BEBERAPA hari ini aku tidak menulis kerana tiada kesempatan. Aku sekarang masih berada di KL, setiap hari berkunjung ke IJN menjaga ayahanda yang kini masih di tahan di wad IJN akibat penyakit paru-paru berair dan semput. Doa kalian ku harapkan agar ayahanda ku sihat seperti sediakala, InsyaAllah.
Ada kesempatan sedikit, aku ingin menyuarakan sokongan aku terhadap kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang yang tegas dengan prinsip Islam dan PAS membantah sambutan Hari Kekasih (valentine Day) di kalangan umat Islam. Sekaligus aku menyanggah pendirian DAP, terutamanya dari Karpal Singh yang seolah-olah mahu memaksa umat Islam redha dengan sambutan yang menjadi budaya barat itu. Baca di SINI.
Meskipun DAP adalah rakan sekutu PAS di dalam PR, ini bukan bererti semua dasar atau prinsip DAP mesti bersamaan dengan PAS, lebih-lebih lagi prinsip yang berkaitan dengan hukum Islam. Sejak dari dahulu, PAS tetap konsisten dengan dasar dan prinsipnya, kecuali dengan beberapa perkara atau pendekatan yang PAS rasa harus dilakukan demi politik Islam selagi ianya tidak menyalahi hukum. Di dalam isu Hari Kekasih ini, jelas di dalam Islam tiada hari yang ditetapkan untuk pasangan kekasih yang bukan muhrim atau belum berkahwin berpasang-pasangan secara berdua-duaan, apatah lagi bersama di dalam satu program mungkar.
Ini soal hukum, bukan soal politik ke Putrajaya. Oleh yang demikian, Karpal Singh mesti tahu menghormati hukum Islam sepertimana PAS sentiasa menghormati ugama-ugama lain yang diamalkan di negara ini. Bukan soal hak asasi, ini soal hukum Islam yang jauh lebih adil dan selamat dari hukum hak asasi ciptaan manusia terutamanya dari Barat itu.
Aku berpendapat, majoriti di dalam DAP menghormati pendirian PAS di dalam banyak perkara cuma yang sering menimbulkan kontroversi adalah Karpal Singh sahaja. Mungkin bukan niat beliau untuk memperlekehkan hukum Islam tetapi di atas kejahilan beliau tentang banyak hukum yang terdapat di dalam Islam, beliau cuba untuk mencungkilnya. Oleh itu, amat tepat Presiden PAS membuat kenyataan sedemikian agar beliau tahu bahawa di dalam Islam tidak semua perkara boleh dilakukan atas dasar hak asasi manusia.
Tindakan PAS untuk tidak menarik balik larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih itu adalah satu tindakan tepat. Seandainya Karpal Singh ingin membawa DAP keluar dari PR hanya kerana isu yang beliau sendiri tidak faham, maka bagi aku Karpal Singh boleh berbuat demikian. Aku yakin, tidak seperti Dr Hassan Ali selalu sebut bahawa PAS diperkudakan oleh DAP itu adalah satu anggapan yang jauh meleset./wfauzdin.blogspot.com
sdr bersabarlah!....semoga ayah sdr semboh dan sihat seperti sediakala...tugas menjaga ibu bapa ketika sakit adalah pekerjaan yang mulia!
BalasPadamAlhamdulillah saudara tetap istqamah. Banyakkan bersabar dan doa. Benar, isu cegahan sambutan bukanlah isu pakatan ke Putrajaya, malah jauh lebih penting drpd itu. Sedikit perkongsian. Keburukan Sambutan Valentine - 1 dan Gagak, Ayah dan Seorang Anak
BalasPadamHujah yang mantap...tiada ulasan dapat diberikan kerana ianya cukup 'sempurna' berbeza dengan UMNO kerana mereka telah di'cina' dan di'india'kan dalam semua hal. oleh itu bersatulah mereka (UMNO-MCA-MIC)dalam perhubungan.. hehehe
BalasPadamUtk Karpal Sing,
BalasPadamAku nak pesan sekali lagi, JANGAN SIBOK HAL DAN PEGANGAN AGAMA ISLAM. YOU JAGA YOU PUNYA AGAMA, KITA JAGA KITA PUNYA AGAMA.
YOU MAU KA KITA ORANG2 ISLAM KACAU YOU PUNYA AGAMA? YOU MAU KA KITA ORANG2 ISLAM HALANG YOU PUNYA TUNTURAN AGAMA?
SO, KALAU YOU TAK SUKA KITA ORANG KACAU YOU PUNYA AGAMA, BETTER YOU TUTUP MULUT.
YOU KACAU AGAMA ISLAM MEANINGS YOU SUDAH SAKITKAN HATI ORANG ISLAM. YOU DO LIKE THIS, MEANING UMNO/MCA AKAN TEPUK TANGAN.
YOU SEPATUTNYA SUDAH FAHAM MANA SATU TUNTUTAN AGAMA AND YAMG MANA SATU KEMANUSIAAN. PLEASE JANGAN CAMPURKAN ITU MATTERS. KALAU ISU KEMANUSIAAN SUDAH JADI ISU AGAMA MASING2, YOU SHOULD NOT BECOME A STUPID PERSON.
WE KNOW YOU SEORANG PEGUAM BUT KALAU ITU SUDAH JADI TUNTUTAN AGAMA MASING2, YOU MESTI HORMAT TANPA MEMPERTIKAIKANYA.
I AM VERY WORRY ABOUT YOUR STATEMENTS THAT CAN KASI ORANG ISLAM MARAH.
PLEASE LA MR KARPAL.....
Agak2 kalau si Karpal tu mau sembahyang di kuil dia, maka, orang2 islam tak kasi dia sembahnyang di situ BOLEH KA?
BalasPadamAMACAM KARPAL....YOU SETUJU KA ITU MACAM?
You mau senyap atau you akan marah kalau kita halang itu macam???
Jawap Karpal....jawap???