RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 13 Jun 2011

TULANG BESI JANGAN JALANKAN TUGAS MEDIA PENCACAI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN pimpinan di dalam PAS telah berakhir, dan ahli-ahli PAS diarahkan untuk menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang. Namun, masih ada yang mahu bercakap dan ingin menjadi `batu api' untuk melepaskan dendam dan geram kepada puak yang mereka tidak berkenan.

Membaca tulisan Tulang Besi di sini, saya tidak nampak beliau ingin melihat PAS berada di dalam keadaan harmoni. Kekalahan Us Nasha dan Tuan Ibrahim di dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS digunakan oleh Tulang Besi semahu-mahunya. Beliau menggunakan perkataan `dari sumber-sumber' untuk menunjukkan bahawa Us Nasha gembira apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tewas. Sikap untuk melaga-lagakan Us Nasha dan Tuan Ibrahim adalah salah satu sifat yang ada pada Pengarang Utusan Meloya atau TV 3 suku. Tulang Besi memainkan peranan ini.

Kekalahan Dr Hasan Ali juga menjadi modal besar buat Tulang Besi membalas dendamnya. Apabila perwakilan PAS telah membuat pilihan, kita perlu akur dengan siapa jua yang menang tetapi jangan kita cuba melaga-lagakan pula yang telah tewas. Saya juga mulanya menyokong Mat Sabu, tetapi apabila Us Tuan Ibrahim tawarkan diri saya beralih sokongan kepada beliau. Akhirnya, perwakilan memilih Mat Sabu. Itu biasa di dalam demokrasi seperti ini. Kita terima dan akur dengan pemilihan.

Mengapa perlu kita `lanyak' orang yang sudah tewas? Apatah lagi melaga-lagakan mereka? Bukankah mereka di antara pemimpin di dalam parti ini? Tidakkah terasa di sanubari Tulang Besi perasaan Us Nasha dan Us Tuan Ibrahim dengan apa yang beliau tuliskan itu? Mengapa perlu dikaitkan dengan Us Dr Haron Din?

Saya tahu, isu `Kerajaan Perpaduan' menjadi punca Tulang Besi melakukan tuduhan demi tuduhan seperti ini. Memang benar, isu ini melanda PAS beberapa tahun dahulu, tapi PAS telah memadamkan isu ini dan perwakilan telah pun memahami isu ini. Mengapa perlu dinyalakan api yang telah padam? Bukankah itu kerja media pencacai Umno?

Cukuplah Tulang Besi, terimalah hakikat bahawa semua ahli PAS tidak mahu pecah belah berlaku di dalam PAS. Mereka mahu PAS bersatu untuk tumbangkan Umno. Semua pemimpin yang tewas di dalam pemilihan ini menerima takdir yang ditetapkan untuk mereka, mengapa perlu kita mengada-adakan cerita seburuk ini?/wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. suatu ketika seolah-olah menyokong dan pada ketika yang lain memberi ruang kepada musuh untuk menyerang.Adakah manusi seperti ini harus dipercayai?Maaf secara peribadi memang saya TIDAK PERCAYA dengan karektor sebegini.TIADA PRINSIP!

    BalasPadam
  2. bagi aku perhimpunan bersih akan dibuat secara aman sama mcm kita anjur larian beramai2 kat kelantan tu...atau kat dataran merdeka dulu...tapi kalau dah perkasa mula nak tunjuk samseng,so jgn la kita nak buat takut2 pula sbb yg naik gila pastinya geng2 perkasa bodoh tu,so geng2 bersih ni terpaksa pertahankan diri...pemimpin mcm mana tak boleh nak pikir hal ni...yg pasti aku nak ibrahim katak yg jadi kepala..biar geng2 bersih kumpul ramai2 bg henjut skit jantung dia yg tak berapa nak kuat tu...biar dia cepat semput...dan doakan agar dia sedar diri sikit amin...

    BalasPadam
  3. salam,
    Terimakasih tuan blog, saya berbangga kerana ada keikhlasan anda dalam berpolitik dan berbicara dalam alam siber, dan untuk pengetahuan semua Rahman Talib a.k.a tulang besi adalh ahli PAS tapi tak bayar yuran. Dan beliau amat memusuhi U nasha,hassan ali,cikgu pa dan beberapa orang lagi pimpinan PAS. Kalaulah Rahman Talib ini benar2 orang yang berjuang dalam PAS, beliau tidak akan sekali-kali melontarkan pendapat yang saya kira melampau.Bukan pimpinan tidak boleh dikritik tapi gunakan saluran yang betul, bukannya di publish pada public,inin seolah-olah memecahbelahkan, sedangkan kita dah bersiap sedia untuk PRU 13. Apakah yang Rahman hendak sebenarnya? Apa yang dia dapat? Semakin banyak tulisan merapu dia, semakin kuat telahan yang R%ahman ini sebenarnya agen UMNO. Saya berdoa kepada Allah, semoga Rahman sedar akan keterlnjuran beliau, dan semoga Allah mengampuni beliau.

    BalasPadam
  4. sekarang ni siapa yang salah dan siapa yang betul?

    BalasPadam