TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Selasa, 11 Oktober 2011

TAN SRI KHALID PENTADBIR YANG BAGUS, MUNGKIN LEMAH SEBAGAI ORANG POLITIK?

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU pertukaran MB Selangor yang hangat diperkatakan kini sudah jelas di mana Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim secara tegas menyebut bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberi mandat penuh oleh parti untuk meneruskan amanahnya sebagai MB Selangor. Baca di sini, dan saya telah ulas isu tersebut sebelum itu di sini.

Saya menyokong penuh kenyataan DS Anwar bahawa dibenarkan ada pendapat, teguran mahu pun kritikan terhadap sesiapa sahaja pimpinan parti hatta terhadap Ketua Umum mahu pun Presiden parti sendiri. Namun, perlu diingat kita mempunyai akhlak dan disiplin untuk menegur seseorang pemimpin dan apa yang penting keputusan parti mestilah dihormati.

Seperti yang saya sebut di dalam artikel saya sebelum ini berkaitan isu tersebut, kita perlu tolak pemimpin yang korup, malas bekerja, mempunyai moral yang rendah dan melakukan penyelewengan. Jangan jadikan suatu hujah atau asas untuk menolak seseorang pemimpin semata-mata tidak sehaluan dengan pandangan kita atau pun mempunyai sedikit kelemahan di dalam pentadbiran. Apakah kelemahan pemimpin itu lebih banyak dari kekuatan dan ketelusannya memimpin?

Kebijaksanaan DS Anwar dan Presiden Parti, DS Wan Azizah menangani isu ini sudah tentu melegakan kita. Bukan sekali ini Tan Sri Khalid diminta untuk meninggalkan kerusi MB Selangor, malahan semenjak beberapa tahun dahulu lagi. Malangnya, hujah mereka yang mahukan beliau meletakkan jawatan atau disingkir dari menjadi MB Selangor tidak kukuh dan amat remeh sekali.

Secara peribadi, saya sendiri lebih senang sekiranya YB Azmin dilantik sebagai MB Selangor kerana beliau lebih lama dan teruji dari segi politik daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. Namun, apakah YB Azmin teruji sebagai pentadbir? Dan paling penting, apakah Negeri Selangor sekarang kurang baik dari Negeri Selangor sewaktu berada di bawah Umno/Bn? Jika kita gagal buktikan kelemahan pentadbiran Negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid, mengapa perlu tokoh lain mahu diangkat?

Saya setuju bahawa Tan Sri Khalid memang tegas orangnya. Beliau ikhlas untuk membangunkan Negeri selangor dan bercita-cita besar untuk merakyatkan Negeri Selangor. Kadangkala ketegasan beliau sehingga beliau lupa bahawa beliau adalah orang politik yang diangkat ke situ melalui kuasa politik. Mungkin itulah kelemahan Tan Sri Khalid kerana beliau tidak matang di dalam politik. Namun begitu, alasan itu tidak cukup untuk dijadikan asas atau hujah untuk menurunkan beliau. Tidak matang berpolitik bukan suatu kesalahan besar sebagai pentadbir negeri, ianya boleh diatasi melalui pengalaman beliau nanti.

Cuma, Tan Sri Khalid harus ingat tiada gunanya kita memerintah sesebuah negeri yang maju tetapi parti kita mundur. Justeru itu, beliau harus selalu diingatkan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab besar bukan sahaja untuk memajukan negeri tetapi juga membantu parti beliau dan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat yang selama ini telah bekerja kuat untuk mendapatkan Negeri Selangor itu./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. i support khalid ibrahim as MB of selangor.

    it doesn't matter if he is not good in politic...as long as he can manage selangor like today.

    its useless to have a famous talented ADUN to become MB that only know about politic but lack in ideas about managing state or country...which eventually will likely to end up just listening to stupid advisers around him that will only advise to give tender and tender to cronies...ahaks

    BalasPadam
  2. teruskan keje baik mb tan sri...perintah selangor..??

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini