MASA untuk turun padang. Aku telah banyak menulis berkaitan isu-isu politik samada di dalam Blog, akhbar Suara Keadilan atau Harakah, juga banyak memberi komen di dalam Face Book. Semua itu untuk menentukan agar Umno cepat ke liang lahad.
Tapi, ianya dirasakan tidak mencukupi. Mana yang termampu boleh kita lakukan dan jika berpeluang melakukan lebih dari itu, apalah salahnya kita lakukan asalkan memberi kebaikan kepada perjuangan ini. Sebelum ini, sudah ramai Blogger yang tampil di pentas ceramah, mereka juga terus menulis dan bercakap. Semuanya itu tidak lain tidak bukan hanya untuk membantu mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn. Itu sahaja.
Tiada niat untuk mencari pengaruh peribadi, jauh sekali untuk mencari `glamour'. Menyedari terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri ini, tidak mungkin untuk bermimpi sejauh itu. Lebih-lebih lagi perjuangan kita semua bukan untuk mencari pengaruh peribadi atau glamour. Jika glamour yang mahu dicari, buat apa aku berhenti dari menjadi DJ Radio di Manis FM iaitu sebuah Stesyen Radio Swasta di Pantai Timur? Dulu, aku bertugas di konti radio tersebut yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan dan kini telahpun berpindah ke Kuala Terengganu. Dulu, Stesyen Radio ini milik bekas tokoh Umno iaitu Tan Sri Hussein Ahmad. Ketika itu, Stesyen Radio ini sering menampilkan tokoh-tokoh PAS Kelantan di dalam rancangan Tazkirah Ramadhan.
Kini tidak lagi. Manis FM telah menjadi milik orang kuat Umno Terengganu. Dengar khabarnya milik Perbadanan MB Terengganu. Maka, memang tepat lah aku awal-awal lagi keluar dari Manis FM kerana jiwa politik aku tidak sehaluan dengan Umno. Selepas itu, aku dipanggil temuduga pula oleh RTM sebagai DJ Radio di bawah RTM. Sekali lagi, aku memikirkan jiwa aku bukan jiwa RTM, lidah rasmi yang sering membawa propaganda untuk memburukkan Pembangkang. Jika mahu glamour, mungkin di situ lah tempat yang aku harus ada sekarang.
Akhirnya, aku beranikan diri bersama rakan-rakan yang lain berada di dalam Keadilan. Sebenarnya sewaktu aku berkhidmat di dalam Tentera lagi, sejurus pemecatan DS Anwar dari Kerajaan dan Umno jiwa aku bersama Keadilan. Tidak mudah, aku pernah beberapa kali dipanggil mengadap Cawangan Perisikan Khas Tentera kerana ada laporan yang kononnya aku terlibat secara langsung di dalam politik Pembangkang. Alhamdulillah, rezeki Allah kurniakan akhirnya aku berjaya menamatkan perkhidmatan selama 22 tahun.
Adakah aku tidak mengenang jasa Kerajaan? Jawapannya sudah tentu. Oleh kerana mengenangkan jasa Kerajaan lah aku berada bersama Keadilan kerana hanya Keadilan dan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh menyelamatkan negara ini. Aku cuba untuk membalas jasa Kerajaan dengan cara bersama Pakatan Rakyat membela nasib rakyat di negara ini. Membalas jasa Kerajaan bukan dengan cara menghancurkan negara.
Malam ini, InsyaAllah, aku tampil dengan pendekatan berbeza. Aku diberikan ruang untuk tampil di dalam program Ceramah di Jenderak Utara. Sudah tentu, sebagai bekas tentera, isu tentera akan cuba aku kupas malam nanti. Semoga usaha yang teramat sedikit ini boleh digarap bersama rakan-rakan yang lain untuk menguburkan Umno/Bn secepat mungkin, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
Alhamdulillah, Wan, kami alu-alukan Sdr di Felda Jenderak Utara malam ni. Sebelum ke Jenderak Utara sila singgah di Pejabat PKR Kuala Krau, jam 7.00 mlm, makan beramai-ramai, masak tempoyak ikan patin, kemudian kita ramai-ramai bersolat Maghrib di Masjid Kuala Krau sebelum ke Jenderak Utara.
BalasPadamsyabas Din! Teruskan perjuangan untuk menegak keadilan.Bukan untuk diri sendiri tapi........untuk rakyak Malaysia yg mahu negara GAH.Ramai yg jdi LEMBU suruhan......demi sesuap nasi.Lakukan yg terbaik dn termampu
BalasPadamterbaiknya...bila agaknya datang chini .....
BalasPadamalhamdulillah. wan u r right. teruskan perjuangan anda. semoga Allah merestui perjuangan anda.
BalasPadamsedih betul dngar cte penulis ni..moga2 ALLAH bg kecerdasan n kesihatan pada saudara untuk terus menghancurka rejim yg zalim..
BalasPadamsyabas staff...
BalasPadamLamo dah den nanti ko berbicara live. Tahniah bro
BalasPadam