RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 13 Disember 2011

DR HASSAN ALI PERLU HORMATI PRINSIP PAS, ATAU PAS PERLU HORMATI PRINSIP BELIAU?

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN ALI menyebut beliau mempunyai tiga prinsip yang PAS mesti menghormatinya iaitu prinsip Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja.  Jika ketiga-tiga prinsip ini PAS tidak menghormatinya, beliau menyebut bahawa berkemungkinan bersedia untuk mengambil keputusan keluar dari PAS setelah berbincang dengan beberapa rakannya termasuk para-para Mufti. 

Itulah hakikat yang boleh disimpulkan setelah membaca kenyataan beliau di SINI.  Persoalan pertama, adakah selama ini PAS tidak menghormati ketiga-tiga prinsip yang beliau sebutkan itu?  Dan, adakah Dr Hassan Ali juga menghormati prinsip di dalam PAS?  Mudah kata, PAS kah yang perlu menghormati prinsip Dr Hassan Ali atau Dr Hassan Ali sebagai Jemaah PAS yang perlu mematuhi prinsip PAS?  Ini mengelirukan.


Secara teorinya, ketiga-tiga prinsip Dr Hassan Ali itu amat baik tetapi ada prinsip yang hukumnya mutlak dan ada yang bersyarat.  Prinsip Islam, sudah tentu hukumnya mutlak kerana Islam itu hukum tertinggi.  Prinsip Melayu, ianya tidak mutlak kerana Melayu bukan Islam dan Islam juga bukan Melayu.  Prinsip ketiga juga tidak mutlak kerana menghormati atau taat kepada Raja-Raja hanya sekiranya institusi itu taat kepada Allah dan Rasul.  Di dalam Perlembagaan juga, Raja-Raja mesti tunduk kepada Perlembagaan yang digubal di dalam Dun atau Parlimen.

Di mana silapnya Dr Hassan Ali?  Silapnya Dr Hassan Ali adalah kerana beliau menjauhkan diri dari Jemaahnya sendiri.  Banyak keputusan yang dibuat oleh PAS seolah-olah tidak memberi erti kepada Dr Hassan Ali kerana kononnya beliau mempunyai prinsip Islamnya tersendiri.  Pada ketika Kerajaan Negeri Selangor mempunyai masalah dengan perlantikan SUK, Datuk Khusrin dan masalah ini dikongsi juga oleh PAS, PKR dan DAP, berbeza pula dengan Dr Hassan Ali ketika itu.  Pada waktu PAS dan PKR membuat keputusan tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan anjuran NGO di Stadium Shah Alam yang kononnya untuk menangani masalah Murtad, tindakan ini tidak memberi erti pada DR Hassan Ali.

Pada waktu ramai di kalangan YB-YB PAS (kebanyakannya berilmu agama yang tinggi) merungut kerana setelah PR memerintah Selangor mereka tidak boleh membaca Khutbah atau bertazkirah di dalam masjid di seluruh negeri Selangor hanya kerana tiada Tauliah, Dr Hassan Ali menyokong JAIS di dalam perkara ini.  Dr Hassan Ali menyertai perhimpunan menangani isu murtad di Stadium Shah Alam atas alasan amat sensitif dengan gejala murtad yang berleluasa, tetapi di dalam masa yang sama Bob Lokman diheret ke mahkamah kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah.  Di mana suara Dr Hassan Ali dan apakah tindakan beliau selantang seperti di dalam isu serbuan gereja?

Saya juga sebenarnya tidak bersetuju apabila Shaari Sungip, Ketua Penerangan PAS mendedahkan bahawa nama Dr Hassan Ali tidak tersenarai di dalam majoriti yang dipilih sebagai calon untuk bertanding di dalam PRU akan datang. Sepatutnya tidak perlu didedahkan kerana lihat sekarang, Dr Hassan Ali cuba kaitkan pendedahan tersebut dengan anugerah yang beliau terima dari Sultan Selangor.  Kita tidak peduli samada beliau terima anugerah atau tidak, malahan kita tidak mahu berfikir atas sebab apa beliau menerima anugerah tersebut.  Mungkin ada sebabnya beliau layak dan itu adalah rezekinya maka kita tidak boleh pertikaikan. Cuma, kita mahu tahu mengapa begitu sukar untuk Dr Hassan Ali menerima prinsip dan pendekatan PAS, tetapi di dalam masa yang sama beliau menuntut PAS menghormati prinsipnya?

