RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 21 Ogos 2012

BIARKAN MCA DAN DAP SAJA BAHAS SOAL HUDUD JIKA UMNO TAKUT

Oleh: WFAUZDIN NS

BN semakin pening sekarang.  Orang kata tiada kerja mahu cari kerja.  Menjelang PRU, maka pemimpin Umno/Bn mula main isu Hudud.  Nah, sekarang isu ini jerat diri sendiri dan semakin terserlah bahawa Umno tidak pernah serius dengan Hudud.

Baru-baru ini Pengerusi MCA Selangor sudah beri amaran kepada rakyat, jika tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan maka rakyat kena tolak PR.  Sebelum itu, Presiden MCA sendiri pernah sebut hukum Hudud boleh bawa negara ke belakang.  Najib pun pernah sahkan bahawa negara ini tidak akan laksanakan hukum Hudud.  Cakap Najib ini kita lebih  yakin kerana mustahil Najib mahu hukum Hudud sedangkan hukum asas iaitu menutup aurat pun Najib gagal perintahkan ke atas isterinya untuk ditaati.  Hukum Hudud jauh sekali.

Terbaru, Pengerusi MCA Kedah pula di dalam Sinar hari ini membuat kenyataan mrnyokong Hudud.  Patut dipuji kenyataan itu walaupun apa jua nawaitunya.  Apa yang penting ini menunjukkan bahawa hukum Hudud ini semakin diminati untuk dibahaskan.  Sepatutnya hukum ini menarik minat pemimpin Umno dan semua pemimpin Islam untuk membahaskannya.  Beranikah Umno untuk berbahas atau muzakarah di dalam isu ini?  

Jawapannya mudah.  Semenjak bila Umno berani?  Oleh kerana pemimpin Umno dayus untuk berbahas atau muzakkarah di dalam isu Hudud ini maka pemimpin Non Muslim yang berani tampil membawa isu ini.  

Karpal Singh menolak Hudud berlandaskan Perlembagaan.  Chua Soi Lek menolak Hudud kerana bimbang negara mundur ke belakang, begitu juga dengan Pengerusi MCA Selangor.  Najib pula sebut Hudud tidak akan dilaksanakan.  

Samada Karpal, Soi Lek atau Pengerusi MCA Selangor tolak Hudud atau menyokong Hudud seperti Pengerusi MCA Kedah ianya tidak membawa hukum apa-apa pun.  Sebaliknya jika orang seperti Mahathir dan Najib yang berbelit-belit lidah untuk mencari jalan agar Hudud tidak akan dilaksanakan, hukumnya amat berat sekali.  Kecualilah jika mereka satu kepercayaan agama dengan Soi Lek.  Kesimpulannya, Umno tidak akan terima Hudud kerana hukum ini akan menakutkan mereka yang kaki merompak dan menyamun hak rakyat.  Bayangkan kalau Kak Ijat atau Khir Toyo juga sokong Hudud, tentu tidak masuk akal samasekali.

9 ulasan:

  1. LANTIK JE NASA ATAU HADI JD KETUA PEMBANGKANG JIKA BETUL NAK HUDUD

    ANWAR TU UMNO LA JUGAK APA LAGI..PENDIRIANNYA KITA DAH TAU..PUN..

    BalasPadam
  2. Aik.. Orang cerita pasal hudud, dia cerita pasal Anwar pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nak heran.. dah terbangang. itulah kejadahnya. wakakakaka

      Padam
    2. salam .18

      tahniah anda mmg tersgt pandai...apa buleh buat..

      Padam
  3. dalam keadaan sebuk mengatakan DAP anti Islam, anti Hudud, tiba-tiba MCA memutuskan partinya sebulat suara tidak bersetuju dan anti Hudud,sekarang MCA telah terperangkap dengan permainan politik DAP yang mana sekarang ini DAP telah buat kenyataan mereka tidak anti Hudud, kenyataan yang anti Hudud tu adalah kenyataan peribadi Karpal Singh sahaja, dari sudut parti kononnya mereka tidak menentang Islam dan Hudud. Jadi MCA sekarang bukan sahaja MCA terperangkap malah BN pun juga masuk perangkap...., apa dah jadi, siapa yang bersalah, terlalu cepat melatah....

    BalasPadam
  4. rasanya bn tak terperangkap

    BalasPadam
  5. tulah ...dulu punya kompident tanpa undi melayu buleh dpt putrajaya

    sampai kluar ayat2 keramat
    biar kedah selangor kelantan kalah asal dpt putrajaya..

    tahniah najib...ahli parlimen termuda malaysia..

    BalasPadam
  6. ini apa yang najib kata tentang hudud: http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM; dan ini apa yang mahathir (umno godfather)kata tentang hudud pula: http://www.youtube.com/watch?v=h0oDU4FkClE ..... ada orang umno yang berani nak lawan tawkey ni...???

    BalasPadam
  7. bahsa kedua kita english..(kalau pangkah bn la.. kalau pangkah dap xtaula..)

    .. skali skala..basah2kan tekak ng english ok gak....


    1. In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.

    2. He promised to close down Guantanamo Detention Camp.

    3. He promised to stop trials of detainees by Military Courts.

    4. He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.

    5. And many more.

    6. Now four years into his first term he has failed to keep his promises.

    7. Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.

    8. Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.

    9. Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises.

    10. Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.

    11. Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc.etc.

    12. The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that the Government needs money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will have to spend more on running an maintaining utilities, expressways, schools, operational and development cost, pension etc.

    13. So where does the Government get necessary funds?

    14. Borrowing is okay if the money is invested and giving a return. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts.

    YG PALING AKU RISAU ..ANWAR AKAN JANJI ..HUDUD PASTI AKAN DILAKSANAKAN...

    PENING OOO MEMIKIRKANNYA...

    BalasPadam