RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 12 Oktober 2011

TIADA SEBAB TAN SRI KHALID PERLU BERUNDUR - AZMIN (VIDEO)



Oleh: WFAUZDIN NS

SUATU keputusan yang jelas, tepat dan bijak sekali apabila PKR serta Pakatan Rakyat Selangor terus mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Tiada sebab untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid dan isu ini bukan isu baru sepertimana yang disebut oleh YB Azmin Ali.

Isu ini dimainkan oleh portal dan blog pro Umno kerana mereka kehabisan modal untuk mencari jalan menghancurkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Jika benar ada beberapa tokoh PKR atau dari Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan Tan Sri Khalid, ianya tidaklah sampai kepada meminta beliau mengundurkan diri dari kerusi MB Selangor. Apa yang benarnya, pihak yang tidak senang dengan ketelusan dan kebijaksanaan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor adalah pihak Umno di Selangor. Bagi mereka, selagi Tan Sri Khalid berada di kerusi MB Selangor, maka amat sukar bagi Umno meletakkan calon MB mereka yang boleh mengatasi MB Selangor sekarang.

Jika kehebatan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan amat digeruni oleh Umno Kelantan, begitu juga dengan hebatnya Tan Sri Khalid di Selangor. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. "assalamualaikum kepada abg yusof tapa {yusof tapa ialah ketua ranting kg batu}
    dan ketau ketua bendera yang lain.Tolong simpan bendera masing masing yg berada di tempat awan, jalan awam dan pintu gerbang jkk kg batu. selagi umnomemerentah di jkkk kg batu, tolong jangan pasang di tempat awam bendera dan poster lebih dari 24 jam.tolong jangan nak berlagak di jkkk kami selagi kami selagi kami memegang teraju politik. anak anak buah sya dah tak tahan lagi dengan tindak dari pihak dan kuncu kuncu. tindak kan segera dari abang dan kuncu kuncudapat mengelak kan pergaduhan antara kita adik beradik dan sanak saudara. maaf bang kalau nak pasang bendera paroi atau tanah individu masing. tapi jangan lokasi awamdi kg batu.pihak saya beri tempoh sampai malam ini saja, pago besuk kalau pihak abang tak dapat saya pihak saya akan turun kan bendera itu. sekian harap maklum. wassalam. yg ikhlas Yahya Idris ,
    sk Hj Ishak- PAS
    DAP tiada tuan.
    Pengerusi JKKK Kg Batu
    Ketua Wanita Umngok Kg Batu
    Ketua Pemuda Umngok Kg Batu
    dan Polis FRU

    BalasPadam
  2. Saya Sokong.....jahanam le Selangor

    BalasPadam
  3. petikan ucapan "...pandangan dari anggota parti kita raikan..."

    BalasPadam