TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Sabtu, 25 Februari 2012

ISU KEDAH - MB TIDAK PERLU DIDESAK LETAK JAWATAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

BETUL ke KEADILAN di Kedah yang sibuk-sibuk desak MB Kedah, Us Azizan meletak jawatan?  Betul ke di dalam PAS Kedah juga ada yang mahu Us Azizan meletakkan jawatan?  Adakah kerana berbeza pendapat sedikit maka kena letak jawatan?


Tulisan Nik Nazmi dari KEADILAN baru-baru ini yang dikatakan agak pedas mahukan Us Azizan meletak jawatan, aku rasa tidak wajar samasekali.  Siapa Nik Nazmi yang mahu Us Azizan melepaskan jawatan dari MB Kedah itu?  Jika benar Us Azizan salah atau silap, tolong tegur dan betulkan. Itu rasanya lebih beradab sebab Nik Nazmi adalah pemimpin parti juga.  Beliau bukan Blogger biasa macam aku ni yang kadangkala tak beradab.

Bukan Nik Nazmi saja.  Dalam PAS pun ada yang berperangai macam beliau.  Mungkin berbeza pendapat atau pendekatan menjadikan seolah-olah isu ini besar sangat.  Seolah-olah Us Azizan ini mentadbir terlalu teruk atau beliau kaki rasuah.  Jika berbeza pendapat sedikit itu menjadi punca, patutkah PAS desak Anwar letak jawatan juga kerana PAS mempunyai pendapat dan pendekatan yang berbeza dari Ketua Umum PKR itu dalam isu Israel?  Tentu tidak.  

Pada aku, Us Azizan masih releven sebagai MB Kedah kecuali jika ada yang lebih releven dari beliau, umpamanya orang itu akan sentiasa bersamaan pendapat dengan orang lain.  Adakah calon sedemikian?  Walau bagaimanapun, Us Azizan juga perlu bijak dan terbuka dengan teguran.  Jika perlu, bawa segala isu yang berbangkit ke meja rundingan.  Jika masih gagal, cubalah rujuk kepada Parti untuk menyelesaikan masalah.  Pada yang lain, usahlah asyik mendesak orang itu orang ini meletakkan jawatan.  Tumpuan besar adalah tumbangkan Umno/Bn lebih besar pahalanya dari tumbangkan rakan seperjuangan./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. amboi...
    hangpa anggaplah macam pak kita sendiri ust azizan ni... takkan dia kata sikit (kias2) hangpa duk berasa lagi kut...? sabagla sat....
    ni nak dekat nak raya (pru13) dah ni, hangpa kalut semacam pasai apa.....
    hangpa tau tak.... tu, musuh didepan nu...tak sabag nak pulas kita semua, jgn sabit pasai mb kita bercempera..... ish..ish..ish... hangpa ni karut semuala....

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah dah dekat nak 'raya' ni..ada 'katak-katak' sedang merenung langit mintak ujan..wang datang bergolek-golek..yg sana akan dtg sini..yg sini akan pergi sana pulak..

      Padam
  2. sokong..perjuangan belum tercapai janganlah nak cari pasal..jangan buat kerja macam org-org umno..suka, ada untung = simpan, tak suka, nakkan jawatan = pancung..ape ko lebih teror ker?

    BalasPadam
  3. Ust. Azizan ada cara sendiri tidak seperti UMNO yg masih mmpertahankan EXCO walaupun tak reti buat kerja.. Lagipun pemimpin2 PAS bukan berjuang kerana duit.. kalau dalam UMNO, dgn jawatan EXCO tu boleh senang2 jadi jutawan segera. Tapi dalam PAS tidak begitu.. kita semua kena faham.. ni bukan pertama kali kita kena asak.. boleh kata tiap2 minggu ada je muka si Bashah muncul komen pentadbiran negeri.. Yg sebenarnya mereka ni dah kemaruk nak dapatkan kuasa mereka semula.. lepas kalah 2008.

    BalasPadam
  4. Azizan ni pun 2 x 5 macam Hassan Ali juga lagaknya. Nak perbodohkan orang ramai seperti memperbodohkan budak Tadika. Adakah semua surat sokongan perlantikan yang beliau hantar tersebut terlalu berahsia, hinggakan pion di pejabat beliau sendiri pun tidak mengetahui maklumat tersebut? Di kepala keras Azizan ini asyik menegaskan bahawa beliau bukannya senang untuk dijatuhkan, kerana akan berlaku perpecahan dalam PAS Kedah kalau beliau dijatuhkan. Inilah sikap pemimpin "tahi kucing" yang dahulunya berlebai dan kini lebih sukakan kopiah sepanjang masa (nak dilihat mesra UMNO). Adakah semasa UMNO memerintah, PAS di beri ruang dan layanan yang begitu mesra..? Jangan dilihat rakyat marhaen bahawa "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan".

    BalasPadam
  5. Isu ini tak ada kena mengena dgn KeADILan Kedah mahupun pusat. Sila rujuk semula statement sdr Nik Nazmi. Tidak ada sebarang rujukan yg membawa makna kpd mendesak Ust Azizan meletak jwtn. Mohon rujuk statement asal dan bukannya ulasan atau laporan di media UMNO. Isu ini lebih kpd persoalan dalaman PAS dan KeADILan Kedah mengambil sikap berkecuali dan menghormati sebarang kaedah penyelesaian dalaman kepimpinan PAS.

    Saiful Izham
    Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
    KeADILan Kedah

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini