SEMALAM kita dapat berita, seorang Hakim bernama Ariffin Jaka telah meninggal dunia. Ertinya, tiada sesiapa pun boleh menungkat langit dan berlagak sombong semasa di dunia ini.
Ariffin Jaka kini telah mengadap Allah S.W.T yang telah menciptanya, sebagaimana semua makhluk di dunia dan yang berada di mana-mana planet cakrawala sekalipun semuanya Allah yang menjadikannya. Bezanya, sebagai seorang manusia wajib kita diadili oleh Allah S.W.T di Akhir Zaman nanti. Bahkan, sewaktu kita hampir-hampir hujung nyawa (Nazak) pun kita telah diberi bayangan oleh Allah S.W.T ke mana kita akan di tempatkan nanti.
Walaupun tiga kali pertuduhan dipinda, keterangan Azizan Abu Bakar dikatakan kukuh `sekukuh Gunung Gibralta" |
Ariffin Jaka kini sedang diadili di alam Barzakh. Jika sewaktu beliau bernyawa, beliau adalah Hakim yang sering disebut `Yang Arif'. Beliau terkenal dan `glamour' apabila beliau terlibat di dalam perbicaraan fitnah 1 DS Anwar Ibrahim. Sebelum itu, Mokhtar Abdullah Peguam Negara yang banyak berfungsi di dalam kes yang sama telah menemui ajalnya. Hakim Augustine Paul juga begitu. Masing-masing kini sedang diadili kecuali Augustine Paul sebab beliau bukan Islam dan tidak perlu lagi kepada pengadilan Allah kerana tempat bagi orang-orang Kafir sudah ditetapkan.
Mokhtar Abdullah mati di dalam keadaan koma, Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar. Dr Qristina yang menjadi salah seorang saksi Pendakwa juga mati.
Ariffin Jaka dan kita semua akan melihat sendiri bagaimana keadilan Allah terhadap kita apabila kita dikumpulkan di Padang Mahsyar. Pada ketika itu, kita akan melihat sendiri adakah para-para Hakim `Yang Arif' serta Peguam-Peguam yang hebat ini mampu berhujah atau memutarbelit di hadapan Rabbul Jalil?
Kepada Hakim yang sedang mengadili kes Fitnah II DS Anwar sekarang seharusnya muhasabah diri dengan menjadikan kematian Ariffin Jaka ini sebagai iktibar. Begitu juga pihak Pendakwa dan Peguam Negara sekarang. Jangan fikir kita mahu menungkat langit sehingga bila-bila. Seandainya diberi peluang, Peguam Mokhtar Abdullah, Khalid Jafri, Dr Qristina dan Ariffin Jaka bahkan semua yang telah menemui Maha Penciptanya mahu diberi peluang kembali untuk hidup semula agar dapat melakukan amal ibadat yang banyak kepada Allah dan tidak akan berlaku zalim lagi. Tapi, apakan daya.../wfauzdin.blogspot.com
Sempat mengucap atau tidak erk?
BalasPadamSalah satu peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW
BalasPadammelihat para PENGUASAx(pemimpinx), HAKIMX DAN
POLISx menjadi PENGHUNI NERAKA JAHANAM.
Wallahua'lam.Harap ada parax ustaz yang dapat
menghuraikan peristiwa ini.
Yang Arif tiada lagi.
BalasPadamSegala gala nya sudah terlambat hanya ALLAH yang maha mengetahui. Maka berfikir lah supaya kita selamat dunia dan akhirat.
yalah mereke tu dah meninggal dunia. tetapi mengapa? apa peliknya? tn sengaja nak kaitkan mereka meninggal kerana terlibat dengan kes anwar?
BalasPadamfikir dulu! bagi saya pula tidak ada apa yg ganjilnya, sampai masa mereka pergi. lepas ni giliran tn pula. jangan kaitkan kematian mereka dengan anwar, saya bimbang tn jadi syirik!
Mereka tu mati memanglah bukan sebab kes anwar... faham sikit jalan cerita. Tapi ia adalah pengajaran untuk sesiapa saja yang angkuh atau sombong memang tak kemana pun,tetap akan mati juga. Jadi kalau semua akan mati maka berjaga-jagalah dalam setiap tindakan tak kiralah hakim ka,peguam negara ka,wartawan ka,polis ka,saksi ka...buat kerja kena ingat nak mati...jangan menyesal sesudah mati sebab tak ada gunanya lagi
BalasPadamDepa yg dh meninggal tu ada bgtahu ke yang depa menyesal sekarang? Merepek tahap gaban la hangpa nie..
BalasPadamtp kepala konspirasi besar Tun Mahathir masih sihat walafiat......
BalasPadamsmoga Mahathir panjang umur sebab rakyat Malaysia tak sabar nak tgk live Mahathir dibicarakan lepas PR tawan Putrajaya....
Mahathir harus dibawa kemuka pengadilan.....reformasi !
Peringatan kepada Mahathir dan si Umi kedua-dua masih ghairah mengata dan memfitnah di tanah air.
BalasPadamJuga menunggu UMNO/BN dikafankan di PRU 13 nanti.
Walaupun kematian mereka yang dinyatakan tidak ada kaitan dengan anwar, sekurang-kurangnya yang masih hidup dan ada peranan yang sama, berhuhasabah diri la.
BalasPadamKah3...
BalasPadamTahniah kepada Ariffin Jaka kerana kau mampos jugak akhirnya..!!!!
Kuburpun nangis terima si Ariffin Jaka ni....
BalasPadamLahanat punya manusia..
SEMUANYA YANG BERLAKU ITU ADALAH IKTIBAR BAGI KITA SEMUA YANG MASIH DIBERI KESEMPATAN UNTUK HIDUP.
BalasPadamApa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan, apa yang kamu fitnahkan, apa yang kamu adilkan dan apa yang kamu zalimkan keatas sesiapa saja sepanjang hayat yang kamu punyai kuasa, sekarang kamu jawablah kepada malaikat dan Allah atas kerja/amalan kamu, jika baik beruntunglah kamu, jika jahat atau khianat adalah kehendak kamu, terimalah balasannya.
Aku bdoa moga hakim membuat keputusan yg benar/betul...aku mahu kan kebenaran, buktikan kebenaran...jika PAS bsolat hajat d stadium/kaw lapang akan dimakbulkan Allah pd 901 nanti...hidup mati seseorg itu keje Allah, jgn politikkan keje Allah...ada faham kah? Lu pikirlah sdiri!
BalasPadamentah esok lusa...giliran si blogger W FAUZDIN pulak yg mati..tapi beliau akan dikenang sebagai pejuang yg berjuang demi ANWAR AL JUBURI....
BalasPadamTanpa Nama 11.32 pula pejuang untuk sapa. Sekurang-kurangnya WF ada pegangan dan menyokong seorang yang teraniaya. Ko pula penyokong penyamun harta rakyat. Mungkin ko juga seorang dari penyamun tersebut. Atau kalau bodoh sikit jadi lembu Fidlot
BalasPadamNASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).
BalasPadamHakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.
Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.
Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.
Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.
Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.
Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.