RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 26 Februari 2012

TUDUHAN KHALWAT - KENYATAAN US DR BADRUL AMIN


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron
Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-penuh-ustaz.html#ixzz1nT5UPKVG

15 ulasan:

  1. Ek ele ape yang buat kerja kebajikan sorang diri...awak ustaz patutnya ajak beberapa orang teman kan kau jumpa bini orang tu.Ini lah akibat NAFSU Syaitan ...sendiri mau ingat lah.ALLAH MAHA ADIL.

    BalasPadam
  2. Berita dari orang munafiq jgn kite percaya..dlm hal ni saya percaya ianya konspirasi terancang..sama seperti dulu umporno nk bunuh karier politik mat sabu dgn kes yg sama
    Akhirmye terbukti ada dalang aka umporno disebalik kes mat sabu tu.

    Umporno mmg otak lucah,kuning, kaki rasuah,salahguna kuasa,rompak wang rakyat

    BalasPadam
  3. Dr Badrul Amin..anda adalah insan hebat. Sy penuh yakin dan percaya ini adalah fitnah terancang dari musuh2 Islam. Tabahkan hati dan kuatkan semangat. Pejuang Islam tidak akan mudah goyah. Biarkan malaun2 itu dijurang api neraka.
    Allah bersama dgn org yg benar.
    Semuga Shiar Islam dapat ditegakkan di bumi bertuah ini.

    BalasPadam
  4. Badrul Amin.. anda kata anda terperangkap, anda nafikanpun tak guna dah..

    Yang pelik kenapa anda mahu buat kebajikan jam 2.00 pagi untuk seorang wanita bergelar isteri orang.. Bukankah begitu ramai pimpinan PKR samada lelaki atau perempuan menginap dihotel yg sama..

    Walaupun anda punya Phd.. tetapi anda tidak mampu berfikir sejenak, ttg tektik dan teknik geraksaraf pihak musuh.

    Yang penting sekarang anda menjadi liabiliti kepada PR, meskipun anda menafikan sekeras-kerasnya kes khalwat anda, namun siapakah yg percaya akan penafian anda.. KERANA ANDA MEMANG MEMBENARKAN DIRI ANDA DIJADIKAN SASARAN KES KHLAWAT INI

    BalasPadam
  5. Bila UBA nak buat report polis pasal kena pukul dengan 20 orang tu ??

    Kenapa UBA tak saman hotel Swiss Garden pasal tidak menjaga keselamatan penghuni ???

    Boleh saman malu JAINP dan Polis sebab buat kenyataan kepada media yang fitnah dan malukan UBA.

    Apa apa pun memang UBA nampak teruk dan cedera parah masa HIJAU 2.0 kat kuantan akibat di pukul oleh 20 orang samseng !!!!

    BalasPadam
  6. kah kah kah..

    kalu da pemimpin pujaan dia tibai bini org pun dipanggil "imam mahdi", apa salahnya si bad ni follow jejak langkah yg sama..paling kurang pun dapat title "imam muda mahdi"...

    bini 2, anak pulak 7, yg syok sgt tibai bini org buatpe, boleh lepas dalam ekk, pastu kalu pregnent tak perlu komitment..keh keh keh..

    ini kes khalwat la brader, bukan tuduhan zina..kes khalwat kalu berdua2an bukan muhrim ditempat yg mendatangkan syak, da cukup da brader..tak perlu nak saksi kote bengkok pun ok...

    yg aku pelik kes2 begini hanya dikalangan pemimpin2 PR, sibuk mentarbiyah org, "awang" sendiri dilupakan...itu la, hasil ajaran nik aziz..kena dah..kopiah ntah kemana bila nafsu bergelora..

    BalasPadam
  7. Pkl 2.00 am dikatakan permpuan tu sampai hotel
    Utk check-in: sok sek sok sek mungkin ambik masa 15 min.
    Nak berjalan ke bilik: mungkin ambil masa 5 min.
    Kemudian sok sek sok sek kat bilik: mungkin ambik masa 5 min.
    So, yang tinggal cuma 5 min saja sbb kena serbu pada jam 2.30 am.

    Yang hairannya macamana laki pompuan tu boleh detect bini dia ada kat hotel tu?
    Macamana laki tu boleh kumpul samseng2 sampai 20 orang utk serbu bilik tu? Bila masa dia buat programm ni?

    Macam tak kena saja aku tengok kes ni?
    Macam kes abang Mat Sabu saja?

    BalasPadam
  8. abis telefon sex mat sabu tu ape?terancang ke terangsang?

    BalasPadam
  9. kaki burit jugak si ostad ni..hishhhhh

    BalasPadam
  10. puak 2 umno kalau kene macam ni tv pun tak nak siar, kalau bab pakatan laju jeeeee. umno kaki buritttttt

    BalasPadam
  11. Ini adalah perangkap UMno. Tambah2 lagi dah dekat PRU.

    Kita tanya samseng, mana samseng nak kata di samseng. Kalau kau orang tak caya, kau orang tanya lah pada samseng umno kat penang yang ganggu aktivis utk menghalang project Lynas. Mereka pergi ke majlis orang dgn lagak samseng, kemdian tak mengaku kata mereka samseng.

    Kesian betoi la kat samnseng2 umno ni. Depa nak buat majlis, tak dapat sambutn ramai, maka dah tak dak kerja, pergi la kacau majlis orang. Buat kacau, buat kerosakkan kat majlis orang.

    So, macam tu la kes ustaz Bad ni. Mana samseng2 umno nak ngaku mereka ni yang rancangkan, Mereka memang dari aweal nak dajaikan ustaz Bad.

    Ini lah BALA utk Umno menghina kepala lembu tempoh hari. Mereka pijak, mereka sepak, mereka ludah kepala lembu yang halal tu. Dan kini, balanya turun pada ahli2 UMNO yang tak ubah berperangai macam lembu. Malah lebih hina dpd lembu.

    Mereka bukan sahaja menternak lembu, malah menternak samseng2.

    BalasPadam
  12. org sibuk2 datang jauh2 berkumpul himpunan hijau di kuantan, dia ada "agenda" lain..settlekan masalah air tertunggak ke ostad?

    BalasPadam
  13. Kesilapan Ustad ini adalah kerana dia tidak membawa rakannya untuk membantu wanita tersebut. Jika ada rakan-rakan maka kes khalwat dan pukul ini mungkin berjaya dielakkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ...PERANCANGAN USTAZ NAK LEPASKAN NAFSU ...buat ape bwk kawan2.

      Padam
  14. buat apa tengah malam nak jumpa gn ostak..kalau dah tahu diri ostak kenapa ajak bini je??muslimat kan ramai...tengok kelantan lah pandai asing antara laki dan perempuan.nak tunjuk hero lah bawa bini org masuk bilik pagi buta..

    BalasPadam