Gambar dipetik dari sebuah Blog Pro Umno |
MUFTI Perak dikatakan telah menegur Najib apabila Najib hadir di dalam Perayaan Thaipusam baru-baru ini di Batu Caves. Terbaru, beliau dikatakan hadir untuk menyampaikan amanat selaku pemimpin negara bukannya hadir untuk merayakan Thaipusam.
Justeru itu, aku menaruh keyakinan seperti yang dinyatakan baru-baru ini oleh Mufti Perak bahawa Najib tidak menyalahi hukum Islam apabila tidak merayakan sambutan Hari Thaipusam tersebut. Selebihnya, Wallahu Aklam.
Apa yang aku mahu tulis di sini adalah bagaimana pula dengan gambar di atas? Gambar dikatakan DS Anwar bersama masyarakat India di Perayaan `Ponggal'? Adakah DS Anwar hanya hadir sebagai pemimpin mereka atau turut meraikan bersama amalan agama mereka? Dan, adakah `Ponggal' itu perayaan agama atau sekadar adat kaum India?
Aku berjumpa dengan beberapa teman kaum India dan bertanya mereka tentang hal ini. Ada yang berkata `Ponggal' itu hanya adat sahaja bukan amalan agama, dan ada yang berkata itu adalah amalan agama. Jadi, pada aku jika ianya adalah amalan agama dan DS Anwar turut merayakannya, maka DS Anwar menyalahi hukum Islam. Sebaliknya, jika DS Anwar hanya hadir seperti Najib hadir di Batu Caves baru-baru ini, maka hukumnya sama seperti yang disebut oleh Mufti Perak itu. Sehingga kini, aku tidak jelas samada `Ponggal' itu adat ataupun amalan agama. Wallahu Aklam.
Baik, gambar yang menunjukkan DS Anwar `ditanda' pada dahi, aku telah mendapat jawapan dari beberapa rakan India bahawa `tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka. Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam. Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari. Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.
Kesimpulannya, aku tidak kata Najib atau DS Anwar betul atau salah. Di sini sewajarnya pihak-pihak berkuasa Agama Islam harus peka dan segera menegur kerana terlalu banyak yang mengelirukan kita berkaitan sesetengah amalan agama atau adat kaum dan ugama lain. Jika Najib salah, dan Anwar pun salah, maka tegurlah dengan segera. Isu ini lebih penting dari isu politik./wfauzdin.blogspot.com
good info bro...`tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka. Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam. Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari. Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.
BalasPadamTahniah bro penulis...satu artikel yg ikhlas...
BalasPadamtegur menegur menjadi kewajipan tetapi perlu disertai kajian mendalam.
BalasPadamyg menegur mesti ikhlas dan yang ditegur mesti berlapang dada menerima teguran.
kita tidak pernah taksub kepada individu seperti tuduhan umno tetapi membela sesiapa yg dizalimi walau mahathir sekalipun dizalimi kita kena bela.
bukankah setiap perbuatan sikap dan perjuangan akan dibentangkan kembali kepada Nya di kemudian hari?
so, umno pekida dan perkasa perlulah mempunyai sikap sebegini. yg dicari dan ditegakkan adalah kebenaran bukan perseorangan.
Penulis pas ni menulis mcm bangsat....dah tahu salah masih cuba nak spin....inai lah...majlis adat lah...bukan agama laa....halo bro...budak darjah empat lu boleh la kelentong.....akui lah bakal PM ke 7 ini dah makin sesat sejak di bebaskan dari mahkamah...kesan sumpah laknat dan doa org org alim....bala sedang menuggu beliau....
BalasPadamnajib@najis tu suci sangat ker bang... dia lagi sesat menyesat... kecik2 taknak mampos dah tua2 menyusahkan org
Padam04:13, Yang BN dok spin citer pasai PR kt TV3suku dan media bongok tu tak plak ko nk menyalak??!! Hancurrr la BN ndaknye..
BalasPadamAku heranlah penyokong tegar Pakatan haram ni.. Semua Anuwargay buat betul...Dah sah sesat wehh..
BalasPadamBeEND tu lagi rosak... umno perosak agama dan bangsa dulu kini selamanya
Padamini budaya org india menyambut tetamu, menghormati tetamu.. benar apa yg en Pandian - 5 hours ago, DSAI bukan join upacara sembahyang or join org india menyembah tetamu. kata 1 Malaysia, memahami adat resam kebiasaan semua kaum, mcm laungkan or ucap 1 Malaysia pakai kepala lulut...
