RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 27 Disember 2011

DS ANWAR ITU `IMAM MAHDI'? JAWAPAN US DR BADRUL AMIN

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERDAPAT beberapa blog yang mendakwa bahawa Us. Dr Badrul Amin Bahrom di dalam ceramahnya di beberapa tempat mendakwa DS Anwar Ibrahim itu adalah `Imam Mahdi'.  Ianya adalah berlanjutan daripada pengisahan perjuangan membebaskan bumi Palestin yang memerlukan penyatuan dunia Arab.

Anwar ditendang dari Umno kerana mahu `Islam'kan Umno...

Sebelum ini di mana-mana ceramah agama sering diceritakan perjuangan Rasulullah, yang berani dan penuh hikmah di dalam perjuangannya.  Apabila kita menceritakan kisah Rasulullah tersebut sudah tentunya kita mahu lahir seorang pemimpin Islam yang berani dan berhemah seperti Baginda.  Adakah jika ianya lahir, ini bererti insan itu adalah `Rasulullah'?  Jawapannya tidak. 

Mengapa terlalu sukar untuk kita `mengkiaskan' sesuatu kisah perjuangan untuk kita contohi sedaya upaya?  Mencontohi keperibadian Rasulullah bukan bererti untuk diangkat atau digelar Rasulullah.  Inilah yang sering diceritakan oleh Us Dr Badrul Amin.  Beliau sering menceritakan betapa dunia Arab perlu kepada penyatuan sekiranya mahu membebaskan bumi Al-Aqsa.  Di dalam beberapa kitab, disebut `Al Imam Mahdi' akan lahir untuk menyatupadukan umat-umat Islam.


Adakah kita perlu menunggu kehadiran `Imam Mahdi' untuk menyatupadukan umat Islam atau dunia Arab?  Jawapannya tidak.  Sesiapa pun boleh tampil untuk melaksanakan tugas ini.  Ini lah yang ditegaskan oleh Us Dr Badrul Amin.  Beliau sering menonjolkan potensi yang ada pada DS Anwar untuk penyatuan dunia Arab ini.  Jika di negara ini, beliau mampu menyatukan PAS dan DAP.  Mengapa tidak Umno?  Ini adalah kerana Umno yang tidak pernah ikhlas untuk bersatu.  Umno hanya mahu bersatu dengan PAS sahaja.  Mudah difikir sebabnya, kerana Umno tidak puas lagi untuk `membuli' PAS sepertimana yang pernah mereka lakukan dulu. 

Tidak menghairankan jika Us Dr Badrul Amin beranggapan Anwar boleh melaksanakan tugas penyatuan dunia Arab atau umat Islam.  Bayangkan, kesemua Ulamak Muktabar daripada Syeikh Yusuf Qardhawi, Syeikh Taha Jabir Alwani dan beberapa ulamak terkenal dunia mengenali DS Anwar dan menyokong perjuangan beliau menentang fitnah ke atas dirinya.  Justeru itu, memang wajar DS Anwar dikatakan mampu menyatukan dunia Aran dan umat Islam di dunia ini, kecuali Umno kerana Umno mempunyai dendam kesumat yang tidak padam terhadap mantan Timbalan Presiden mereka itu sendiri.  Adakah ini bererti DS Anwar itu `Imam Mahdi' hanya kerana dia dikatakan mampu berbuat sedemikian?  Hanya yang bengap, jahil dan berotak `lembu fidlot'  sahaja yang berangapan demikian.

Melalui FaceBook, Us Dr Badrul Amin telah menjawab tuduhan ke atasnya berkaitan isu ini.  Berikut adalah jawapan beliau yang dipetik dari FBnya;

"Saya menafikan sekeras2nya kenyataan yg tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah2 saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sbg pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa." 

