RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 1 November 2011

APA JASA DATUK NALLA DAPAT SENATOR? PEMIMPIN UMNO BAWAHAN PATUT MUHASABAH DIRI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM negara di bawah pemerintahan Umno/Bn ini nampaknya tidak sukar untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat bahkan untuk menjadi Menteri. Tanpa bertanding di dalam Pilihanraya dan tanpa berbuat jasa kepada rakyat dan negara, sesiapa pun boleh mendapat kedudukan seperti itu dengan hanya menjadi `pengampu' dan `pencacai' kerajaan.

Jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya seperti Wakil Rakyat. Lojiknya sesiapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Tetapi di bawah Kerajaan Umno/Bn, sesiapa pun boleh berada di kedudukan itu asalkan sanggup menjadi `pencacai dan pengampu' nombor Wahid. Contohnya, apa jasa Ezam sesumpah? Apa jasa Jamil Khir Baharom? Dan, terbaru Datuk Nalla.

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok (Malaysiakini). Kita lebih mengenali beliau sebagai taukeh judi dan suka menyebarkan cerita fitnah memburukkan DS Anwar. Ezam sesumpah juga begitu, semenjak keluar dari GERAK iaitu NGO yang kononnya menentang amalan rasuah, akhirnya Ezam sesumpah bergelumang dengan parti yang penuh dengan rasuah. Selepas `bermazhabkan' Umno, Ezam sesumpah menjadi pencacai dengan memburukkan peribadi DS Anwar. Maka, layaklah dia menjadi Senator.

Jalan singkat yang dilalui oleh Ezam sesumpah menjadi ikutan Datuk Nalla. Maka, beliau berhasil mencapainya. Kesilapan pemimpin-pemimpin Umno bawahan yang begitu lama berjasa pada parti dan ada yang bekerja kuat membela rakyat di kawasannya namun tidak berpeluang menjadi calon Pilihanraya, mereka ini tidak pandai untuk memburukkan DS Anwar. Kerana `jahil' untuk memburukkan DS Anwar, mereka tidak layak untuk menjadi Senator.

Simpati juga kita kepada ramai pemimpin Umno bawahan yang begitu setia dengan parti tetapi tidak layak untuk diangkat sebagai Senator. Zul Kulim pun bertuah kerana mendapat gelaran Dato' dari Istana walaupun tidak mendapat Senator. Jasa Zul Kulim? Tentunya semua tahu.

Saya menasihatkan elok benarlah pemimpin-pemimpin Umno yang merasakan `terbuang' itu bermuhasabah diri dan bersama Pakatan Rakyat demi rakyat. Masakan mereka sanggup melihat seorang demi seorang diberi `anugerah' berbagai-bagai hanya jasa mereka mengampu dan mencacai, sedangkan perjuangan pemimpin Umno bawahan yang setia kepada parti terus diperlekehkan. Sudah tentu KJ, Ketua Pemuda Umno bersetuju dengan pendapat saya./wfauzdin.blogspot.com

19 ulasan:

  1. ramai jugak YB pakatan yang tabbur fitnah jadi wakil rakyat. apa sumbangan diorang ? komen biar ada otak saudara.

    BalasPadam
  2. wakil rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya... senator dipilih oleh siapa?

    BalasPadam
  3. dino.yp...orang yang komen bukan setakat ada otak tapi ada ilmu...anda yang sokong membabi buta kepada UMPORNO patut berfikir secara waras sebagai orang berilmu. Kalau ada otak macam anda tapi otak kemetot...tak guna...

    BalasPadam
  4. dino,bahasa yg digunakan sekadar menyerlahkan tahap pemikiran anda. elok fikir dulu sebelum berkata-kata. saudara wan hanya menzahirkan pendapatnya. chalange him with your facts, bukannya perasaan. guna akal yg Allah berikan dgn seelok-eloknya.

    BalasPadam
  5. dino,hang memang jenis bangang,otak letak kat lutut,mulut letak kat bontot,telinga letak kat kemaluan,hidung letak kat kepala,perut letak kat kepala....umno porno.

    BalasPadam
  6. Mai pakat kita pi suruh Anwar "hantam" sama kita punya..lepas tu kita hentam Anwar habis-habisan...isytihar keluar la apa-apa pun... gerenti lepas tu kita akan jadi OKB bukan orang kayu baru..tp Orang Kuat Bodek.. kipasla kuat2 dapat la ala-ala latuk, SENator n bla..bla..

