RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 19 April 2012

NAIKKAN BENDERA PAS, PKR DAN DAP DI STESYEN KOMUTER




Harakahdaily, 18 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 18 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh penyokong dan ahli Pakatan Rakyat untuk menaikkan bendera parti komponen Pakatan Rakyat di seluruh stesen komuter di Selangor.
 



Menurut ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor, ini berikutan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah membenarkan Barisan Nasional (BN) menaikkan bendera mereka di kebanyakan stesen komuter di negeri itu.

"Bagi membuktikan pihak pentadbiran KTMB bersikap terbuka dalam ruang demokrasi di negara ini, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang ini untuk mengibarkan bendera di stesen yang sama. 
 
 


"Dalam pada pihak KTMB memastikan bendera BN terus berkibar, bendera parti komponen PR juga perlu terus dikibarkan sama dan jangan ada tindakan sabotaj dibuat terhadap bendera milik parti komponen Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, Stesen Komuter KTMB adalah milik awam dan tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera Pakatan Rakyat ditegah.

Stesen komuter juga ujarnya perlu dijadikan kawasan yang bebas kepada mana-mana parti politik untuk menggantung bendera masing-masing.

DPPM juga ujarnya mengajak kakitangan KTMB yang menyokong Pakatan Rakyat agar jangan takut dalam menyatakan sokongan terbuka, kerana itu adalah hak mereka masing-masing.

"Mereka juga diajak untuk turut sama menggantung bendera parti komponen Pakatan Rakyat di stesen komuter di sekitar Selangor tanpa rasa takut.

"Jika mereka dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan KTMB atas tindakan mereka itu, ini membuktikan KTMB masih dikawal oleh pengaruh BN yang mengongkong kakitangannya daripada menyatakan sokongan politik kepada mana-mana pihak," katanya./Harakahdaily

4 ulasan:

  1. Setuju sangat lah.....
    Harap pengurusan KTMB berfikiran matang.
    Mesti adil utk semua.
    Jangan jadi beruk sudah lah....

    Harap ahli2 yg telah pasang bendera tu dapat mengambil gambar/video sebelum dan selepas pasang. Mana tahu lah kalau2 ada beruk yg gatal tangan menurunkan bendera2 kita. Ini bukti utk rakyat siapa rakyat melihat beruk mana yang buat kacau

    BalasPadam
    Balasan
    1. gua setuju bendela pas ngantungkan kan ktm..

      mintak majlis pembandaran kelantan turut sama BENARKAN menggantungkan bendera BN UTK BUKTI KAN KETERBUKAAN MEREKA.

      Padam
  2. Kawan2,
    Saya dengar kata pelajar2 yang berkemah di datarn Merdeka telah di serang oleh beruk2 umno pada pukul 2.40 paga tadi.
    Ada yang cedera.

    Nasihat aku, beruk2 ni telah menyerang masuk,merosakkan dn menyerang kawasan pelajar. Persoalannya kenapakan kita tidak bertindak balas mempertahankan kawasan dan harta benda kita. Dalam islampun, kalau ada orang membuat kacau dan cuba merosakkan harta benda kita di kawasan kita, maka kita wajib mempertahankan. Takkan asyik nak kena buli aja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org da cakap ribu2 kali nak buat 'onar' wat kat negeri pakatan ...kasi busuk negeri sendiri..

      itu hari wat kat penang ...mengamuk tak LEE GUAN ENG.?? kalau mereka ni LEE KUEN YEW CAMANA APA AGAK TINDAKAN MRK PADA EZAM?? PIKIR2 La..apa akan jd pada melayu ezam

      Padam