18 ulasan:

  1. ya ada mendengar ceramah Ustaz Badrul melalui video dlm Youtube. dalam ceramah itu memang ustaz tidak menyatakan secara jelas bahawa Anwar adalah Imam Mahdi namun apa yang dapat saya fahami dalam ceramah itu, ustaz menggabungkan dua identiti yang berlainan didalam satu batang tubuh

    1) Membebaskan Palestin- dalam Hadis2 ada menceritakan tentang perkara itu dimana tugas ini dipikul oleh pemimpin akhir zaman iaitu Imam Mahdi. Tapi ustaz merujuk pada pemimpin dari timur iaitu Anwar Ibrahim

    2) ustaz ada menyebut satu hadis yg menceritakan ttg kebangkitan Islam bermula dari Timur-ada hadis yg juga menceritakan perkara sama tapi merujuk satu kumpulan Panji Hitam dari Timur. Tapi Ustaz merujuk pada Anwar.

    Dalam soal ini saya berpendapat ustaz Badrul tersalah dalam mengeluarkan pandangannya kerana Panji Hitam dari timur pada awal perjuangan mereka tidak diterima ramai lalu mereka lari ke negeri lain untuk meneruskan perjuangannya, dan ada petikan dari hadis yg lebih kurang begini maksudnya "sekiranya kamu mendengar kemunculan golongan ini maka hendaklah kamu datangi walalupun kamu terpaksa merangkak diatas salji"

    hadis menceritakan bahawa kumpulan Panji Hitam itu tidak lagi mendiami bumi Timur itu (jika dirujuk pada Malaysia) tapi mungkin dibumi Timur yang lain yang bersalji.

    Jika dilihat pada situasi politik DS Anwar sekarang, mmg ianya ditolak oleh umno tapi beliau diterima oleh pemimpin luar negara dan juga rakyat malaysia jadi beliau tidak menepati ciri-ciri yg diceritakan didalam hadis itu. Jadi mengaitkan kumpulan Panji dari Timur dgn Anwar amat jauh tersasar.

    Pada saya... Saya boleh bersetuju pada pandangan yang menyatakan DS anwar ada keupayaan kepada penyatuan dunia Arab atau Malaysia sebagaimana yang Ustaz Badrul Amin dakwa tapi untuk bersetuju dgn perkaitanan antara DS Anwar dgn Kumpulan Panji Hitam dari Timur dan Pemimpin yang membebaskan Palestin (Imam Mahdi) itu, amat tidak dapat saya terima.

    Wallahu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam malaysia pun dah berpecah belah, bila masa plk dpt menyatu org islam?? Imam mahdi tak berumur mcm tu masa dia di baiat, imam mahdi tak berbohong, imam mahdi bernama muhammad bkn anwar, imam mahdi tak melakukan kesalahan meliwat, itu puak dr kaum nabi luth. Banyak lagi yg bercanggah, jgn nak samakan, murtad kamu nanti

      Padam
  2. Jika yg berilmu dpt memahami intipati ucapan tersebut, jelas bukan Anwar itu Imam Mahadi...Jika kita kiaskan perjuangannya, maka ada persamaan. Sbb itu, Us Badrul Amin tampil jelaskan kembali ucapan beliau yg mungkin ramai yg keliru...

    BalasPadam
  3. Bersamaan bukan ertinya dia Imam Mahdi.....tu pun tak faham atau UMNO karat yang tak tau tafsir atau keliru,bodoh,bebal,biol,meroyan.Contoh lanun golongan dia rompak duit rakyat terang terangan di kata bagus dan sokooooooooooooong.Ni l a puak haramjadah

    BalasPadam
  4. imam mahadi luarannya mcm ciri2 arab seperti diterangkan Hadis2. sesiapa nak mencontohi perjuangan beliau memang amat dialu2kan.

    tetapi kalau ada yg mengaku Imam Mahadi, sila panggil ambulan dan pakar psikatri.

