TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Khamis, 29 Disember 2011

MENJELANG PRU 13 - HATI-HATI DENGAN RAJA PETRA

Oleh:  WFAUZDIN NS

RAJA Petra Kamarudin, Pengendali Malaysia-Today sebelum ini banyak mengulas isu dalaman parti di dalam Pakatan Rakyat.  Beliau ada mengulas isu Dr Hassan Ali, kemudiannya mendakwa Parti Keadilan kini dicengkam oleh Anwar - Azmin dan terbaru beliau mengulas isu Nurul Izzah yang ingin mengenepikan Azmin untuk kembali membawa Zaid Ibrahim ke dalam parti.  Baca di SINI.

Hati-hati dengan orang ini...

Kita mengenali Raja Petra sebelum ini kononnya beliau berfikiran sehaluan dengan Pakatan Rakyat, tetapi kita jangan lupa Raja Petra pernah muncul di kaca TV memburukkan DS Anwar.  Kali ini, apa agenda Raja Petra?  Di saat rakyat sedang menyaksikan Umno bertungkus lumus dan bersilang tangan menepis berbagai dakwaan rasuah dan penyelewengan di kalangan pemimpin mereka, Raja Petra sibuk dengan membicarakan isu dalaman parti di dalam Pakatan Rakyat.  Jika dakwaan beliau itu benar atau setidak-tidaknya masuk akal boleh juga diterima, malangnya segala yang di utarakan oleh Raja Petra umpama cerita dongeng yang baru siap dikarang. 

Zaid tiada tempat dalam Keadilan lagi....

Kembali kita berfikir, apakah Raja Petra akan berperanan untuk melemahkan Pakatan Rakyat melalui persepsi ciptaan beliau itu?  Ada lojiknya kerana sejak kebelakangan ini beliau begitu ghairah menulis tentang Azmin Ali.  Dakwaan bahawa Nurul Izzah akan menggunakan pengaruhnya sebagai Naib Presiden juga anak kepada DS Anwar untuk membawa kembali Zaid Ibrahim ke dalam parti adalah `Bidaah' paling melucukan.  Terlalu bodoh Nurul Izzah jika berbuat demikian kerana beliau sedar Zaid Ibrahim telah `kencing' kepala bapanya DS Anwar Ibrahim.  

Nurul Izzah disokong bukan kerana beliau anak Anwar

Seandainya benar sekali pun, ahli-ahli Keadilan tidak akan sanggup menerima pengkhianat parti seperti Zaid Ibrahim yang keluar parti hanya kerana tidak mendapat sokongan di dalam jawatan yang diidamkannya.  Keadilan akan menempah maut jika membawa masuk Zaid Ibrahim kerana kemasukan Zaid ke dalam parti akan menjadikan Keadilan nanti seperti Parti KITA yang kini beliau pimpin. Majoriti ahli parti akan menolak Nurul Izzah dari jawatannya sekarang jika beliau mempunyai angan-angan untuk membawa Zaid Ibrahim.  

Mengapa Raja Petra `Anti-Azmin' ?

Menolak Zaid Ibrahim bukan bererti kita menyokong Azmin atau membenci Nurul Izzah, tetapi jelas, terang dan terbukti Zaid Ibrahim telah `kencing' kita semua.  Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah `Apakah Motif Raja Petra?" ./wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. Skot sonang kato ,, POIE JAHA6 dgn Raja Petra ni,,,, dia bukan nya duduk kat Malaysia ni ,, dia hanya lah alat propaganda murahan org org tertentu.

    BalasPadam
  2. Raja Petra dan Zaid Ibrahim berpendrian bagai ombak dipantai, sentiasa berubah.

    Beginikah pemimpin yang di cari?

    TUMBANGKAN BN DI PRU13

    BalasPadam
  3. Raja Petra ni gila.......macam-macam gila dia ade

    BalasPadam
  4. Bagi orang yang sedang hanyut dibawa air, ia akan mencari apa saja untuk dijadi tempat berpaut umpama insuran...

    Begitulah RPK kerana takut ditangkap....

    BalasPadam
  5. Raja Petra ni LALAT a.k.a LANGAU la....

    BalasPadam
  6. mcm si aljuburi yg dah dekat nak check-in Buloh River la...mengaruk sana sini...berkempen mcm nak pilihanraya.....menyangak terkontang kanting....minta nyawa......

    BalasPadam
  7. sekor lagi prebet asuhan apco terlepas.

    BalasPadam
  8. termasuk 200 paid troopers lah tu, upah bdk2 bagi komen, maki hamun sajalahh...no place for BN for thext PRU13

    BalasPadam
  9. Teringat saya tentang kata kata arwah Rustam Sani pada saya secara peribadi."Pakatan Rakyat dan PKR khususnya perlu berjaga jaga dengan tiga personality yg mungkin akan memudaratkan perjuangan PKR pada hemat beliau.Mereka ialah Zulkifli Nordin, Raja Petra dan satu lagi telah menjadi arwah yg tak patut saya sebutkan.Wallahullam.

    BalasPadam
  10. Kalu rasuah mesti tuduh BN/UMNO, knape? Ko bawa kete, ko speeding, ko kena tahan, ko ada 2 pilihan kan? Sign saman @ ko nak selesai, krn malas naik court...keputusan di tangan ko? Knape keputusan ko, ko yg buat, BN/UMNO yg ko salahkan? Lu pikirlah sdiri!

    BalasPadam
  11. Perbincangan mamat2 bodoodo...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini