RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 15 Jun 2012

APA AKAN JADI KALAU RAKYAT BOLEH BERDEBAT DENGAN RAJA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BAYANGKAN jika rakyat biasa boleh bepeluang berdebat dengan raja, tentu menarik sekali.  Aku yakin ramai keturunan raja di seluruh dunia ini cerdik-cerdik belaka dan berpelajaran tinggi, tetapi mungkin ada juga raja di dunia ini yang bukan sahaja tidak berpelajaran tinggi, tetapi ego. sombong dan zalim pula.  Maka, andainya rakyat boleh berhujah dengan raja di atas apa yang dia tidak puas hati atau terasa dirinya dihina oleh raja, sudah tentu tiada raja di dunia ini yang sewenang-wenangnya menunjuk lagak.

Sejarah lalu ada kisah raja atau Sultan yang suka berhujah dengan rakyat.  Kisah Sultan Aminur Rasyid terkenal dengan sikap baginda yang bijak dan sering berhujah dengan rakyatnya.  Ada juga raja yang zalim tetapi masih memberi peluang kepada penentangnya untuk berhujah di depan beliau.  Tetapi kerana zalimnya, hujah kebenaran yang dibawa di hadapannya ditolak mentah-mentah.  Tetapi sekurang-kurangnya raja zalim ini mahu berdebat.  Lupakah kita kisah Nabi Ibrahim A.S yang berhujah dengan rajanya berkenaan berhala?  

Amat malang sekali di era moden ini jika ada raja yang memerintah mana-mana negara atau benua sekali pun yang takut untuk berdepan dengan kebenaran.  Ada raja yang sentiasa menganggap rakyat berada di bawah telapak kakinya.  Raja yang suka memperbodohkan rakyatnya itu sebenarnya raja yang tidak cerdik tetapi berselindung di bawah kuasa yang dimiliki walaupun kuasa itu sebenarnya tidak bermakna jika tiada rakyat.  Raja jenis ini jika memerintah, rosaklah negeri kerana dia menyangka dia lah Tuhan yang tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang betul sedangkan rakyat kenal asal keturunannya.

Nasib baik di negara kita raja-raja semuanya baik dan bijak belaka kerana kita tidak pernah dengar raja menampar atau menyepak rakyatnya, tidak pernah kita dengar raja minta balak, tidak pernah kita dengar raja kaki berpoya-poya dengan wanita malahan kita tidak mempunyai raja yang membazir.  Bahagianya kita.  Ada teman membuat lawak bodoh memberitahu aku, ada raja yang selalu dikritik tetapi tetap tenang, aku bertanya siapa raja itu?  Teman ku jawab, " Rajagopal", Jurulatih Bolasepak Harimau Malaya.  /wfauzdin.blogspot.com

16 ulasan:

  1. cilakak punya bapak...

    cilaka punya mak...

    pasal ko berpoya2 la aku xdapat belajar...spm kantoi...babi punya mak bapak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..
      Hormatilah ibu bapa seperti yang disuruh oleh Allah swt. Perbuatan dan kata-kata yang baik hendaklah digunakan kepada ibu bapa kita.
      Ganjaran pahala diberikan kepada anak yang menghormati ibu bapa walaupun ibu bapa itu ada melakukan kesalahan terhadap kita.

      Padam
  2. Sebesar mana kerajaan kamu
    Sebesar mana kuasa kamu
    Sebesar mana harta kamu
    Sebesar mana pangkat kamu
    Sebesar mana ponyokong@ golongan kamu
    INGAT KAMI ORANG-ORANG ISLAM HANYA TUNDUK DAN TAAT KEPADA ALLAH DAN KERANA HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERHAK DI “SEMBAH” DAN ALLAH LAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA.
    Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

    BalasPadam
  3. 11 Yunus 10 18 Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Dia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.

    BalasPadam
  4. 28 Al-Hajj 22 73 Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
    http://www.youtube.com/watch?v=vZ31DIMU3k8

    BalasPadam
  5. cakap mcm burung tiung, tak sedar diri yg dijadikan dari tanah, kentut busuk sama busuk mcm kentut aku.

    BalasPadam
  6. raja malaysia punya peranan cykup ganjil...disaaat2 anuwar menjual kuasa dgn rakusnya..utk menipu dap2 semua...

    raja perak perisai terakhir menyelamat org melayu islam kita

    dgn dap 18
    dgn pas 5/6 bila2 masa dap boleh jd MB PERAK..IAITU PENANG KE2 (singpork ke3)

    sekira ko pelekeh aatau menjatuhkan raja..ko org nelayu menjatuhkan dirï sendiri..

    pas terhutang budi padà sultan selangor kerana berjaya menipu DAP pada saaat2 akhir...

    skiranya pakatan menang adakah salehudi ayub akan tepilih?? kini DAP KNOW HOW PLAY GAME.. MASUK SBG MELAYU/anon bantai raja bg pihak pakatan... sekurang2 pkr akan terpilih jd MB JK menang di johor...


    akhir aku nak tanya korang pas ke bukan
    melayu ka.menyamar melayu.???

    BalasPadam
    Balasan
    1. sultan perak le

      Padam
    2. Harap je Melayu. Harap je ngaku Islam. Tak nak jadi Singapork konon.
      Pasai apa tak buat hudud?????

      Padam
    3. Payah nak paham puak-puak nih...ati gelap...tugas orang yang faham la bagi faham puak2 tuh...jangan marah2 dgn dia org...

      Padam
    4. Sejarah umno jahat ni...Singapore tu jadi negeri lain sebab umno yang buat. Bukan pas buat, bukan dap buat, bukan pkr buat. Semua umno bagi bulat-bulat kat lee kuan yew. Kalau umno tak serah kat orang luar takkan jadi singapore sekarang. Ini pun umno nak pertikai ke?

      Padam
    5. betul tu.. umno (lama) bagi singapore kat lee kuan yew, umno (baru) bagi pulau batu putih dan tanah KTM kat singapore

      Padam
  7. Harap mana-mana Tuanku tidak lupa kepada mereka yang pernah melupuskan kuasa raja dan mengaibkan tuanku dulu. Mereka inilah sekarang ni cuba berpura untuk jadi pembela...raja. Mereka ini dari keturunan kitul dan mendeliar...banyak di kedah,penang.Mereka ni suka buat dan makan kek berbentuk tahi dan demo dengan coli dan seluar dalam! Awas!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuanku-tuanku perlu banyak membaca dan belajar sejarah melayu supaya sedar siapa yang mengkhianat raja adalah umno

      Padam
  8. SUKA CERITA RAJA BERBOGEL TAPI PERCAYA PAKAIAN TERCANTIK ! RAKYAT PUN HO HA HO HA PUNYA BELA SANG KELIBUT ! BAWAH TEMPURNG ADA KATAK YANG MELALAK !

    BalasPadam
  9. Tetapi seandainya negeri atau negara tiada Raja, ianya tidak bererti akan punah ranah atau hancurlah bangsa di negeri atau negara itu. Mari rujuk Melaka, sebuah negeri yang dahulunya mempunyai Raja tetapi kini Melaka tiada Raja atau Sultan. Adakah hilang bangsa Melayu atau Islam di Melaka? Rakyat Melaka berbangsa Melayu kini masih berbahasa Melayu dan berugama Islam

    BalasPadam