mogok tidak keluar ke laut selama 3 hari bermula semalam. Mogok tersebut diadakan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan.


Sekitar pertemuan Dato' Fauzi bersama kumpulan nelayan di jeti LKIM Kuantan

Mereka terpaksa mengadakan mogok kerana ingin menunjukkan rasa kekecewaan di atas tindakan kerajaan menarik subsidi harga diesel sehinggakan mereka kini terpaksa membeli diesel dengan harga RM 1.80 se liter bagi bot pukat tunda C2 yang berkuatkuasa bulan ini.

Kekecewaan mereka turut dikongsi oleh Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang mewakili MP Kuantan YB Fuziah Salleh yang telah turun menemui sekumpulan nelayan tersebut pagi ini (12 Jun) dan mendengar sendiri keluhan golongan tersebut. Meskipun awal kedatangan Dato' Fauzi iaitu bekas MP Kuantan dan Adun Beserah sewaktu di dalam Umno itu cuba dihalang oleh salah seorang AJK Persatuan Nelayan Kuantan, namun majoriti dari mereka bersedia menerima kehadiran Pengerusi Keadilan Pahang ini.

Dato' Fauzi turut melahirkan rasa simpati di atas nasib yang mereka alami. Beliau juga telah menceritakan bagaimana beliau sewaktu di dalam Umno dan juga MP Kuantan turut terlibat menubuhkan LKIM di Kuantan. Bagaimana sebagai ahli Umno yang setia dan menjadi ahli persatuan ada di antara mereka tidak mempunyai bot sendiri, katanya.

Hakikatnya, langkah kerajaan menaikkan harga minyak sememangnya menyusahkan semua pihak. Penarikan balik subsidi minyak ke atas bot nelayan dan juga lori-lori pengangkutan memperlihatkan wajah sebenar kununnya kerajaan kebajikan berkonsep `rakyat didahulukan' oleh Umno/Bn.

Tiada pilihan lain, rakyat mesti bangun menumbangkan kerajaan Bn dan bersama-sama kita merasai suasana baru di bawah kerajaan Pakatan Rakyat di negara tercinta ini./pkrpahang

1 ulasan:

  1. bangang jgk umno ni kempen.org mntk tolong die tros terang xnk tolong.siap ugut ag.da PR dtg,mst le diorg sokong PR.pastu da kalah wat mcm2 video blue ngan mee segera.bez ke wat cmtu??


    Ni best bro!!!
    Jawapan Untuk SKMM Kerana Menutup Site Sharing File

    Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

    BalasPadam