TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Rabu, 18 Januari 2012

RAKYAT TIDAK PERCAYA ANWAR KAKI LIWAT - BLOGGERS UMPORNO MESTI SALAHKAN MAHDEY KUTTY DAN TOK JIB

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAHDEY KUTTY meroyan sakan bila sehingga kini Peguam Negara belum buat keputusan samada mahu merayu atau tidak di atas keputusan Mahkamah yang membebaskan Anwar pada 09 Jan yang lalu.  Sebagaimana bloggers Umporno yang lain, Mahdey Kutty amat bimbang jika Anwar terlepas begitu sahaja, maklumlah bukan sedikit `belanja' dan masa yang mereka habiskan semata-mata untuk memperbodohkan rakyat di dalam perancangan menjatuhkan Anwar.

Aku mahu sebut sikit saja.  Andainya perancangan mereka gagal kali ini, mereka sepatutnya kena salahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib serta sekutu-sekutu mereka.  Salah Mahdey Kutty dulu, apabila beliau tidak mahu jadi saksi beri keterangan di dalam kes Azizan Abu Bakar.  Semua tahu ketika itu Mahdey Kutty bercakap di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umporno sewaktu mahu memecat Anwar bahawa beliau tahu semua kisah dan skandal Anwar, maka Anwar mesti dipecat dari parti dan kerajaan.  


Di hadapan media dan TV, Mahdey Kutty beriya-iya sunguh mengaku beliau yakin dan percaya serta mempunyai bukti bahawa Anwar meliwat Azizan.  Malangnya, apabila kes tersebut dibicarakan dan Mahdey Kutty ini dipanggil sebagai Saksi, Mahdey Kutty tidak berani tampil.  Beliau mahu `soalan bocor' dahulu.  Jelas, kegagalan Mahdey Kutty membantu mahkamah untuk beri keterangan apa yang beliau tahu dan bukti apa yang beliau ada menyebabkan kes Liwat I ditertawakan dunia.  Akhirnya, Anwar setelah dipenjarakan didapati tidak bersalah.

Begitu juga kes fitnah Liwat II yang melibatkan seorang pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya dan pemuda yang mempunyai `skandal' dengan salah seorang Tim Pendakwa dan juga pemuda yang tidak mencuci duburnya dua hari, bernama Sepol ini.  Mereka patut menyalahkan Haji Tok Jib kerana Tok Jib tidak mahu menjadi Saksi di mahkamah di dalam kes ini.  Semua tahu, Tok Jib melalak di depan media dan TV mengaku bertemu Sepol dan menceritakan Sepol mohon biasiswa, kemudiannya Sepol mengadu diliwat sehingga sejuk-sejuk tangan Sepol dan pucat wajah pemuda ini ketika bertemu dengannya di rumah Tok Jib.

Tok Jib juga pernah berkata, Anwar jangan mencabar beliau kerana beliau tahu semuanya tentang moral Anwar dan beliau takut Anwar demam jika beliau dedahkan.  Di dalam keadaan Tok Jib tahu segala-galanya itu, mengapa Tok Jib tidak mahu membantu mahkamah untuk memperkuatkan kes dan dakwaan bahawa Anwar meliwat Sepol pemuda yang sembahyang Jumaat tanpa mencuci dubur dan mandi hadas ini?  Itu lah yang menjadi sebab mengapa amat sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar memang bermoral rendah.  Jadi, Bloggers pencacai Umporno harus menyalahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib kerana tidak bersedia untuk membantu mahkamah di dalam kes yang mereka berdua `amat tahu' sebenarnya.

Oleh yang demikian, nasihat aku usahlah Bloggers Umporno menyalak lagi menyalahkan pihak lain.  Di dalam kes fitnah Liwat II ini, Anwar berkata Sepol ada hak untuk merayu.  Anwar tidak takut dan gentar jika Sepol merayu.  Biarpun seratus kali Anwar dibicarakan pun, rakyat tidak hairan samasekali kerana fokus rakyat kini ABU (Asalkan Bukan Umno).  Jika mahu fitnah ini lenyap dari muka bumi, lenyapkan Umno dahulu./wfauzdin.blogspot.com


8 ulasan:

  1. SABU - sah aku bukan umno

    BalasPadam
  2. ABU - ANUWAR BUKAN UNTUKKU.... (^-^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan bukti dan hujah dari din, itu saja hang boleh kata!? Inilah jenis manusia yang tak sedar2 lagi walaupun bukti dihidang depan mata.

      Padam
    2. kita kena terima fakta bahwa anwar difitnah sejak 1998 lagi berdasarkan tuduhan yang tak berasas sama sekali....jadi give a break to anwar n we should support him now to make malaysia a country that we can stay safely from corrupted regime.

      Padam
  3. ABU - ALTANTUYA BENAM UMNO

    BalasPadam
  4. teori R.A.H.M.A.N akan terlaksana tidak lagi, selepas itu timbul teori A.N.W.A.R.


    Mr. ABU

    BalasPadam
  5. Aku lihat muka depa dua ekor tu tobat mati hidup balik aku tak caya dengan depa ni...jangan jangan depa yang.....issshh ngeri aku bila memikirkannya. Bukan boleh caya sangat ngan dua lahabau ni...perosak negara dan perosak rumahtangga...Mudah2an Allah bagi pembalasan yang setimpal dengan kejahatan mereka..amiiinn

    BalasPadam
  6. Apalah suka sangat kat Anwar tu..time dia nak bagi kita hutang piutang IMF tu bagus benar ke? Pandai benar ke Mamat DSAI ni? wallahualam..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini