AKU mendapat berita, malam semalam (26 hb Feb 2012) program ceramah yang dihadiri oleh YB Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir telah diganggu secara samseng oleh puak-puak tidak bertamadun. Program ceramah tersebut adalah di antara beberapa siri program serentak gempur Pahang oleh KEADILAN Pahang sejurus Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.
Ketika kejadian, aku berada di program ceramah bertempat di Kg Kempadang yang dihadiri oleh YB Saifuddin Nasution. Pada masa yang sama YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi berada di Lepar Hilir iaitu satu kawasan felda yang berada di kawasan Parlimen Paya Besar. Di situ sememangnya ramai penyokong Umno totok yang sekian lama telah diperbodohkan, namun sejak kebelakangan ini sambutan ke atas Pakatan Rakyat semakin meningkat. Ini yang amat menggerunkan beberapa pemimpin Umno dan YB di situ kerana mereka khuatir sekiranya dibiarkan aktiviti atau program PR terus diadakan di situ, para Peneroka Felda akan menjadi cerdik dan mereka yang cerdik sudah tentu tidak akan menyokong Umno lagi.
Dua beranak ini digeruni Umno |
Diberitakan malam semalam, program awalnya berjalan baik termasuk ucapan oleh YB Nik Nazmi yang tidak pun diganggu. Namun, apabila YB Nurul Izzah tampil ke pentas untuk berucap, tidak sampai lima minit puak-puak balaci upahan ini menyerbu dan terus merosakkan peralatan PA Sistem. Berlaku kekecohan dan dikatakan seorang tua mengalami kecederaan serius di bahu. Laporan Polis dikatakan telah dibuat pagi semalam oleh pihak Penganjur. Persoalannya, mengapa boleh berlaku sedemikian dan mengapa pihak polis tidak bertindak lebih awal untuk mencegahnya? Malas aku menjawab soalan ini kerana bukan sekali dua pihak Polis gagal bertindak cekap.
Program terpaksa dihentikan dan hajat mereka untuk menggagalkan ucapan YB Nurul Izzah berjaya. Mengapa takut sangat kepada seorang wanita muda ini? Jika pemimpin mereka memang penakut dan bacul untuk berdepan dengan ayah YB Nurul Izzah iaitu DS Anwar, itu kita faham kerana kehebatan Ketua Pembangkang ini. Sehingga kini tidak ada seekor pun pemimpin Umno yang mempunyai kejantanan untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar. Berbuih mulut Ketua Pembangkang ini mencabar Najib untuk berdebat samada di dalam isu ekonomi, hala tuju negara, isu Israel bahkan DS Anwar bersedia juga untuk berdebat di dalam isu moral. Malangnya, budaya takut dan menakutkan orang lain memang budaya puak yang berotak lembu kondo ini.
Bayangkan, sekiranya dengan anak perempuan DS Anwar bernama Nurul Izzah pun puak ini amat takut sehingga terpaksa `melembukan' beberapa Melayu yang bengap untuk menghalang ceramah beliau, di mana letaknya moral puak-puak ini? Keganasan yang mereka lakukan malam semalam akan dikenang oleh para Peneroka tempatan di Lepar Hilir bagi mereka menilai kembali sokongan mereka terhadap parti yang mereka sanjung selama ini.
Adakah kita gentar dengan ancaman seperti itu dan akhirnya kita akan berhenti dari memberi kesedaran kepada Peneroka Felda di Lepar Hilir? Jawapannya tidak. KEADILAN Pahang kini sedang mengatur program yang sama dengan penceramah yang sama di lokasi yang sama. Apakah yang akan berlaku pula selepas ini? Biarlah masa dan keadaan yang menentukan kerana prinsip kita di dalam KEADILAN, kita tidak akan pernah merasa takut atau serik dengan `lembu-lembu dicucuk hidung' ini.
Buat Penganjur, belajarlah dari kejadian ini agar kita mesti sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi apabila kita menganjurkan sesuatu program. Kita harus faham, demokrasi di negara ini terlalu jijik kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin yang penakut./wfauzdin.blogspot.com
Terbaik dari anda bro wan.. aku tak tahu ayat apa layak untuk aku muntahkan kepala lembu-lembu UMNO dan anjing belaan mereka. Ceramah pun dikacau! aku tak pernah dengar lagi ceramahh UMNO di kacau puak pembangkang!! keji dan hina mereka. Sebenarnya pandangan aku kepada melayu UMNO dah hilang dan rasa hormat tidak ada lagi! Apa yang ingin aku jadi adalah sebagai seorang Islam yang taat kepada Allah bukan atas nama bangsa! kerana Allah menjadikan kita berbangsa, berpuak, lelaki dan wanita adalah HANYA untuk saling kenal mengenali dan antara terbaik antara kamu adalah manusia yang bertakwa.
BalasPadamAnjing2 belaan UMNO dh mula di lepas kn.Tp anjing ni cma brani di skitar kandang ny je.Blum brtemu buku dgn ruas bro.Tunggu le satu hr nanti.Ada yg trgolek DOG.
BalasPadamAku nak ucapkan alhamdullilah,syukur,tahniah, syabas dan terima kasih yang tak terhingga pada mereka yang sentiasa membuat gangguan disetiap ceramah PR kerana anda telah Berjaya membuatkan makin ramai orang-orang diluar sana celik mata, hati DAN fikiran untuk membakul sampahkan BN dan seterusnya ABU. Kelakuan ala-ala samseng sebeginilah yang telah berjaya membuatkan rakyat semakin cerdik sedar untuk tidak memberikan undi mereka lagi pada BN. Tingkahlaku mereka inilah yang sebenarnya membuatkan makin ramai orang membenci UMNO BN,UMNO SUDAH TERLEWAT UNTUK BERUBAH. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada mereka YANG BERKELAKUAN SAMSENG INI, teruskanlah dengan berkelakuan begitu dan berusahalah dengan lebih gigih lagi ,usaha murni anda semua pasti akan di kenang. ...SELAMAT TINGGAL UMNO BN.
BalasPadam