Dr Hassan Ali patut memahami dan sedar bahawa Negeri Selangor walaupun diperintah oleh PR, tetapi kerajaan negeri diketuai oleh PKR bukan PAS.  Justeru itu, kerjasama di antara PKR, PAS dan DAP perlu kepada pendekatan yang sudah tentu berbeza dengan negeri yang diketuai oleh PAS.  Sedangkan, di Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS sendiri pun berbeza pendekatannya dengan Negeri Kelantan yang juga diketuai oleh PAS.  Sebab apa?  Ini adalah kerana situasi di Kelantan dan Kedah mempunyai perbezaan khususnya dari segi polarisasi kaum yang memerlukan kaedah yang berbeza tetapi tetap menuju ke arah dasar dasar dan prinsip PAS.  Apatah lagi negeri yang diketuai oleh PKR mahupun DAP.  

Ada suara-suara sumbang terutamanya dari Umno yang sememangnya mengharapkan Dr Hassan Ali menyeberang kepada parti sekutu Apco itu mendakwa bahawa PKR dan DAP sebenarnya menjadi dalang kepada hilangnya sokongan ahli-ahli PAS kepada Dr Hassan Ali.  Benarkah begitu?  Jika begitu, mengapa MB Selagor dari PKR itu tidak melucutkan sahaja jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Dr Hassan Ali sekarang?  Jawapannya tidak samasekali.  PKR dan DAP tidak memberi kesan kepada pengaruh Dr Hassan Ali.  Sokongan kepada beliau ditentukan oleh ahli-ahli PAS sendiri terutamanya di Selangor setelah melihat sendiri gelagat Dr Hassan Ali selama ini.  Igauan `rundingan dalam gelap' bersama Umno tahun 2008 mungkin sering menganggu tidor ahli-ahli PAS yang semakin meluat dengan Umno sekarang. 

Pada saya, sekiranya Dr Hassan Ali mahu meninggalkan PAS hanya kerana PAS tidak menghormati prinsip beliau maka Dr Hassan Ali lebih layak untuk bertindak sedemikian.  Ini adalah kerana jika semua ahli atau pemimpin PAS bersikap seperti beliau, sudah pasti PAS sudah lama berkubur.  Mursyidul Am PAS sendiri pun tidak pernah berkata sedemikian.  PAS wujud sehingga kini adalah kerana PAS tetap berpegang pada dasar Islamnya yang berijtihad di dalam keadaan yang memerlukan di samping ketaatan ahli kepada keputusan Jemaah. /wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. Inilah salah-satu kelemahan kepimpinan tertinggi Pas.. Takut nak pecat ahli yang buat perangai suruh parti ikut dia..Aku pun tak paham dulu hampa terajang Asri dan geng dia berani plak....Ka hampa takut rahsia geng perpaduang terbongkar....

    BalasPadam
  2. cuba baca betol2 apa yg dinyatakan oleh HA... ... dia mjawab apa yg diisu pd diri nya... yg masalah kenapa org yg buat isu ni x dibalun kaw2 bukankh ini pun x ikut prinsip PAS....??jgn bias hanya sebut nama HA...fokuz pru bro...
    ttg JAIS gua rasa kalau khalid samad duduk kat tmpt HA pon camtu jgk sbb kuasa tertinggi = sultan ... kene hati2 la...

    BalasPadam
  3. isunya bukan besar sangat..saja musuh PR nak pecah belahkan PR...logiknya kenapa tiba2 media pro umno berlumba memberi ruang bercakap kpd HA....kalau nak adil berilah ruang sama pada pucuk pemimpina tertinggi PR atau PAS bercakap dimedia ...