    BalasPadam
  7. PARTI MANA LAGI JIKA TIDAK UMPORNO@APCO LANTIK SEGALA MACAM BALA JADI MENTERI,SENATOR DAN SEBAGAINYA HANYA KERANA PANDAI BODEK,DARI PEROGOL,PEMABUK,PERABA,PENZINA,PEMFITNAH,PENIPU,PENYELEWENG,PENGKHIANAT,PERKAUMAN,SAMPAI PADA MUNGKIN PEMBUNUH ADA DALAM PARTI ARUS JAHILIAH SEKUTU APCO ! HANYA LEMBU PAWAH DICUCUK HIDUNG DAN MELAYU BUTA MATA DAN HATI SAHAJA AKAN SOKONG UMNO@APCO-BN ! ALLAHU AKHBAR !

    BalasPadam
  8. najib/rosmah dan gerombolan united malays no otak akan beri pangkat pada sapa2 yang sanggup buat kerja fitnah dan maki hamun pemimpin2 pr terutama dsai.apa jasa ezam,nalla kalau tidak sebagai perkakas/pecacai angkat najis najb/rosmah!kesian dengan ahli2 totok united malays no otak jadi pencacai sampai ke mampos!!!!

    BalasPadam
  9. anwar naik haji kali terakhir bila ye.?

    BalasPadam
  10. Untuk jawab soalan tajuk ni,senang aje.Jasa Nalla hanya sekadar memfitnah DSAI.Itu aje.UMNO begitu bankrap hingga manusia jenis Nalla ini pun sudah cukup untuk diberi "hadiah".Padan muka ahli-ahli UMNO kad kampong dan kad FELDA tu,bermati-matian sokong UMNO akhirnya Nalla Thamby dapat jadi Senator.

    BalasPadam
  11. yg bangang, yg bingai, yg bodoh, yg takde otak, yg bahalol adalah hak mutlak penyokong kerajaan. yg bagus2 pulak adalah hak milik penyokong pakatan. begitu bagusnya bahasa rasmi penyokong pakatan, ye tak. bahasa halus la katakan. menulis pakai emosi dan tak pakai otak tu kira ada otak jugak ke? teruskan & gudlak...

    BalasPadam
  12. Sepol...giliran anda tak lama lagiii.. itupun kalau sempat budak bangla,myanmar,kemboja,nepal dan indon sempat ditranformasikan jadi pengundi berdaftar,merasa lah jadi senator sepol...hi!hi! Tahniah awal ye...

    BalasPadam
  13. sejak bila juak2 PR pandai guna otak ? fakta depan mata pun tak boleh kata fitnah . dah tengok filem china doll! buka mata dan buka minda! kurangkan ceramah dan mula buat kerja! kalau orang panggil bodoh marah!

    p/s : aku bukan orang UMNO!

    BalasPadam
  14. Fakta depan mata?.. mata anda yang bingai dino.. video banyak kesangsian dan persoalan dijadikan bukti? Polis sendiri tak berani mendakwa sipelaku sedangkan polis mendakwa dah kenal pasti.. Nak bangkit isu video bodoh macam tu.. heeee.. anda yang tidak berotak menuduh orang lain bingai macam anda..heee

    BalasPadam
  15. dino tak lama lagi dapat senator gila babi yeh?

    BalasPadam
  16. oooo...kat sini tempat berkumpulnya puak2 talibangg.

    BalasPadam
  17. anak nik ajis marah bila asri panggil puak2 pas serupa taalibang....hahahaha. teruk sgt ke talibang? setahu aku pas tak serupa langsung talibang, selupa itu komunis ada laaaa....
    bukan komunis china atau rusia, tapi komunis korea utara yg suka makan biawak.

    BalasPadam
  18. ini blog yg dipunyai oleh lembu jantan yg telah disenyawakan oleh babi betina pd 9/7 yg lalu.

    BalasPadam
  19. Jgn.lah menggunakan kata2 yang kesat...nak komen ,komenlah menggunakan akal ya tak Dino.yp,berhujjah pun berhujjahlah,dari sini kita dapat menilai sesuatu yang berfaedah ..Penan

    BalasPadam