    DS Anwar memang hebat dan memang ada ciri2 global dlm perjuangan. diterima oleh kebanyakan pihak yg baik samada islam atau kafir.

    nanti dulu...ada sorang lagi...iaitu Pemuda Bani Tamim yang dipopularkan oleh Arwah Abuya dulu. kalau nak dikaitkan Anwar dgn Pemuda Bani Tamim lebih sesuai kerana pemuda bani tamim akan membaiah Imam Mahadi.

    dalam kitab jawa digelar Kesatria Peningrat. antara cirinya dia pernah terpenjara.

    anway....jgn ambik serius perkara ini. santai2 saja. takut nanti umno guna utk fitnah PR lagi.

    yg penting ASAL BUKAN UMNO..... takkisah la anwar tu siapa.

    BalasPadam
  5. ABU=ALLAH BERSAMA UMNO
    ASAL BUKAN UMNO.....

    so ALLAH BERSMA UMNO....A.B.U

    BalasPadam
  6. memang Allah sentiasa bersama dan kasihkan hambanya tak kira parti, cuma hambanya saja yg tak peduli perintah Nya...

    dgn kasih syg Allah lah maka byk mana seleweng dan langgar perintah pun, ditangguhkan hukuman...kalau tidak dh lama jadi lampung karam.

    semuga umno ingat dan sedar diri semula sementara Allah masih tidak menunjukkan kemurkaannya.

    ABU = Allah Binasakan Umno ... kalau tak mau perbaiki diri

    BalasPadam
  7. si juburit ni langsung tak layak dibygkan sbg mempunyai ciri2 imam mahdi, tetapi lebih layak sekiranya disamakan dia dgn dajjal bermata satu spt lambang PKR..sbb anwar x layak:

    - kaki liwat, dilaknati ALLAH spt kaum nabi luth
    - kaki putar alam, pembohong - 16 sept, jam omega mane?
    - kaki berzina - da terkantoi pun, sempat berbohong lagi
    - agen yahudi -- imam mahdi memerangi yahudi, bukan geng org yahudi
    - perosak bangsa & penggadai agama -- pluralisme and lina joy ape cert?
    - bapak segala perasuah -
    - perosak negara - tak pinjam IMF, tp gunapakai syarat2 IMF - interest tinggi, NPL 3 bulan..

    GILE..ini ciri2 dajjal yg disanjung oleh org2 akhir zaman..

    BalasPadam
  8. telah dijelaskan oleh ust badrul amin silapfaham mengenai isu ini. umno memang suka besar2kan isu yg tak ujud.

    rompakan pemimpin mereka berbillion2 cuba dipendamkan. tuduhuan anoy diatas terhadap anwar semata2 salinan utusan malaysia.

    semua itu telah dijawab dan boleh dijawab oleh akal yg waras tanpa hujah dan fakta pun.

    umno ni mewarisi sifat lembu yg memang tidak mahu mengakui kebenaran dan hati cukup keras dan terus menyokong penyelewengan dan kezaliman.

    anoy di atas ni seolah2 baru bangun dari tidor selama 15 tahun semenjak zaman mahathir.

    koosng fikiran tak tau apa pun.. tipikal umno semua mcm ni...dangkal akal, kosong ilmu, cetek maklumat.

    sebab apa jadi begitu? sebab otak hanya ingat lucah lucah liwat liwat....duit negara dirompak pun mereka tak minat nak tau.

    umno yg tidor (mcm paklah) lebih baik dari umno yang meroyan bercakap seperti org tak sekolah.

    BalasPadam
  9. kalau tak lucah bukanlah umno namanya macam anon 11:10..kalau dah terlalu bangang,bahlol,kurang ilmu tak perlu lakukan komen kecuali kau ni memang balaci umno buat selama lamanya.

    BalasPadam
  10. kalau tak mangkuk hayun bukan umno,kalau tak muka kulit gelam kulit babi tak tau malu bukan penyokong umno.

    BalasPadam
  11. Sdr Jaka,

    Boleh saya nak tambah sikit?

    umno ni mewarisi sifat lembu "feedlot" yg memang tidak mahu mengakui kebenaran dan hati cukup keras dan terus menyokong penyelewengan dan kezaliman.

