RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 28 Mac 2012

BEKAS ORANG KUAT NAJIB DI PEKAN MAHU TALQINKAN UMNO



Mari talqinkan UMNO.

Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya.

Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.

Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik.

Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can you offer a bright future when you have created only a dark past?

Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Kenapa?

kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.

Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.

Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu.

Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.

Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa.

Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM.

Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.

Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar.

Sebetulnya kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim.

Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang. /sakmongkol
 

Siapa Sakmongkol?

My Photo
 
Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com

7 ulasan:

  1. kalu ikut blue print pru12..bukanlah 51,49..

    najib bijak jg..51,49 adalah bayangan kerajaan thailand baju merah,bj kuning

    bila merah naik, depa naik keta kebal. bila kuning naik naik, depa naik keta tank. seluruh donia menyaksikan bandaraya jadi zon perang, rakyat pergi kedai merangkak2. baru je bbp thn jgn lopa plak..

    hospital jadi kubu pemerintah.. kereta2 rakyat dikumpui jadi kubu tentera (kelakar pun ada)..

    itulah maksud '51-49' nobody win , nobody loss.. ada pemimpin ka mati masa tu..yang rakyyat byk mati adalah..masa demo ramai bawak bedera kuning ..yg tertembak tentera dan senyap belum kira...

    bidalan terbaik buat kita kita kita semua..

    sapapun menang kuning ka merah ka..hijau cokelat..

    selatan thai ..umat islam ...tetap sadis...
    terlampau byk cerita yg harakah keadilan dap tak papar dlm akhbar mrk buat sempadan..

    mereka buat kita mcm binatang lol.. korang nak undi pkr nak undi pas no problem la.. tp pikir 10000 kali sblum undi D** tu.. bila2 masa mrk buleh push org dia jd Perdana M******.

    Hati naluri tentera kita pun terbagi dua..satu peluru ja cukup utk start satu perang saudara. tp 10000 suara belum tentu dpt hentikan perang yg dah menggila..

    semoga yg baik jd teladan yg buruk jd sempadan
    maaf agak kasar sbb membara

    BalasPadam
  2. Aku memang nak TALKIN kan UMNO ni. Dah lama dah. Sekarang ni dia bagi hangat lagi. BILL LETRIK AKU naik sekali ganda bulan ni.
    Daripada RM 190/mth naik kepada RM 286/mth.

    Dia orang naik senyap2...tak mau heboh2 takut rakyat memberontak. So, kali ni aku bai tahu kau orang yang KADAR BIL LETRIK DAH NAIK....

    ...sorry keluar tajuk, just nak buat hebahan supaya ramai2 koita TALKINkan Umno masa PRU-13 nanti sbb susahkan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana kroni2 UMNO dikalangan perniaga IPP. Harga IPP dikekalkan walaupun harga boleh turun, sebab apa? sebab ini kroni depa (UMNO). MARI KITA ABUKAN MEREKA.!!

      Padam
  3. hang tak tau ka bil elektrik, minyak mesia yg terendah di asia..hangpa tidoq ka..

    tulah nikmat Allah jarang kita bersyukur
    sekali sekala Allah bg demam, hingus...

    ''Allah ...Allahhhhh... ''baru nak ingat nikmat nya yg banyakk..berlumba2 org singpork isi minyak..org thailand isi minyak siap modify kereta jadi tangki minyak lg..

    Yaa Allah Kau telah Menurunkan Nikmat yg banyak.. aku ..ya rab ...yg pelupa nikmatmu yaAllah.. ampunkan aku Ya Allah.. hakikatnya enngkau yg memberi..Ya Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang tak tahukah harga IPP boleh rendah lagi dari sekarang? bukan soal nikmat tetapi soal tidak mempertahankan pemimpin yang ambil kesempatan kepada rakyat. Bukan semua rakyat mewah macam hang!! duit buang aja macam makan kacang. Pemimpin Thailand dan Singapore adalah kafir. apa mereka tahu tentang nasib rakyat! yang pasti kita negara Islam (konon UMNO perjuangkan) tapi pemimpin serupa teruk macam negara kafir!

      Padam
    2. taau pun PAP KAPIQ yg xgunak

      anuaq nak tipu korang nak bg naik dap
      dap tu tak pap ke....dia da byk kali tunjuk samseng..hang lg menipu dia

      Padam
  4. 1. kalu lah IPP tu dibawah kuasa kerajaan Selangor ..tak ke SEMESTER BERHAD JADI IP PRIVIDER JUGAK...depa ni lagi pelahapp. pkr tu umno la jugak..jgn xtau..

    2. Jika hang tentang IPP tu ..bagus ss(wa sokong lu)..

    sekuat berapa darjah lu lawan IPP? 180 darjah?? MAKA SEKUAT ITULAH HANG KENA LAWAN DAP LAKNATULLAH TU... SAMA SAJA..MASALAH LEBIH BESAQ Daritu JIKA BAWAK DAP NAIK JADI MENTERI..

    BalasPadam