BalasPadamMerujuk kepada Wikipedia, Dicatatkan bahawa ponggal adalah sambutah kesyukuran orang-orang Tamil di Tamil Naidu,Selatan India dan Sri Langka. Thaipusam pula adalah sambutan perayaan oleh mereka yang beragama Hindu untuk membayar nazar dan menebus dosa..
BalasPadamTanpa nama 6.33..
Padamaku bimbang orang melayu tak paham apa itu ponggal.. mereka hanya akan melihat segala aktiviti dari kaum india merupakan aktiviti agama.. persoalannya mengapa anwar terlibat dalam aktiviti yang begitu asing bagi masyarakat melayu untuk memmahaminya. Bukan semua melayu yang faham terutama melayu atas pagar. Ini merupakan kesilapan besar beliau! Harapan aku semoga PR dapat mentadbir Putrajaya walaupun isu ini nampaknya semakin gelap dikalangan melayu (atas pagar)
ari ni gua di sebelah bro,,,akidah jangan dimain harta sesiapa waima yg melakukan nya,,,katakan lah yg benar walaupun ulama umno atau pun pas,
BalasPadamApahal pun , gambar ini yang menunjukan ada tanda merah di dahi ( tandie )akan dijadikan isu besar .
BalasPadamGambar-gambar ini akan disebar seluasnya di Utusan Malaysia dan di felda-felda persis Ku Li kena tahun 1990 dahulu.
BalasPadamKata tak sokong kerajaan, wat pe nak cakap pasal 1Malaysia...bangang
BalasPadamkebanyakan adak orang melayu terikut dengan banyaknya adat hindu inai bakar kemeyan adat istiadat mengunakan kain warna kuning dan banyak lagi kan kan kan
BalasPadamAdakah ini tanda kejatuhan PR disebabkan tindakan 'bodoh' anwar dalam urusan perayaan kaum lain. Aku bukan penyokong kerajaan tetapi tindakan beliau bersama-sama meraikannya merupakan satu kesalahan. Walau dilihat sebagai adat, tetapi masyarakat masih lagi kabur melihat perkara ini sebagai satu adat tetapi lebih kepada terlibat dalam urusan agama hindu.
BalasPadamMengapa anwar tidak sahaja memerhati perayaan ini tanpa melibatkan diri dari memakai pakaian dan juga pelbagai barang yang disangkutkan ditubuh badannya. Bagi aku sekadar berdiri dan melihat perayaan itu. Jika hendak berucap maka penampilan perlu dilihat berbeza dengan kaum india disitu (bukan pakaian india dsbnya) Ini kesilapan paling besar beliau!
Bersanding berkompang tu adat saper? Belum pernah aku dengar ustaz kata yg bersanding berkompang tu tak haram.
BalasPadamMajlis yg paling diberkati adalah walimah yg di iringi dgn doa. Tapi lepas nikah & berdoa kebanyakanya berkaraoke. Muzik berkumandang bergegar2. Suara aurat pergaulan lelaki perempuan heh heh...
Pas nak laksana islam org islam sendiri tolak. Amik kau.
Menepung tawar penganting terang2ngan adat hindu. Ada korang sumer kisah?
Perhatikan betul2 DSA dijemput & diraikan sebagai tetamu.
Najib dtg pada upacara keagamaan. Nik Aziz juga berjumpa monk di kuil budha. TGA munkin berdakwah atas sifat dia sebagai org yg tinggi ilmunya.
DSA juga tahu apa yg dia lakukan setelah belajar dari peristiwa TGH memakai songkok bersalib dulu.
Hakikatnya kita kembali kepada asal usul kita. Sebagaimana pesan Nabi "aku tinggalkan kpd umat ku 2 perkara - Alquran & sunnah ku" Barang siapa memelihara ke dua2nya maka selamat lah dunia akhirat.
setuju dengan penulis... kalau DSAI atau mana2 pemimpian PR buat kesilapan budaya menegur/menasihati ini perlu ada... jgn jadi mcm puak rosak umngok beEND... apa pun misi kita semua tetap ABU!
BalasPadam