RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 22 Julai 2012

TOK PA GELISAH BILA ARTIS SEMAKIN TINGGALKAN MAKSIAT


Oleh: WFAUZDIN NS
ORANG Kuat Umporno Kelantan yang asyik kempunan mahu jadi MB Kelantan, Tok Pa jadi pening apabila golongan artis mula berebut-rebut untuk bersama PAS dan PKR.  Paling memeningkan beliau, setelah para artis ini menyertai PAS dan PKR, mereka pasti akan berubah daripada keadaan yang "tidak senonoh" kepada yang lebih senonoh dan bermoral. 

Man Kadir @ Pak Jabit - Orang Kuat PKR Pahang
Dayangku Intan - Sertai PKR
Berbeza dengan artis yang berebut masuk Umporno.  Tiada beza langsung, daripada keadaan "tidak senonoh" dilihat lebih "tidak senonoh", cuma bezanya mereka apabila masuk Umporno poket mereka mungkin agak "kembung" sedikit.  Memang pun Umporno parti untuk para `peminta sedekah' yang selalu beranggapan rezeki datangnya dari parti sekutu Apco ini.

Aishah bersama PAS

Abby Abadi - Baru Sertai PAS


Maka, Tok Pa pun berkata bahawa PAS `terpaksa' memerlukan kerjasama artis kerana tertekan dengan kejayaan Umporno mendekati golongan muda.  Orang muda mana yang semakin mendekati parti lembu kondo itu, wahai Tok Pa?  Apatah lagi di Kelantan, Umporno langsung tiada di fikiran anak-anak muda Kelantan.  Tok Pa tidak sedar bahawa semangat anak-anak muda di Kelantan kini meresapi semangat anak-anak muda di negeri-negeri lain yang bakal menumbangkan Umporno di dalam PRU akan datang.

Bob Lokman lebih awal sertai PAS

Hairie - Sertai PAS


Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk Dikir Barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.  "Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya lagi.  Kenyataan Tok Pa terlalu cetek dan dangkal sekali.  Tok Pa lupa bahawa Dikir Barat dahulunya dilarang di Kelantan kerana semua tahu bahawa di dalam persembahan Dikir Barat ketika itu banyak adegan yang berunsur maksiat.  Penyanyi wanita dan kadangkala `pondan' menyanyi sambil menggoyang-goyangkan punggung mereka di khalayak ramai serta lirik lagu dikir yang kadangkala lucah amat bertentangan dengan hukum Islam.  Bahkan, sehingga kini persembahan Dikir Barat yang mempunyai unsur-unsur maksiat sedemikian terus dilarang, namun para artis semakin menyokong PAS kerana mereka faham Seni Islam itu bagaimana, kecuali Tok Pa yang masih tergila-gilakan "bapok" beraksi di dalam dikir.

Leman Raja Lawak bersama PAS
Begitu juga dengan Mak Yong yang diharamkan oleh Kerajaan PAS Kelantan kerana terdapatnya unsur-unsur syirik serta khurafat di dalam persembahan tersebut.  Sebenarnya, bukan sahaja Dikir Barat atau Mak Yong bahkan persembahan nyanyian biasa juga dikawal oleh Kerajaan PAS Kelantan.  Adakah artis menjauhi PAS?  Tidak, kebanyakan artis memahaminya kerana artis tersebut berugama Islam, tidak tahu lah kalau Tok Pa berugama `Tok Cha" kerana gagal memahami hukum Islam.

Mustahilkah Siti Nurhaliza akan sertai PAS?
PAS tidak buru Mawi, tapi kalau Mawi mahu sertai PAS, takkan PAS mahu halang?
Kita semua dapat lihat mana-mana artis yang menyertai PAS terutamanya akan lebih baik penampilan mereka daripada sebelumnya.  Justeru itulah Umporno amat merasa cemburu dengan kejayaan PAS sehinggakan mereka tidak pernah terfikir bagaimana seorang artis yang selalunya `meminta sedekah sesuap nasi' dengan mereka sanggup menyertai PAS yang belum pun menjadi kerajaan yang memerintah Pusat seperti mereka.  Mereka lupa, hasil tarbiyah PAS iaitu rezeki bukan di tangan Umporno, tetapi di tangan Allah, itulah penyebab semakin ramai artis menyertai PAS atau PKR.  Cuma segelintir artis yang masih meletakkan maruah mereka setaraf dengan peminta sedekah dan pelacur jalanan sahaja yang masih mengampu dan membodek Umporno.

Adakah ini bentuk Dikir Barat yang diimpikan oleh Umporno di Kelantan?

Hakikatnya, PAS dan PKR tidak 'memburu' artis, sebaliknya artis yang kini berbaris menanti giliran untuk bersama PR.  Jika mereka mahu hidup mewah dan senang lenang, lojikkah pada akal mereka akan senang lenang bersama PR yang sekarang ini hanya sebagai Pembangkang di Pusat?/wfauzdin.blogspot.com


9 ulasan:

  1. makin bermorallah sgt. baru 3 bulan pakai tudung dh kuarkan kt twitter sindir rakan2 x pakai tudung. amboi!!! bermoral betul. yg sorang lg ckp dulu umno x pernah bg job. bila masuk pas boleh sakau duit derma 10%. bermorallah sgt tu....

    BalasPadam
  2. penat nik ajis umpan ammy search

    macam2 gambar kluar...geli hatipun ada..

    ammy pahammmm maksud TOKGURU yg tersirat

    HAKIKATNYA 'pas' sekali lg merosakkan hubungan silaturahim...dua imam, sembelih xsah, BOIKOT KENDURI,jenazah terbiar,adik beradik bergaduh...sampai skrg kat kedah tuuu

    KINI PAS 'BUAT' LAGI..BAYANGKAN PERPECAHAN SATU MESIA !!!

    kalu nk syiar islam..nak ukhwah..aku recomended. TABLIQ la...

    semua fahaman politik dia accept... so nampak ukhwak.. silaturahim..jemaah..yg aceptable to all..xnampak pecah belah punya...

    pas diwujudkan oleh non-muslim menjelang gerakan merdeka 1957..ternyata virus british berjaya..piliharaya slpas itu pas menentang kemerdekaan!!!.. 'pas-british' gagal melambatkan gerakan KEMERDEKAAN..

    thank british virus perpecahan yg ko ciptakan sampa la berfungsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa la lu ni bro

      Padam
    2. betul tu bro..kalau british xbelajar dr 'pnjajahn india' depa xpayah buat 'pas'..

      celako betul british ni..dia balik tinggalkan taik kat sini..

      Padam
  3. tok pa pernah terlibat secara langsung dulu lantik sultan baru di ketereh, dia penderhaka tegar. sapa nak sokong dia jadi mb kecuali geng-geng penderjaka juga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg la husam plak jd MB..AYAK LIUR MELELeH2 tu..

      bila lg nik azz nk tunjuk ketidaKdiktaktoran. da 20 lebih thn perintah..

      letak2 la jawatan..

      makin tua makin liat...

      Padam
  4. usin lempoyang kalu dah bodoh jangan nak komen.... artis yang tak bermoral memang sokong umno... sebab umno suka maksiattttttttttttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. usin...ckp ko mmg betul tu...bln posa kurangkan 'membodohkan' org.. apatah lg fitnah..jgn ikut depa tu..pati baik konon..

      Padam
  5. “I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times. “I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone. ................

    HADIAH DAP KEPADA PAS SEMPENA BULAN RAMADHAN

    BalasPadam