RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 15 Februari 2012

ISU ISRAEL - ANWAR BERTEMU NIK AZIZ, TINDAKAN TEPAT DAN BIJAK

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERLANJUTAN daripada nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz agar DS Anwar memberikan penjelasan atau menyaman akhbar AWSJ berkaitan isu sokongan terhadap Israel, maka difahamkan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz disambut baik oleh Ketua Pembangkang berkenaan.

Akhbar Sinar hari ini melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini. Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

Ini lah satu bukti menunjukkan pandangan setiap pimpinan di dalam PR akan dibincangkan sebaik mungkin.  Tiada istilah PAS mengikut telunjuk PKR mahupun DAP.  Walaupun DS Anwar adalah Ketua Pembangkang, beliau sanggup bertemu Mursyidul Am PAS bagi memperjelaskan isu yang dibangkitkan kerana amat tidak bijak jika beliau menggunakan media arus perdana untuk menjawab isu berkenaan apatah lagi kita tahu jenis apakah media dan akhbar di negara ini.

Apa yang penting, rakyat sedar betapa Umno sendiri tidak pernah serius menentang Israel malahan banyak bukti menunjukkan pengaruh Yahudi termasuk Apco telah lama berada di negara ini./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. apa hal nk jumpa Pok nik jea...ini isu Islam sejagat...Pok Nik sorang jea ke yg Islam kat msia ni....Pembohong cuma penipu jadinye temberang...

    kalau berani mintak maaf dgn seluruh umat islam didunia ni...apakejadah pi jumpa org tua nyanyuk tu...Islam bkn PAS punya la bro...PAS dan Pok Nik tu cuma pertubuhan politik dan ahli politik malaysia jea...jgn jadi pak turut la penulis...sekali sekala letakkan diri dalam konteks keislaman, bkn semuanya nk bertapakkan politik jea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedara yang spin isu ni ialah umno yang munafik iaitu musuh kepada pakatan rakyat,jadi supaya Pas tak terperangkap dengan politik jahat UMNO maka anwar jumpa pok nik yang kamu kata nyanyuk tu bodoh .kamu Bodoh , ulama mana ada nyanyuk kamu yang nyanyuk .Mungkin pok nik main politik supaya najib syok sendiri PKR-PAS retak lalu bubar parlimen, Lalu pok nik isytihar perang terhadap umno bersama PKR dan DAP mampus ranap terus umno ,jgn kamu kata orang tua nyanyuk nanti kamu jadi gila sebab umno kalah.ptuih

      Padam
  2. orang kata pada ulama orang tua nyanyuk
    semoga allah beri bala yang besar padanya
    semoga allah panjangkan umur pok nik..

    BalasPadam