RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 27 Mac 2012

AMK PERLU KEMBALI BERBISA

Oleh:  WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Umum semakin tiba.  Boleh jadi bulan Jun ini kerana Najib tidak boleh melewat-lewatkan lagi tarikh untuk membubarkan Parlimen kerana semakin dilewatkan maka semakin `longgar dan terlondeh' kain Umno. 

Sekarang ini pun tidak cukup pentas dan tanah Najib mengelilingi setiap pelusuk negeri untuk menepis berbagai isu hangat yang ternyata membusukkan imej Umno yang Mahathir Kutty pernah sebut Umno telah busuk hingga ke usus itu.  Walaupun Umno dibantu oleh media pencacai saban hari untuk menepis dakwaan Pembangkang, namun Najib merasa ianya tidak mencukupi kerana rakyat sekarang bukan seperti di zaman 70-80an yang mudah diperbodohkan oleh media kawalan Umno.  Media-media alternatif yang lain seperti Blog, Facebook dan Twitter serta dibantu oleh siri penerangan berterusan dari Pembangkang menjadikan rakyat semakin cerdik menilai sesuatu isu.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, PRU ke 13 kali ini adalah penentuan samada perlu dibenarkan Umno/Bn meneruskan pemerintahan yang menyusahkan rakyat atau perlu kerajaan ini diambil alih segera melalui Pilihanraya.  Bukan suatu yang mudah kerana tanpa strategi dan usaha semua pihak yang mahu melakukan perubahan maka cita-cita untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya sukar untuk dicapai.  Sasaran 30 % sekurang-kurangnya kita mampu menarik ahli-ahli Umno untuk bersama Pakatan Rakyat mesti dilaksanakan.

Saya masih ingat di era reformasi tahun 1998/99, golongan yang paling ke depan untuk menjatuhkan rejim ini adalah golongan muda.  Setelah KEADILAN diwujudkan, suara anak muda tetap berada di hadapan dari kalangan Pemuda KEADILAN diwaktu itu.  Pentas-pentas ceramah kebanyakannya diatur oleh golongan ini, manakala golongan lain di dalam parti sekadar penyokong dan pemberi semangat dan nasihat kepada golongan muda.  Pentas Pemuda, Sumpah Keramat Pemuda adalah di antara satu program yang berjaya menggerunkan Umno waktu itu.  

Berbeza dewasa ini, golongan muda masih ramai yang bersemangat untuk bersama kita.  Malangnya, mungkin kita mempunyai ramai penyokong muda yang bersemangat tinggi tetapi kita kekeringan bakat kepimpinan dari golongan ini.  Tidak semua, masih terdapat beberapa negeri yang mempunyai Ketua AMK yang aktif dengan berbagai program selain dari program rutin seperti mengedar risalah dan menampal poster.  Masih juga terdapat beberapa pimpinan AMK yang lantang bersuara samada di atas pentas ceramah mahupun perdebatan atau berani tampil menjawab beberapa isu penting berkaitan parti.  Mereka akan berada di hadapan sebagai benteng melindungi parti mereka dari serangan musuh samada secara fizikal mahupun serangan propaganda.  Itulah pemimpin muda yang perlu diperbanyakkan.

Tidak kurang juga pimpinan AMK yang hanya memegang jawatan sekadar memenuhi keperluan.  Mereka seakan-akan bankrap idea untuk merancang apa yang patut mereka lakukan untuk membuktikan bahawa mereka adalah Ketua AMK sejati.  Mungkin ada Ketua AMK yang `culas' untuk menghadiri Mesyuarat Parti samada di peringkat Cabang mahu pun Negeri.  Mungkin ada Ketua AMK Negeri yang tidak pernah melihat Minit Mesyuarat AMK Cabang.  Alasan kononnya Cabang tidak pernah bermesyuarat.  Jika ditanya pula kepada Cabang, mereka mungkin akan menjawab, "bagaimana kami mahu bermesyuarat jika bos kami di atas pun suka ponteng mesyuarat? 

Kita akui, ada di antara pimpinan AMK yang tidak gemar kepada publisiti dan mahu dilihat berperanan di belakang tabir.  Mereka sememangnya membuat kerja untuk parti tetapi tidak mahu menonjol.  Anggapan itu salah kerana mahu atau tidak, suka atau tidak, pemimpin harus ke hadapan.  Pedulikan mereka yang mengecop sebagai `kaki bodek' atau `ampu' atau pun digelar `gila publisiti', apa yang penting nawaitu kita mesti betul dan ikhlas.  Selaku pemimpin muda, kita selayaknya ke hadapan kerana golongan muda banyak kelebihannya dari golongan berusia.