    BalasPadam
  4. Kalau dah munafik tu, wajah serta sinar di muka mereka boleh dilihat dengan mata dan kepala kita sendiri. Mereka ini termasuklah orang yang gila nak berkuasa dan sentiasa nak kenyangkan perut sendiri dan marah kalau orang atasan tak memberi perhatian kepada mereka...... masuk lah bertanding melalui tiket UMNO aduhai bapak munafik ooiiii, nanti kita boleh lihat tahap munafik mereka seperti bekas Imam (wakil UMNO - yang kalah) yang menendang peti undi kat Permatang Pauh suatu masa dahulu.... para pemimpin seperti kamu semua ini tak layak dalam parti Islam, kerana sikap kamulah sebenarnya yang menghancurkan Islam itu.

    BalasPadam
  5. Pelik. Pelik. Pelik.

    PAS PERLU PERKUKUHKAN SARINGAN. JANGAN HANYA KERJA PANDAI BERCAKAP, TOKOH TERUS DIBERIKAN KEDUDUKAN TINGGI.

    AMBIL MASA. BERILAH UJIAN YANG MUNASABAH UTK MENILAI KEYAKINAN SESEORANG AHLI BARU TERHADAP PRINSIP-PRINSIP PAS.

    PENGAJARAN UTK AHLI PAS.

    BalasPadam
  6. kelemahan paling besar pimpinan PAS adalah lemah jiwa.
    Bila tenggok orang ada penggaruh masuk PAS, bercakap pula besar, maka pemimpin PAS kagum dan bawa hulu hilir, bila dah gelap mata bukan sahaja sanggup tawarkan calon dan jawatan dalam parti, bahkan isteri dirumah pun kalau boleh nak diberi.
    Bukan sekali dua pimpinan jatuh malu, bahkan berkali-kali tergolek dalam keadaan yang sama, namun kalau baca hadis memang pandai "org mukmin tak mungkin disengat kali kedua dalam satu lubang".
    contoh paling dekat si Brahim Katak, sebelum ini Si Brahim ini dah berkali-kali menipu dan mempermain PAS. Bodoh jenis mana pimpinan PAS P.Mas, yang merana adalah penyokong PAS bawahan, asyik mendendam rasa dan menyesal tidak kesudahan (PRU13 nanti calon lain dari ahli PAS penyokong PAS P.Mas jangan keluar mengundi).

    BalasPadam
  7. HA dah boleh rasa PR akan tumbang di Selangor pada PRU 13 sebab tu dia cepat-cepat cari pokok baru untuk berteduh. Tak kan hang tak faham-faham lagi manusia jenis ni...

    BalasPadam
  8. Salam Bro2 PAS Sgor...dulu saya fanatik dgn PAS dan sering saya kunjungi ceramah PAS sebelum Pakatan Rakyat menang PRU12...Tapi lepas memerintah Sgor..PAS tidak buat apa-apa untuk tegak & martabatkan Islam..ambik contoh mudah..banyak pusat urut..lesen arak..pub bercambah di Taman Sri Andalas..Bkt Tinggi Klang..dulu masa BN memerintah tak lesen diberikan dan apabila PKR+PAS+DAP memerintah banyak kemungkaran berlaku ..impak & kesan ini menjejaskan kepopulariti PAS...kenapa perkara ini terjadi..saya tak akan undi lagi PAS kerana PAS gagal menjaga Islam & Melayu..

    BalasPadam
  9. Wahai semua saudara sesama Islam ku,
    Bertaubatlah kalian semua kerana ketaksuban kalian kepada pemimpin kalian yang hipokrit, yang terdesak, yang pembohong, yang penipu, yang pembelit, yang memiliki semua sifat-sifat negatif manusia telah menyebabkan aqidah kalian sendiri yang terpesong. Sedarlah wahai saudara-saudara sesama Islam ku.

    BalasPadam
  10. hassan ali nak betekak ngan PAS, UMNO gak yg salah

    anwar liwat saiful -- umno gak salah

    anwar balun china doll -- umno gak salah

    kes serbu DUMC - UMNO gak, sape lagi?

    kes HIV terbyk di kelantan - kalu bukan umno yg salah, alasan ape lagi nak taruk?

    kes luar nikah tebyk di kelantan -- UMNO punye kejer...


    APA punye tangkal la ko pakai ni UMNO, org lain sedap2, ko plak yg kena..suwey

    p/s: ALLAH maha MENGETAHUI DAN BERSMA ORG2 YG DIANIAYA

    BalasPadam