    Ko mmang buta anon 11:10. Org lebih tahu membezakan siapa yg sarapan pagi dgn madu & kurma dgn org yg sarapan pagi dgn sex & air setan.

    Teringat zaman awal 80han dulu ABU "anak bawah umur"

    Nyebut UMNO pun rasa nak muntah. Mcamana org UMNO boleh tak rasa apa?

    Shahrizat pun dah tersasol " Mana ada pemimpin UMNO yg tak bermasalah "

    Kita pung nak tengok ada saper2 pemimpin umno yg berani menyahut cabaran? Najib tak kan tak nak bela anak buahnya?

    Itu pun anon 11:10 tak nampak & tak sedor lagi? Kelakarnya bila tengok org2 umno berhimpun atas nama Islam? perpaduan? Bela agama & bangsa?

    BalasPadam
  12. Kalau tak BODOH PIANG!!!! bukan PENCACAI umNO namanya.Kalau PEMIMPIN DEPA MELANTAK DUIT NEGARA BERBILION-BILION JADI BODOH MENGALAHKAN LEMBU FEDLOT PUAK-PUAK PENCACAI NIE.

    Aku dengar sampai habis ceramah Ustaz Badrul Amin tak plak dia sebut DSAI tu Imam Mahdi, cuma dia sebut DSAI pemimpin yang boleh menyatukan NEGARA-NEGARA ARAB DAN TIMUR. SECARA LOGIKNYA KALAU NEGARA ARAB DAH BERSATU LEBIH MUDAH UMAT ISLAM UNTUK MEMBEBASKAN PALESTIN. TAPI DAH DISEBABKAB BOLEH MENGALAHKAN LEMBU MANA LA PUAK-PUAK PENCACAI NIE NAK PAHAM.

    DSAI TIADA JAWATAN DALAM MALAYSIA NIE PUN TAPI MASIH DIPANDANG TINGGI OLEH NEGARA-NEGARA ARAB. TUN M SEKARANG DAPAT LAYAN BEGITU DARI NEGARA ARAB? NAJIB? NASIB JADI PM JE KALAU TAKDE JAWATAN HAKKKK PTUIIIHHHHH!!!

    -wakleman

    BalasPadam
  13. Adakah pemimpin2 UMNO dalam ceramah2 mereka ada mengatakan nak ikut pemerintahan cara yang nabi buat??????Tentu mereka tak berani...kerana mereka terlalu banyak skendal, maksiat, rasuah, dan macam2 lagi.Mereka takkan berana.Yang mereka berani hanya mengikut cara pemerintahan BARAT SEKULAR itu saja.

    BalasPadam
  14. ABU datang baca komen-komen...kena banyak belajar lagi la...kena faham mantik dan balaghah...

    BalasPadam
  15. Ust Badrul bukannya ulama UMNO. Dia cakap dengan ilmu. Ulamak UMNO bercakap kerana wang ringgit.

    BalasPadam
  16. Bab spin2 cerita cukup pandai...tgk pada ulasan puak PKR mmg mcm ada satu 'style', bincang pasal perkara A, maka mereka akan lebih2kan cerita bab2 lain utk mengaburi isu sebenar bab A..apasal tak mau settlekan satu2 isu dulu..

    Hmm.. belajar dari mentor...hehe

    BalasPadam
  17. bersatula melayu, tolonglah, kerana melayu tak bersatu lah kaum lain ambil kesempatan, parti melayu lain tak kira umno atau keadilan terpaksa bersatu dengan parti kaum lain untuk mewujudkan barisan nasional atau pakatan rakyat, lepas tu kaum lain mintak itu mintak ini, kita terpaksa bagi kerana melayu tak cukup undi, kalau melayu bersatu negara ni kd melayu punya, kaum lain tak boleh cakap banyak, kalau mcm ni terus menerus, jadi singapore la kita

    BalasPadam