Seandainya selaku pimpinan muda kita banyak mendengar kata-kata orang bawahan daripada kita mengemukakan pandangan dan pendapat kita, maka kita gagal sebenarnya dari segi kepimpinan.  Bukan suara bawahan itu tidak penting, suara mereka yang rasional mesti diambil kira.  Pimpinan muda di peringkat Cabang harus punyai idea untuk mempelbagaikan program dan aktiviti, begitu juga pimpinan muda di peringkat Negeri harus mengatur dan merencanakan program di seluruh Cabang di dalam negeri. 

Dikhabarkan ada pimpinan muda peringkat Negeri yang sudah merasa `fade-up' memegang jawatan.  Bukan kerana hilang kepercayaan kepada parti sendiri tetapi mulai merasa kelemahan diri sendiri yang tidak mampu menjadi ketua yang baik.  Bayangkan jika ahli-ahli sendiri pun masih tidak kenal siapa pemimpin mereka, tidakkah itu sebagai tanda hilang kewibawaan sebagai pemimpin?  Maka, amat bijak jika mereka menyerahkan jawatan itu kembali dan pimpinan teratas akan mencari tokoh muda yang benar-benar mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan berwawasan.  

Syabas kepada beberapa Ketua AMK Negeri yang sering ke hadapan dengan berbagai program dan aktiviti yang terancang di samping bersedia bertempur dengan pihak musuh, bukannya bertempur sesama sendiri.  Di antara beberapa tokoh muda yang lain, saya amat tertarik dengan kepimpinan Sdr Rebin Berham sewaktu beliau memegang jawatan Ketua AMK Negeri Sembilan dan kini kepimpinannya diwarisi oleh Sdr Nazri Yunus yang juga menampakkan kehebatan seorang pemimpin muda yang berpotensi.  Kepimpinan di Selangor, P.Pinang dan Johor juga menampakkan kepimpinan muda yang berbakat.  Semoga AMK akan kekal mewarisi kehebatannya seperti dahulu./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Senarai Pemimpin PKR keluar parti Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor Ketua Penerangan, Ruslan Kassim Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti: Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak Naib Presiden, Jeffrey Kitingan Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen Ahli Parlimen Bayan Baru -Datuk Seri Zahrain Mohamed Ahli Parlimen Nibong Tebal -Tan Tee Beng Ahli Parlim
    Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen Ahli Parlimen Bayan Baru -Datuk Seri Zahrain Mohamed Ahli Parlimen Nibong Tebal -Tan Tee Beng Ahli Parlimen Bagan Serai -Mohsin Shamsuri Ahli Parlimen Kulim Baru -Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Wangsa Maju -Wee Choo Keong Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Adun Behrang -Jamaluddin Mohd Radzi Adun Changkat Jering -Kapten (B) Mohd Osman Jailu Adun Ngemah -Gabriel Adit Demong Adun Lunas -Md Radzi Salleh Adun Pelabuhan Klang -Badrul Hisham Abdullah Adun Bukit Selambau -V. Arumugam Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang -Fairus Khairuddin LAST SEKALI ORG YG MASUK PAS KERANA DSAI...DATO DR HASSAN ALI.. BELIAU BUKAN SJ MASUK MINTA GENG2 Dia masuk skali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. au mak ramai nya ....

      Padam
    2. Yang pasti, jelas antara yang benar dan kroni. Tak kira berapa ramai keluar sekali pun, angka bukan segala2. Jika angka penentu kebenaran. Penganut kristian lebih ramai dr islam di dunia ini, adakah dgn jumlah mereka ramai (tak masuk islam) bermakna mereka benar :-). Kuantiti yg sedikit tapi berakal lebih baik dr kuantiti yg banyak tapi tak berakal. Kuantiti bnyak dan berakal lebih baiknya.

      Padam
    3. ahli dap perak 18
      ahli pas perak 5/6

      tp pas dipilih sultan jd ketua
      syukur ...bilangan yg sikit dpt mengalahkan yg byk

      Padam
  2. Di dalam ramai2 yg disebut keluar parti di atas, adakah menjadi kudis kpd PKR mahu pun berupaya mmbantu Umno? Yg Jelas, PKR bertambah hebat setelah kehilangan mereka dan Umno semakin merudum....ertinya apa?

    BalasPadam
  3. dulu kwn aku pangkah dap..now dah larik jadik pensyarah itm..sblum bla dia sempat kata.. skrg nyesal plak undi dap..

    sandarannya begitu lah...tu kwn aku sendiri.. lebih dlm lg apa maksudnya..sbenarnya kita taktau apabenda hinggalah terjadi pd dirinya sendiri..

    BalasPadam