MELIHAT kepada perdebatan di antara Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng, ternyata benar kepada kita betapa kaum Cina di negara ini walaupun mereka dari parti yang berbeza dan ada di antara mereka terang-terang melakukan skandal, namun mereka tidak takut untuk berdepan bersemuka di pentas debat.
Terus terang dikatakan, andainya Chua Soi Lek itu dilahirkan sebagai Melayu nescaya Presiden Umno yang paling layak memimpin Umno sekarang adalah Chua Soi Lek kerana meskipun satu dunia tahu skandal beliau yang diakuinya sendiri, namun beliau seorang yang berani berdepan. Nasib baik Chua Soi Lek bukan Melayu dan bukan Presiden Umno. Jika tidak, PR pasti berdepan dengan masalah kerana Umno mempunyai Presiden yang benar-benar `jantan'.
Andainya Soi Lek itu Presiden Umno, pasti Umno nampak hebat!! |
Saya tidak mahu mengulas siapa yang menang di dalam perdebatan kelmarin kerana siapa pemenang adalah terlalu subjektif. Saya cuma boleh puji kedua-dua pendebat berkenaan kerana berterus terang dengan apa yang sering mereka laungkan di luar pentas perdebatan. Umpamanya, Chua Soi Lek tanpa ragu-ragu menyebut betapa hukum Islam yang diinginkan oleh PAS tidak releven di amalkan di negara berbilang kaum seperti Malaysia. Rujuk di SINI. " Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya" Pemimpin MCA ini adalah sekutu Umno yang semua tahu hujah pemimpin MCA itu lebih kurang juga dengan hujah Umno.
Begitu juga dengan Lim Guan Eng. KM P.Pinang yang cuba untuk menjadikan `Omar Abd Aziz' sebagai contoh pentadbiran yang telus, tanpa berselindung menyebut bahawa pendirian DAP adalah tiada istilah ketuanan Melayu, sebaliknya Ketuanan Rakyat. "Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," katanya. Sekiranya ketuanan Melayu dilagukan sepanjang zaman sehingga kiamat, percayalah masalah orang-orang Melayu tidak akan selesai juga. Buktinya, sudah lebih 50 tahun Umno mendendangkan lagu `ketuanan Melayu', cuba lihat fakta sejauh mana kemajuan Melayu? Benar, keluarga Shahrizat yang memperolehi RM250 Juta untuk NFC itu Melayu, dan memang tepat yang menggunakan duit zakat untuk membiayai peguam menentang Hukum Qazaf itu juga Melayu. Bahkan, Pengerusi Felda itu orang Melayu di mana Peneroka-Peneroka Felda yang tertipu dengan harga sawit (KPG) juga orang Melayu.
Justeru itu, hujah Lim Guan Eng bahawa Ketuanan Rakyat lebih releven untuk diperjuangkan sememangnya tepat. Kita tidak boleh diperbodohkan oleh pemimpin MCA yang mendakwa DAP telah diperkudakan oleh PAS, di dalam masa yang sama Umno pula mendakwa PAS telah diperkudakan oleh DAP. Kita jangan pelik mengapa begitu cerca merba nya pemimpin-pemimpin Bn bermain propaganda kerana mereka sendiri tahu di dalam PR tiada sesiapa pun yang diperkudakan, cuma mereka sengaja mencipta propaganda walaupun ternyata lintang pukang sesama mereka.
Semakin lama semakin jelas, Umno kini tidak mempunyai taring lagi. Justeru itu, Najib berulangkali merayu agar kaum Cina menyokongnya dengan kata-katanya yang paling popular " I help U, U Help Me'. Tetapi, adakah kaum Cina boleh terima rayuan Najib di saat Umno kini tersepit? Umno patut malu apabila di dalam perdebatan semalam semua yang hadir dan menonton debat tersebut diajukan persoalan, "Bila pula Najib mahu berdebat dengan Anwar"? Jawapannya, harapan tinggal harapan kerana Presiden Umno atau PM sekarang Najib bukan Chua Soi Lek. /wfauzdin.blogspot.com
Walaupun tiada siapa yang menang, tetapi kita dapat kenali siapa yang hipokrit. BN menerusi CSL adalah menunjukkan hipokrit kerana dalam sebahagian hujahnya parti ini cuba membuktikan DAP dipermainkan PAS dan sedangkan dalam isu2 dimainkan oleh UMNO dalam medianya pula menuduh PAS diperkudakan DAP. Bukankah ini maklumat yang bertentangan. Berbeza dengan parti2 dalam pakatan rakyat dimana mereka jelas berjuang untuk ketuanan rakyat dan mencegah rasuah dan membina negara kebajikan. haha sekarang kita boleh menilai, siapa yang 'menang' dan siapa yang 'tewas' sebenarnya dari hujah masing-masing
BalasPadamcredit jugak la untuk hero porno chua colek-colek... kurang2 dia berani menegakkan benang yg basah... naji$, ada berani??
BalasPadam