SINAR semalam menyebut bahawa Pendakwah terkenal, Us Azhar Idrus tidak menjadi ahli PAS. Maka, seronoklah puak-puak Umno yang sekular itu mendengar berita sedemikian. Cuma, wartawan tidak bertanya kepada Us Azhar, apakah parti yang beliau pangkah sewaktu Pilihanraya? Umno atau Bn?
Aku sokong Us Azhar tidak menjadi ahli PAS, tetapi siapa boleh bertaruh bahawa Us Azhar mengundi Umno/Bn dan tidak mengundi PAS? Kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti kuliah Us Azhar pasti tahu parti mana pilihan Us Azhar Idrus. Sebab itu, bak kata Us Azhar sendiri dia tidak pelik jika Umno tidak menjemputnya berceramah atau memberi Kuliah. Tidak pelik juga beliau sering dijemput oleh PAS untuk memberikan kuliah atau ceramah.
Ustaz Azhar Idrus |
Menjadi ahli PAS tidak wajib pada pendapat aku. Yang wajib adalah menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Aku sendiri pun bukan ahli PAS, tetapi aku merasa satu kewajipan menyokong PAS. Aku ahli PKR selagi PKR bekerjasama dengan PAS yang dasarnya Islam. Andaikata PKR menjalinkan kerjasama dengan Umno, aku tidak akan setia dengan PKR dan aku akan keluar parti untuk menyertai PAS.
Ertinya menjadi ahli itu perkara nombor dua. Paling penting menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS. Ada rakan-rakan dari Umno mengatakan Us Azhar sendiri tidak menjadi ahli PAS. Aku cabar mereka bertanyakan soalan di dalam mana-mana Kuliah Us Azhar, parti manakah yang Us Azhar pilih samada Umno atau PAS? Aku jamin, Us Azhar akan menyebut bahawa PAS adalah pilihannya. Sebab apa? Sebabnya Umno parti Melayu bukan parti Islam jauh sekali berdasarkan Islam. Bahkan, sekarang ini untuk sebut Umno parti Melayu pun sudah jauh terpesong kerana terlalu banyaknya hak-hak Melayu dirampas dan dicekik oleh pemimpin Umno./wfauzdin.blogspot.com
saya sokong dengan pandangan saudara, walaubagaimanapun di tempat saya jauh berbeza. kampung saya majoriti UMNO, PAS adalah dua tiga kerat. Apabila PPinang jatuh ke tangan PR, secara tak langsung JKKK di kaw saya bukan dari UMNO. Oleh kerana DAP dan PKR tiada ahlinya di KM maka ahli PAS lah mendpt manfaat sebg JKKK. Untuk menunjukkan beruk Makyei nya PAS di sini mereka bukan berusaha untuk meningkat sokongan PR malahan menjadi musuk kepada PR. Ahli PAS kurang bertambah bilangan malahan tahun lalu 37 masuk UMNO, baru baru ini 42 org plak. Ahli PKR hampir 400 org.
BalasPadamTu musibah kepada diri sendiri (ahli PAS) & parti jemaah yg dia (kononnya) sokong. Mungkin politiking dia lebih kepada busuk hati & balas dendam... maka segala terarah kepada menang kalah saja.
PadamKerja tak seberapa bila belum menang & mudah lupa diri bila menang. Penyakit yg tak perlu ada pada setiap pejuang Islam.
aku stuju ngan ko Hanz, blum menang baru menempek ngan kemenangan DAP Penang dah meraq bueh. macamanala klu dah menang, silap2 jadi macam kaduk naik junjung
Padamkita kekurangan pemimpin.....
BalasPadamtapi ada brand ......
itu yg jd masalah......
HARAP SEMUA AHLI PAS IAITU PARTI ISLAM SE MALAYSIA JADILAH MUSLIMIN SEJATI,CARI KAWAN BUKAN LAWAN DAN KUATKAN SILATULRAHIM UNTUK MENENDANG UMNO-BN PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO, AHLI PARTI ISLAM KENA TUNJUK KE'ISLAMAN' SEBENAR BUKAN BUAT MACAM BERUK 'MAKYEH' YANG SEKETURUNAN UMNGOK-BN INSYALLAH ! FIKIR LUAR KOTAK ;)
BalasPadamGua setuju dan sokong pandangan Anda..perkara sebegini dah menjadi lumrah bila baru mendapat kuasa..kekadang terbawa watak2 cam UMNO....????
Padamsaudara cubala bayangkan, di PP, PAS hanya mendapat satu kerusi, punya meraq bueh dah rasa boleh perintah PP dpt jadi KM, puehhh EXCO pun tak rasa.
Padamdapat menjadi JKKK pun atas ehsan DAP melalui PKR. dasar tak sedaq diri.
PAS kpg saya umpama kera mendapat bunga. 37 pas masuk umna kemudian 42 pula di katakan pembersihan. sedangkan ahli tak banyak manapun. sedangkan dari tiada ahli PKR telah berjaya membuka beberapa ranting dengan ahli hampir 327 org. kemasukan tersebut sepatutnya disambut dengan rasa gembira kerana menguntungkan PAS bila PRK nanti melalui undi ahli. malangnya dijadikan musuh. oleh itu sekiranya tindakan tidak diambil, saya dan kawan2 akan berusaha supaya kemenangan tak diberikan kepada calon PAS. Biarla kekal kepada UMNOGOK.
BalasPadamDaripada UMNGOK baik PR (lain-lain parti) UMNGOK dah tentu parti sial kepada umat melayu. Yang hang pi songkong UMNGOK apasal.. Hujah pelik.. Mengenai PAS biar depa uruskan masalah antara depa..
Padamsalam bro.., menjadi ahli pd satu2 parti adalah tanda baiah kita dan memberi kekuatan kpd yg ahli yg lain.. semuanya penting menjadi ahli dan terus menyokong perjuangan yg dibawanya..
BalasPadamMemang lawak kalau ada ahli2 UMNO dakwa kenyataan UAI tu tanda sokongan beliau kepada UMNO.
BalasPadamPakcik Abang sekalian,
Saya umur 26 tahun, gemar pada kuliah UAI, dan kami org2 muda tahu lah UAI memang selamba kutuk-perli UMNO. Saya pun belum jadi ahli kepada mana mana parti, nak cakap senang macam ni lah...saya sokong perjuangan Islam, yang mana pemimpin2 nya punya berakhlak baik.
Benda simple Pakcik Abang, AKHLAK. Jadi saya undi PR. Khususnya PAS. Kalau di kawasan saya nanti PAS tak bertanding, saya undi apa saja asal bukan BN.
Sekian.
PAS...jaga hal ehwal Adat Dan Sukan bleh laa...
PadamAwat penulis panik sgt UAI tak mo joint PAS, siap reka citer yg UAI confirmed undi PAS...hang tuhan ke tau semua..
PAS ni dh lama ditubuhkan atas ehsan kerajaan British tapi sanggup jadi macai kpd parti baru mcm PKR ni...mana maruah ahli2 PAS ni...dayus la hangpa semua ni...
Hangpa ni, sikit2 bertakbir tp dlm masa yg sama tidur sebantal dgn kapir laknat si karpal singh yg terang2 menolak islam...mana hangpa letak akai dan akidah hangpa semua...kat putrajaya ke????
joint.... sendi..
Padamjoin... bersama-sama...
mmg umno btol la..mengagungkan british lg..sudah la 2..bertahaluf siyasi bleh..yg xbleh mengagung2kn org lain..
Padamada sbb kenapa ustz azhar ckp cmtu.hnya yg knal beliau n slalu dgr cramah beliau je tau knapa ustaz ckp cmtu...1benda korang kne tau, matlamat ustaz adalah utk mngajak muda mudi mendekati islam..pas sbg parti yg mmperjuangkn islam..bermakna target ustaz adalah untuk menarik golongm sekular(umno)..jd untuk apa beliau mmberi tahu parti mne yg beliau pilih kerana beliau nk tarik org yg masih x fhm...bkn org yg da fhm..beliau bijak mngatur strategi..kalau beliau mndedahkn identiti beliau, sudah pasti najib dan brahim ali akan sekat beliau..akan
BalasPadamsaya sokong
Padamaku dah baca version umno and pas pasal benda..aku rasa hujah bro kali nie kureng mantap dan tak padat..kalah dgn aper yg blog umno tulis..penulisan kena mantapkan lg kerana blog pakatan dah makin kureng sengat..penjelasan kabur
BalasPadamtarbiyah ni dgn hikmah..bkn fitnah..
Padamahli umno memang ramai... namun bukan semuanya akan pangkah umno berbeza dengan pas. ahli tk ramai tapi boleh menang.. jawapannya, ramai ahli umno yg sokong perjuangan pas. takbirrrr
BalasPadamramai nya beruk beruk umno kat sini,komken ntah apa apa agaknya....melalult mcm org gila aje
Padamsaya akui ahli UMNO ramai, bila undi tidak pada UMNO. itu PRU12, kami protes, kali ni tunggu, perkara itu takkan belaku. kami dah tengok kesan nya.
PadamAmbe rase Ustaz Azhar akan jawab spontan... ABU...Asal Bukan Amno...
BalasPadamBaca komen diatas.. mungkin liar.. macam subjek statistik lak..ha3...lawak2... biarkan org lama tercandu atau dimadu.. ambe org baru yg BERSIH! Politik bukan soal kalah menang bang. Bukan soal ketuanan Melayu. Politik ni soal prinsip. Udah2 ler. Jangan bicara soal politik la kalau setakat jadi pak angguk. Sumber berlambak dah. Mencari lebih baik, sedar la hak bawah tu boleh la bantuan duit yg x seberapa.. Atap 2,3 keping, dan hok berkepentingan sikit2 boleh la projek kecik2. Masalahnya hok atas tu duk songlap berjuta2. Aduh, senang hari ni saje x guna. Ambe x rela jerut leher ambe weh. kaji gop siket. dop payoh nok catat macam subjek statistik. Gelap gambor ambe.
BalasPadampentingnya :
BalasPadam6 Al- Baqarah 2 269 Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
67 Maryam 19 76 Dan Allah akan menambahi hidayat petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.
BalasPadam9 Al- Baqarah 2 213 Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
6 Al- Baqarah 2 138 (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.
BalasPadamsebaiknya kita dimalaysia mengadakan ruang di semua media dan ambil tokoh-tokoh ulamak ke dua parti meulaskan perkara atau hukum dengan keterangan ilmuan mereka dan umat ISLAM malaysia ambil dengan kefahaman dengan merujuk perkara tersebut sesudah :
BalasPadam28 A-li 'Imraan 3 8 (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
29 A-li 'Imraan 3 20 Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
DAN BERHUJAH ATAU MENERANGAN SESAMA SENDIRI ATAS KEMAMPUAN YANG KITA FAHAM BUKAN KERANA PARTI SAHAJA.DAN JIKA ADA MEMILIH PAS ATAU UMNO ITU KEINGINAN MASING-MASING. HARAP KAWAN-KAWAN JANGAN BETEGANG SETERUSNYA.